SMK ST PETER KUDAT

SMK ST PETER KUDAT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK ST PETER KUDAT, High School, Peti Surat 171, Kudat.

SMK Saint Peter Kudat (M) Sabah merupakan sekolah menengah harian yang mempunyai lebih 600 orang pelajar, lebih 40 orang guru, 5 orang PKP, 5 orang pekerja pembersihan dan 4 orang pengawal keselamatan.

11/08/2026

"MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK ST PETER KUDAT.




📹 credit to Damis & Team from Class of 5T 😎

"MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI"MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK ST PETER KUDAT.
10/08/2026

"MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK ST PETER KUDAT.



🔥SELAMAT BERJUANG, ATLET SEMESTER🔥Dengan penuh rasa bangga, warga SMK St. Peter Kudat ingin mengucapkan selamat maju jay...
19/07/2026

🔥SELAMAT BERJUANG, ATLET SEMESTER🔥

Dengan penuh rasa bangga, warga SMK St. Peter Kudat ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga atlet terbaik kita yang bakal membawa nama sekolah ke pentas Kejohanan Olahraga MSSS Ranau 2026! 🏆💪

🏃🏻‍♂️RONEL
🏃🏻‍♂️HASSAN
🏃🏻‍♂️AFIE

Tiga atlet yang telah melalui latihan, cabaran, kepenatan dan pengorbanan demi sampai ke tahap ini. Kini, tiba masanya untuk kalian melangkah ke medan pertandingan dan memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama SEMESTER! 🔥

Ingatlah, kejayaan bukan hanya diukur melalui pingat yang dibawa p**ang, tetapi juga melalui keberanian untuk mencabar diri, disiplin untuk terus berusaha dan semangat untuk tidak pernah berputus asa. Setiap langkah, setiap larian dan setiap usaha kalian di pentas MSSS adalah bukti perjuangan yang membanggakan. 💪🏃‍♂️

Bertandinglah dengan penuh keyakinan. Berjuanglah dengan sepenuh hati. Jangan gentar dengan siapa pun yang berdiri di hadapan kalian. Bawa semangat SEMESTER dan tunjukkan bahawa kalian mampu memberikan yang terbaik! 🔥

📅 20–24 Julai 2026
📍 Kompleks Sukan Ranau

“RESPECT ALL, FEAR NONE”

Sekalung penghargaan buat NY7 Sports 🙏🏻Terima kasih kepada NY7 Cawangan Kudat kerana telah memberikan penghargaan berben...
12/07/2026

Sekalung penghargaan buat NY7 Sports 🙏🏻

Terima kasih kepada NY7 Cawangan Kudat kerana telah memberikan penghargaan berbentuk baju MSSD Edition kepada 2 orang Atlet SEMESTER yang berjaya mencipta Rekod Baharu di Kejohanan MSSD Kudat 2026 !

Semoga sokongan ini menjadi semangat kepada 2 orang Atlet SEMESTER yang akan bersaingan di peringkat MSSS nanti 🤲🏻

Sekali lagi , terima kasih !

“Respect All, Fear None”

MSSD KUDAT 2026 SELESAI ✅Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Atlet Semester yang berjuang dalam kejohanan olahraga...
10/07/2026

MSSD KUDAT 2026 SELESAI ✅

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Atlet Semester yang berjuang dalam kejohanan olahraga MSSD Kudat kali yang ke-51 ini.

Sesungguhnya semangat juang yang ditunjukkan amat kami banggakan.

Untuk kejohanan kali ini, kontinjen semester telah memperoleh:

🥇 4 Emas

🥈 3 Perak

🥉 9 Gangsa

🏅- 2 Acara Pecah Rekod

🎗️- Olahragawan (L18)

Secara keseluruhannya, sebanyak 16 Pingat telah dikumpulkan dalam kejohanan ini.

Tambahan p**a, 2 orang atlet semester telah memecahkan Rekod Baharu dalam acara Lompat Kijang (L18) dan Juga acara 3000M (Lelaki Terbuka)

Seorang Atlet Semester juga telah dinobatkan sebagai Olahragawan bagi kategori Lelaki 18 🎗️

Tahniah diucapkan🔥

Teruskan beri sokongan kepada semua atlet kita 🔥

“Respect All, Fear None”

semester track and Field🏃🏻‍♂️

Pungutan Pingat Terakhir MSSD Kudat 2026:1. Kuarter 4x400M (L15) - Gangsa 🥉2. Kuarter 4x400M (P15) - Gangsa 🥉3. Kuarter ...
10/07/2026

Pungutan Pingat Terakhir MSSD Kudat 2026:

1. Kuarter 4x400M (L15) - Gangsa 🥉

2. Kuarter 4x400M (P15) - Gangsa 🥉

3. Kuarter 4x100 (L18) - Gangsa 🥉

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah menyumbangkan pingat pada hari kelima MSSD Kudat !

Sumbangan anda amat bermakna buat seluruh warga SEMESTER 🔥

Maka, tamatlah sudah perjuangan para Atlet SEMESTER di hari yang terakhir !

Terus berikan sokongan kepada Atlet kita

“Respect All, Fear None”

Pingat Hari ke-empat MSSD Kudat :1. Hassan Shah - EMAS 🥇(3000M OP) -Rekod Baharu 2. Nur Azi - GANGSA 🥉(400M P15)Tahniah ...
09/07/2026

Pingat Hari ke-empat MSSD Kudat :

1. Hassan Shah - EMAS 🥇(3000M OP) -Rekod Baharu

2. Nur Azi - GANGSA 🥉(400M P15)

Tahniah diucapkan kepada kedua orang Atlet SEMESTER yang telah menyumbangkan pingat pada hari yang ke-empat MSSD Kudat !

Terus berikan sokongan kepada semua Atlet SEMESTER 🔥

“Respect All, Fear None”

🔥 REKOD DIPECAHKAN! SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA! 🔥Tahniah diucapkan kepada Adik Hassan Shah bin Habibullah yang berjaya m...
09/07/2026

🔥 REKOD DIPECAHKAN! SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA! 🔥

Tahniah diucapkan kepada Adik Hassan Shah bin Habibullah yang berjaya mengukir nama dalam lipatan sejarah apabila memecahkan rekod acara 3000 Meter Lelaki Terbuka pada Kejohanan Olahraga MSSD Kudat 2026.

Rekod lama yang dipegang oleh atlet SMK Pinawantai sejak tahun 2020 dengan catatan 10 minit 34.8 saat akhirnya berjaya ditumbangkan.

🏃‍♂️ Rekod Baharu MSSD Kudat 2026
⏱️ 10 minit 13 saat

Persembahan penuh keberanian, ketahanan dan semangat juang yang luar biasa telah menghadiahkan satu pencapaian yang membanggakan buat sekolah serta seluruh warga yang sentiasa memberi sokongan.

Rekod lama dipecahkan. Rekod baharu dicipta. Sejarah baharu bermula.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh atlet untuk terus mengejar impian, mencabar had kemampuan dan membuktikan bahawa tiada yang mustahil dengan usaha, disiplin dan doa.

Tahniah, Adik Hassan! Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! 💙🏆🔥

“Respect All, Fear None”

MSSD KUDAT HARI KETIGA🏃🏻‍♂️Tahniah Atlet SEMESTER yang telah menyumbangkan pingat pada hari yang ketiga 🔥1. Cyprian - Em...
08/07/2026

MSSD KUDAT HARI KETIGA🏃🏻‍♂️

Tahniah Atlet SEMESTER yang telah menyumbangkan pingat pada hari yang ketiga 🔥

1. Cyprian - Emas (Lempar Cakera -L15)

2. Aida Asna - Perak (800 M - P15)

3. Hassan Shah - Gangsa (800M - L18)

Semangat juang para atlet amat kami banggakan ! Terima kasih kerana menyumbangkan pingat buat SEMESTER 🔥

Teruskan Beri sokongan kepada semua Atlet SEMESTER 🙌🏻

“Respect All, Fear None”

Tahniah Adik Mizan !Berjaya merangkul pingat Gangsa dalam acara 110 Meter Lari Berpagar (Lelaki 18)Satu pencapaian luar ...
07/07/2026

Tahniah Adik Mizan !

Berjaya merangkul pingat Gangsa dalam acara 110 Meter Lari Berpagar (Lelaki 18)

Satu pencapaian luar biasa yang membuktikan bahawa kerja keras, disiplin dan semangat juang yang tinggi 🔥

Kami warga SEMESTER berbangga 🙌🏻

Address

Peti Surat 171
Kudat
89058

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088611611

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK ST PETER KUDAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category