ATUR Kuching

ATUR Kuching Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ATUR Kuching, Education Website, Lot 14, 146 Seksyen 8, KTLD, Kuching.

Akademi TVET UNIRAZAK (ATUR) Cawangan Kuching berfungsi sebagai pusat bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, memfokuskan kepada objektif utama berikut.

24 Julai 2026, JumaatAktiviti Riadah Jumaat✨​"Jumaat Vibes: Senyuman, kebersamaan, dan tenaga positif! 🌟"
24/07/2026

24 Julai 2026, Jumaat

Aktiviti Riadah Jumaat✨

​"Jumaat Vibes: Senyuman, kebersamaan, dan tenaga positif! 🌟"

21 Julai 2026, SelasaAlhamdulillah, Akademi TVET UNIRAZAK Cawangan Kuching berbesar hati mengumumkan penerimaan pentauli...
24/07/2026

21 Julai 2026, Selasa

Alhamdulillah, Akademi TVET UNIRAZAK Cawangan Kuching berbesar hati mengumumkan penerimaan pentauliahan rasmi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk Penambahan Kapasiti bagi Kursus Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada hari selasa lepas.

​Pengiktirafan ini mencerminkan kualiti standard latihan dan komitmen kami dalam melahirkan tenaga pengajar serta pengasuh profesional yang kompeten dalam bidang TVET.

​Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPK atas kepercayaan yang diberikan, serta kepada seluruh warga kerja atas dedikasi berterusan. Semoga langkah ini terus memperkasa pembangunan modal insan negara.
​

16 Julai 2026, KhamisLawatan Eksplorasi Galeri AkarSeni 2026 yang berlangsung dengan jayanya pada 16 Julai 2026 bertempa...
17/07/2026

16 Julai 2026, Khamis

Lawatan Eksplorasi Galeri AkarSeni 2026 yang berlangsung dengan jayanya pada 16 Julai 2026 bertempat di Anjung Karyawan Seni (AKARSENI)🎨, Riverside Shopping Complex.

Program ini telah dihadiri oleh semua pelatih dari bidang Reka Bentuk Grafik Digital🖥. ​Program ini menjadi medan perkongsian ilmu yang sangat bermakna bersama penceramah-penceramah hebat kita:

​✨ Tuan Sahminan Sirat
✨ Tuan Haji Mohd Jamel Nusi
✨ Tuan Haji Godeng Noor

​Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyuntik inspirasi dan memartabatkan lagi bidang seni tanah air. Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak karya kreatif di masa hadapan.
​

11 Julai 2026, SabtuHari ini, kita bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong di Pusat Penjaja Semarak, Kampung Pinan...
11/07/2026

11 Julai 2026, Sabtu

Hari ini, kita bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong di Pusat Penjaja Semarak, Kampung Pinang Jawa, Jalan Matang.☀✨

Program ini merupakan usaha DBKU untuk memastikan persekitaran pusat penjaja kekal bersih, ceria, dan selesa untuk semua.🍀

​Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Haji Hilmy bin Haji Othman, Datuk Bandar Kuching Utara, dan Yang Berhormat Dato Fazzrudin bin Abdul Rahman, ADUN N.6 Tupong, atas kehadiran dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.
​

Anda seorang pereka grafik yang dah ada Sijil VTO atau TVET-i? Kami perlukan kepakaran anda untuk menjadi Pegawai Penila...
08/07/2026

Anda seorang pereka grafik yang dah ada Sijil VTO atau TVET-i? Kami perlukan kepakaran anda untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) Reka Bentuk Grafik Digital di tempat kami!✨🎨
​Bukan sekadar menilai, tapi anda akan menjadi penggerak dalam menentukan kualiti kemahiran generasi pelapis.✨💫

​Kriteria Wajib:
​VTO Certified: Memiliki Sijil VTO atau TVET-i yang diiktiraf JPK.
​SKM Holder: Ada sijil DKM Tahap 4 atau (Graphic Design) atau setaraf.
​Pro: Pengalaman industri sekurang-kurangnya 5 tahun.
​Paham Sistem: Tahu selok-belok NOSS dan prosedur penilaian JPK.

​Berminat untuk beri impak? Jom hantar portfolio & sijil anda sekarang ke [email protected] . Kami tunggu anda!💫🔥

"Jumaat yang tenang dimulakan dengan langkah yang cergas. 🌿 Menghirup udara segar dan memberi ruang kepada minda untuk b...
03/07/2026

"Jumaat yang tenang dimulakan dengan langkah yang cergas. 🌿 Menghirup udara segar dan memberi ruang kepada minda untuk berehat seketika. Moga hari ini memberi keberkatan buat kita semua. Selamat hari Jumaat!"

19 Jun 2026, Jumaat​Hari Jumaat yang bermakna buat para pelajar kami!☀ Sukaneka hari ini berjaya mengeratkan hubungan an...
19/06/2026

19 Jun 2026, Jumaat

​Hari Jumaat yang bermakna buat para pelajar kami!☀ Sukaneka hari ini berjaya mengeratkan hubungan antara rakan seperjuangan. Kami percaya bahawa pengalaman sepanjang tempoh latihan bukan sahaja mengenai ilmu teknikal, tetapi juga tentang hubungan silaturahim yang dibina bersama rakan sepasukan.🔥✨
​Semoga memori indah hari ini menjadi suntikan semangat untuk anda semua mengharungi tempoh latihan dengan lebih gigih dan bermotivasi. Teruskan memberikan yang terbaik!
​

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026 🌾✨"Segulai Sejalai Nuju Pemansang"✨Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kam...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026 🌾✨

"Segulai Sejalai Nuju Pemansang"✨

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak 🎉

Perayaan ini merupakan simbol kesyukuran atas hasil tuaian serta lambang kekayaan budaya dan warisan yang terus dipelihara dari generasi ke generasi 🌿. Ia juga mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk.

Semoga sambutan Gawai pada tahun ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua 🌟

Ikhlas daripada kami:
Akademi TVET UNIRAZAK Cawangan Kuching

Gayu Guru Gerai Nyamai🌾

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang keikhlasan, pengorb...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.
Dalam setiap pengorbanan, terselit sebuah kekuatan. Dalam setiap keikhlasan, hadirnya keberkatan.

Semoga segala amal ibadah diterima dan setiap langkah kehidupan sentiasa dipermudahkan.
Raikan Aidiladha bersama insan tersayang dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan ❤️

Salam Aidiladha daripada kami Atur Kuching. 🐄🌙

Selamat Hari Guru buat semua insan yang tidak pernah jemu menyampaikan ilmu, mendidik dengan sabar, dan membentuk masa d...
15/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua insan yang tidak pernah jemu menyampaikan ilmu, mendidik dengan sabar, dan membentuk masa depan dengan penuh keikhlasan.✨

Seorang guru bukan hanya mengajar tentang buku dan peperiksaan, tetapi turut mengajar erti kehidupan, disiplin, dan impian.
Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada doa dan pengorbanan seorang guru yang tidak pernah meminta untuk dihargai.🌹

Terima kasih kerana menjadi cahaya kepada setiap langkah anak bangsa.
Jasamu akan sentiasa dikenang. 🌹📚

Address

Lot 14, 146 Seksyen 8, KTLD
Kuching
93400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ATUR Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to ATUR Kuching:

Shortcuts

Share