24/12/2025
INFO PENTING βοΈ
β
Berbanding sambung belajar di universiti selepas SPM, mungkin ramai yang jarang dengar tentang maksud TVET. Mungkin juga ramai tak tahu bahawa yuran TVETjuga agak murah berbanding pendidikan di universiti.
β
Tak usah bimbang, kami akan cuba jelaskan satu persatu tentang TVET di Malaysia. Ini kerana TVET ini adalah kursus yang sesuai untuk pelajar gagal SPM. Sesuai juga untuk yang gagal permohonan UPU dan tidak mendapat tempat di universiti tempatan.
βοΈ Apa itu TVET?
πΊ TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Ini merupakan proses pendidikan dan latihan yang berfokus pada amalan industri dengan tujuan menghasilkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang tertentu.
Skop TVET berdasarkan Standard Pekerjaan atau biasanya dikenali sebagai Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) yang diiktiraf, dengan penekanan pada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan industri. Untuk rujukan, sila lihat senarai kursus TVET yang ada di Malaysia.
πΉ Walaupun TVET di Malaysia sering disalah anggap sebagai pilihan kedua dan hanya sesuai untuk individu yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik, persepsi ini semakin berubah. Graduan program TVET kini mendapat nilai lebih oleh majikan.
πΈ Siapakah Sasaran TVET?
Secara umumnya, terdapat dua aliran TVET yang menawarkan sijil/diploma yang diiktiraf oleh MQA.
π΄ Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sijil atau Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Institusi yang menawarkan aliran TVET ini termasuk Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.
π΄ Bagi pelajar yang kurang minat dalam akademik tetapi lebih s**a belajar secara praktikal, lepasan PT3 atau tanpa SPM juga boleh belajar kursus kemahiran di pusat latihan kemahiran (PLK) awam atau swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
β¬οΈ Bagi pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran (upskilling) atau mendapat latihan semula (reskilling) juga boleh menyertai latihan TVET melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
π Bagi pekerja mahir dengan pengalaman kerja dalam bidang tertentu juga boleh memohon pensijilan TVET@Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia/Penyata Pencapaian melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
β
Apakah Syarat dan Kelayakan Kemas**an Kursus TVET?
πAnda berminat untuk mengikuti kursus TVET? Mari kita semak syarat kemas**an kursus TVET
* Warganegara Malaysia.
* Mesti sihat tubuh badan, tiada kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit yang boleh menghalang pelaksanaan kerja praktikal dan amali sepanjang kursus.
* Mesti TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
* Mempunyai kemahiran asas membaca, mengira dan menulis.
* Bebas dari masalah mental.
* Berminat dengan program yang dipohon.
πΌ Dapatkan maklumat tentang TVET di sini untuk sambung belajar walaupun gagal SPM mahupun tidak berjaya masuk universiti.
* Yang gagal Matematik ataupun tidak fasih dalam Bahasa Inggeris juga boleh mohon.
* Yang gagal UPU dan tidak dapat tempat di universiti untuk matrikulasi juga boleh mohon.
* Pembelajaran juga bukan terhenti setakat Sijil Kemahiran Malaysia sahaja , malahan pelajar boleh sambung ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia.
* Walaupun ada banyak cabaran dalam pendidikan TVET, peluang pekerjaan lulusan TVET juga terbentang luas.
* Pastikan buat research terlebih dahulu dan dapatkan yuran TVETsebelum buat keputusan untuk mendaftar kolej. Jangan bimbang sebab ada pinjaman PTPK.
* Baca dulu kelebihan dan keburukan TVET.
* Tak perlu fikir samada mahu sambung belajar atau kerja.
* Lebih baik sambung belajar dulu, baru kerja. Ada banyak keburukan tidak sambung belajar.
* Manfaatkanlah peluang belajar lepasan SPM ini sepenuhnya.
* Nak sambung belajar tanpa sijil SPMpun boleh juga
* Terdapat pelbagai tempat belajar kemahiran yang menawarkan kursus jangka pendek, separuh masa dan sepenuh masa.
π‘ Bagaimana Dengan Masa Depan Graduan TVET?
πΌ Bidang TVET menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik. Menurut kajian, berdasarkan pengesanan graduan TVET Malaysia, kebolehpasaran graduan kemahiran adalah lebih tinggi berbanding dengan graduan universiti.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, graduan TVET mempunyai peluang yang menguntungkan.
π’ Institusi TVET menawarkan kemahiran yang menjadi kebutuhan banyak syarikat.
βοΈ Kemahiran ini bukan sahaja memudahkan anda mendapatkan pekerjaan, malah dapat membuka peluang kepada diri sendiri untuk mencipta peluang pekerjaan baru dengan kemahiran yang sedia ada.
βοΈ Apa lah Kelebihan Program TVET?
πΊApakah kelebihan program TVET adalah graduan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.
πΊProgram TVET ini membolehkan anda meningkatkan kemahiran diri dan mempelajari keupayaan produk melalui eksperimen atau uji kaji.
Peluang kerja juga tinggi berbanding graduan laluan akademik.
βοΈ Apakah Contoh Program TVET di Malaysia?
πΉ Berikutadalah program TVET yang popular di Malaysia.
* Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik
* Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Kulinari)
* Perkhidmatan pembaikan & servis diagnostik β kenderaan ringan
* Pembuatan roti/pastri
* Perkhidmatan terapi kecantikan / estetik
* Aplikasi rekabentuk grafik (digital) / rekaan grafik
* Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
* Pentadbiran Sistem/Rangkaian Komputer
* Pembuatan Pakaian
* Pegawai Latihan Vokasional (VTO)
π Sijil TVET diiktiraf oleh agensi dan badan pengiktirafan di Malaysia seperti Malaysian Quality Accreditation (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan badan-badan profesional yang lain.
π©π»βππ§π»βπ Dapat Pinjaman Untuk Sambung Belajar TVET?
π§π»βπ»π©π»βπ» Ya, pelajar yang berminat untuk sambung
dalam bidang TVET selepas SPM di Malaysia boleh memohon pinjaman dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
PTPK menyediakan pinjaman untuk kursus kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam bidang TVET yang terpilih.
Sekian Terima Kasih π