NUKILAN LANTUNAN WAHYU
Memohon Kesejahteraan Dunia & Akhirat
🎙️Ustaz Muhammad Syamil bin Aseri
Eksekutif Lajnah Penyelidikan & Pembangunan DHQc-MIS
Darul Hana Quranic Centre-Majlis Islam Sarawak
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Darul Hana Quranic Centre-Majlis Islam Sarawak, Educational Research Center, Kuching.
Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana (Darul Hana Quranic Centre-Majlis Islam Sarawak) merupakan sebuah agensi di bawah Majlis Islam Sarawak yang berperanan sebagai pusat rujukan utama dalam bidang Al-Quran.
02/06/2026
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐐𝐔𝐑𝐑𝐀’ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀
Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana Quranic Centre akan menganjurkan Perkampungan Qurra’ Darul Hana pada 5 hingga 9 Jun 2026 bertempat di Kuching, Sarawak. Program yang bakal menghimpunkan Qari dan Qariah Sarawak yang telah dipilih ini bertujuan untuk memperkasa mutu bacaan, penghayatan serta seni tilawah Al-Quran.
Sepanjang program ini, para peserta akan mendapat bimbingan daripada tiga Qari Antarabangsa iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Faizul Bin Ghazali, Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2003, Yang Berbahagia Dato’ Haji Ismawi Bin Haji Duet, Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1983 merangkap Ketua Penyelia GAQMIS dan Al-Fadhil Ustaz Awangku Omar Asfuaddin Bin Pg Hamdan, Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 merangkap penyelia GAQMIS.
Kehadiran barisan pembimbing berpengalaman ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan Qari dan Qariah Sarawak yang berilmu, berkemahiran serta berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
01/06/2026
🌙 𝑀𝒶𝒿𝓁𝒾𝓈 𝐻𝒶𝒻𝓁𝒶𝒽 & 𝒯𝒶𝒹𝒶𝒷𝒷𝓊𝓇 𝒜𝓁-𝒬𝓊𝓇𝒶𝓃 🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir memeriahkan Majlis Haflah & Tadabbur Al-Quran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Ahad | 7 Jun 2026 | 21 Zulhijjah 1447H
🕰 Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Jamek Negeri Sarawak
Majlis akan diserikan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝘽𝙚𝙧𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝘿𝙖𝙩𝙤’ 𝘼𝙝𝙢𝙖𝙙 𝙁𝙖𝙞𝙯𝙪𝙡 𝙂𝙝𝙖𝙯𝙖𝙡𝙞 𝘼𝙡 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙯 serta sesi tadabbur bersama 𝘼𝙡-𝙁𝙖𝙙𝙝𝙞𝙡 𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝙒𝙖𝙣 𝙈𝙪𝙟𝙖𝙝𝙞𝙙 𝙗𝙞𝙣 𝙒𝙖𝙣 𝘼𝙡𝙬𝙞.
Marilah kita bersama-sama meluangkan masa mendekati Kalamullah, menghayati isi kandungannya serta mengimarahkan rumah Allah dengan majlis ilmu dan keberkatan.
✨ Muslimin dan muslimat dijemput hadir ✨
01/06/2026
𝐓𝐈𝐁𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐁𝐀𝐘𝐀𝐍 | 𝐓𝐀𝐑𝐐𝐈𝐐 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐅𝐊𝐇𝐈𝐌
Perbincangan berkaitan Tarqiq dan Tafkhim kali ini menyentuh kefahaman terhadap sifat huruf seperti Istifal dan Isti‘la’ amat penting supaya setiap huruf dapat disebut dengan tepat, jelas dan menepati hukum bacaan.
Huruf Istifal
Semua huruf bersifat Istifal (استفال) sentiasa dibaca secara tarqiq)nipis).
Ada 21 huruf:
ء ب ت ث ج ح د ذ ر ز س ش ع ف ك ل م ن و ه ي
Huruf Isti‘la’
Semua huruf bersifat Isti‘la’ (استعلاء) sentiasa dibaca secara tafkhim(tebal).
Ada 7 huruf:
خ ص ض ط ظ غ ق
Penguasaan Tarqiq dan Tafkhim membantu melatih sebutan makhraj dan sifat huruf dengan lebih baik. Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat serta menjadi panduan dalam memperbaiki mutu bacaan al-Quran kita dari semasa ke semasa.
30/05/2026
𝐑𝐄𝐌𝐀𝐉𝐀 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓, 𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏
“Remaja Hebat, Akhlak Mantap” membawa mesej penting bahawa kehebatan seorang remaja bukan diukur melalui pop**ariti, kandungan viral atau perhatian ramai, tetapi melalui kematangan akal, adab yang baik dan kemampuan memilih tindakan yang memberi manfaat. Dalam dunia digital hari ini, setiap perbuatan perlu difikirkan kesannya, khususnya apabila melibatkan maruah guru, rakan dan orang sekeliling.
Islam sangat menekankan kemuliaan akhlak. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
[Riwayat Ahmad]
Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat ke 11:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌۭ مِّن قَوْمٍ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum merendah-rendahkan kaum yang lain.”
Dalil ini mengingatkan kita bahawa gurauan atau hiburan tidak boleh sampai menjatuhkan maruah orang lain.
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa akhlak yang baik lahir daripada jiwa yang terdidik dan terbiasa melakukan kebaikan. Manakala Ibn al-Qayyim p**a menyatakan bahawa agama itu keseluruhannya berkait dengan akhlak semakin baik akhlak seseorang, semakin tinggi nilai agamanya. Maka, membantu rakan, menghormati guru dan menjaga tutur kata ialah tanda remaja yang benar-benar hebat.
Justeru, marilah kita membina generasi muda yang bijak menggunakan media, berani memilih kebaikan dan sentiasa menjaga adab dalam setiap tindakan. Viral mungkin membuat kita dikenali, tetapi akhlak mulia membuat kita dihormati.
29/05/2026
Forum Perdana : Keluarga Mawaddah Qurani
"Keluarga Bahagia Dengan Ilmu dan Al-Quran"
Sabtu | 13 Jun 2026 | 9:30 Am - 12:30 Pm
📍Pusat Pengajian Taman Elmu, Gita, Kuching, Sarawak
Bersama :
• Al Habib Nael Ben Taher
• Ustaz Haji Mohd Aqmal Bhaijurie bin Haji Kamaludin
• Ustaz Haji Wan Muhammad Mujahid bin Wan Alwi
• Ustaz Muhammad Syamil bin Aseri
🔗 Link Pendaftaran :
https://forms.gle/HuTTCForXpYTbwKo8
Semua dijemput hadir & bantu sebarkan.
29/05/2026
Forum Perdana : Keluarga Mawaddah Qurani
"Keluarga Bahagia Dengan Ilmu dan Al-Quran"
Sabtu | 13 Jun 2026 | 9:30 Am - 12:30 Pm
📍Pusat Pengajian Taman Elmu, Gita, Kuching, Sarawak
Bersama :
• Al Habib Nael Ben Taher
• Ustaz Haji Mohd Aqmal Bhaijurie bin Haji Kamaludin
• Ustaz Haji Wan Muhammad Mujahid bin Wan Alwi
• Ustaz Muhammad Syamil bin Aseri
🔗 Link Pendaftaran :
https://forms.gle/HuTTCForXpYTbwKo8
Semua dijemput hadir & bantu sebarkan.
𝐊𝐀𝐏𝐒𝐔𝐋 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐁𝐁𝐔𝐑
Diam Itu Lebih Baik
🎙️Ustaz Haji Muhammad Tamizi bin Haji Hussien
Pengurus Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan DHQc-MIS
28/05/2026
𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐇𝐘𝐔 (Adab dan Amalan Hari Tasyrik)
Hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah, datang selepas Aidiladha dan merupakan hari penuh keberkatan. Umat Islam disunatkan memperbanyakkan takbir, tahmid, tahlil dan zikir kepada Allah SWT sebagai tanda mensyukuri nikmat dan membesarkan-Nya. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa takbir boleh dilakukan selepas solat, di rumah, di masjid atau ketika berjalan. Hari Tasyrik bukan sekadar untuk bergembira, tetapi juga untuk menghidupkan ibadah dan zikrullah.
Selain itu, berpuasa pada hari Tasyrik diharamkan, kecuali bagi keadaan tertentu jemaah haji. Majoriti ulama daripada mazhab Syafi‘i, Maliki, Hanafi dan Hanbali bersepakat bahawa berpuasa pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah haram kecuali dalam keadaan tertentu bagi jemaah haji. Larangan ini menunjukkan bahawa Islam meraikan fitrah manusia dengan memberikan ruang untuk bergembira, menikmati rezeki dan berkongsi makanan bersama keluarga serta masyarakat.
Di samping itu, hari Tasyrik juga menjadi waktu terbaik untuk memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah SWT. Umat Islam digalakkan membaca al-Quran, bersedekah, menjaga silaturahim dan memperbanyakkan istighfar.
Kesimp**annya, Hari Tasyrik mengajar umat Islam tentang kepentingan mensyukuri nikmat, memperbanyakkan zikrullah dan mengekalkan keseimbangan dalam kehidupan. Kegembiraan yang diraikan hendaklah sentiasa berpandukan syariat agar setiap nikmat yang diperoleh menjadi sebab untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
27/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
93050
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |