PASTI Kawasan Petra Jaya Kuching Sarawak

PASTI Kawasan Petra Jaya Kuching Sarawak Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

PIAGAM PELANGGAN PASTI

Piagam Pelanggan PASTI adalah seperti berikut:

1) Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.

2) Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.

3) Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.

4) Sentiasa bersikap terbuka dan proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.

5) Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.

6) Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sedia membantu pelanggan.

Sambutan Hari Al-Quds bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid tentang Masjid Al-Aqsa sebagai salah satu masjid yang ...
31/01/2026

Sambutan Hari Al-Quds bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid tentang Masjid Al-Aqsa sebagai salah satu masjid yang mulia dalam Islam di samping memupuk rasa kasih sayang, keprihatinan dan nilai kemanusiaan dalam diri murid.

Melalui sambutan ini, murid dididik untuk mencintai keamanan, menjauhi sikap bermusuhan serta mengamalkan sikap saling menghormati, di samping menggalakkan mereka untuk sentiasa berdoa dan berbuat kebaikan dalam kehidupan seharian.


2 hari lagiIn-house training memberikan banyak kelebihan kepada guru kerana ia dijalankan berdasarkan keperluan dan masa...
04/01/2026

2 hari lagi

In-house training memberikan banyak kelebihan kepada guru kerana ia dijalankan berdasarkan keperluan dan masalah sebenar di sekolah, menjadikan latihan lebih sesuai dan mudah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Latihan ini juga membantu guru bekerjasama dan berkongsi pengalaman, menggunakan kepakaran sedia ada di sekolah, serta membentuk budaya pembelajaran berterusan yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran.

Tujuan utama In-House Training diadakan adalah untuk membantu guru meningkatkan kompetensi profesional guru, agar mereka...
03/01/2026

Tujuan utama In-House Training diadakan adalah untuk membantu guru meningkatkan kompetensi profesional guru, agar mereka lebih mahir dalam pedagogi, strategi pengajaran, dan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menyokong pelaksanaan kurikulum baharu, dengan membantu guru memahami falsafah, struktur, dan kaedah pembelajaran yang selaras dengan tuntutan pendidikan semasa.

27/12/2025

🌱KEKOSONGAN GURU PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2026🌱
====================
Assalamualaikum wbt
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Petra Jaya kini membuka peluang dan kekosongan guru di beberapa PASTI. Kemasukan adalah pada Januari 2026.

📌Tarikh Interview
• 29 Dis 2025 (Isnin) secara online •

:: Syarat Kelayakan ::
1. Perempuan.
2. Berumur 21 tahun ke atas.
3. Menutup aurat dan menjaga solat 5 waktu dengan baik.
4. Boleh membaca Al-Quran & Jawi dengan baik.
5. Taraf pendidikan - SPM/STPM/STAM/SIJIL/DIPLOMA.
7. Mempunyai sifat penyayang, penyabar dan mesra kanak-kanak.
8. Dapat mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan.

Kelebihan:
♾️ Muslimah sahaja
♾️ Elaun berpatutan
♾️ Suasana kerja Islamik & harmoni
♾️ Kediaman disediakan bg beberapa PASTI

📞 Hubungi utk penghantaran resume dan maklumat lanjut :
Cg Sakinah - 0133683558
En Asyraf - 0167779642

[[ Mendidik Generasi Rabbani ]]


LENSA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025SESI 3Laut berombak perlahan reda,Angin sepoi membawa bayu,A...
08/12/2025

LENSA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025

SESI 3

Laut berombak perlahan reda,
Angin sepoi membawa bayu,
Anugerah diterima penuh bangga,
Menjadi inspirasi semangat baharu.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid PASTI yang telah berjaya menamatkan pengajian diperingkat pra-sekolah. Semoga terus sukses ke hadapan dan menjadi pelapis kepada generasi Rabbani.


LENSA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025SESI 2Laut berombak perlahan reda,Angin sepoi membawa bayu,A...
08/12/2025

LENSA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025

SESI 2

Laut berombak perlahan reda,
Angin sepoi membawa bayu,
Anugerah diterima penuh bangga,
Menjadi inspirasi semangat baharu.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid PASTI yang telah berjaya menamatkan pengajian diperingkat pra-sekolah. Semoga terus sukses ke hadapan dan menjadi pelapis kepada generasi Rabbani.


LENSA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025SESI 1Laut berombak perlahan reda,Angin sepoi membawa bayu,A...
08/12/2025

LENSA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025

SESI 1

Laut berombak perlahan reda,
Angin sepoi membawa bayu,
Anugerah diterima penuh bangga,
Menjadi inspirasi semangat baharu.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid PASTI yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat pra-sekolah. Semoga terus sukses ke hadapan dan menjadi pelapis kepada generasi Rabbani.


LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAHRumput hijau tempat bersukan,Riuh rendah jadi per...
17/11/2025

LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Rumput hijau tempat bersukan,
Riuh rendah jadi perhatian,
Sama bersaing penuh keseronokan,
Sukan mengerat tali persahabatan.

-Melahirkan Generasi Rabbani-

LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025PART 2: ACARA SUKAN MURID DAN IBU BAPARumput hijau tempat bersukan,Riuh re...
17/11/2025

LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025

PART 2: ACARA SUKAN MURID DAN IBU BAPA

Rumput hijau tempat bersukan,
Riuh rendah jadi perhatian,
Sama bersaing penuh keseronokan,
Sukan mengerat tali persahabatan.

-Melahirkan Generasi Rabbani-

LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025PART 1: ACARA SUKANRumput hijau tempat bersukan,Riuh rendah jadi perhatian...
17/11/2025

LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025

PART 1: ACARA SUKAN

Rumput hijau tempat bersukan,
Riuh rendah jadi perhatian,
Sama bersaing penuh keseronokan,
Sukan mengerat tali persahabatan.

-Melahirkan Generasi Rabbani-

LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025ACARA PERBARISAN DAN MAJLIS PERASMIANRumput hijau tempat bersukan,Riuh ren...
17/11/2025

LENSA HARI SUKAN PASTI KAWASAN PETRA JAYA 2025

ACARA PERBARISAN DAN MAJLIS PERASMIAN

Rumput hijau tempat bersukan,
Riuh rendah jadi perhatian,
Sama bersaing penuh keseronokan,
Sukan mengerat tali persahabatan.

-Melahirkan Generasi Rabbani-

Address

Petrajaya
Kuching

Telephone

+60198370557

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Kawasan Petra Jaya Kuching Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Kawasan Petra Jaya Kuching Sarawak:

Shortcuts

Share

Category