01/06/2026
Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2026 Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Premier Sarawak
Menteri Kewangan Dan Ekonomi Baharu II
Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak
30/05/2026
Selamat Hari Gawai Dayak 2026..π
Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.. Oohhaaa..
28/05/2026
Jawatankuasa Induk Gawai Dayak 2026 Fokus Kelancaran Acara Tonggak
KUCHING, 28 Mei β Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026 yang dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas membincangkan serta menyelaras persiapan dua lagi acara tonggak sambutan Gawai Dayak tahun ini iaitu Niti Daun dan Majlis Makan Malam Gawai Dayak.
Mesyuarat tersebut turut menyentuh pelaksanaan dua acara utama yang telah berlangsung dengan jayanya di Miri sepanjang 1 hingga 23 Mei lalu iaitu Gawai Dayak Bazaar dan Ethnocultural Festival yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat pelbagai kaum.
Menurut Uggah, kerjasama erat antara semua jawatankuasa dan agensi terlibat amat penting bagi memastikan keseluruhan sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak tahun ini berjalan lancar dan teratur.
βSambutan Gawai Dayak bukan sahaja platform untuk meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, tetapi juga medium penting dalam memperkukuhkan perpaduan serta mempromosikan keunikan budaya Sarawak kepada masyarakat luar,β katanya.
Beliau turut berharap agar semangat kerjasama dan komitmen semua pihak dapat diteruskan demi memastikan setiap acara dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Acara Niti Daun dijadual berlangsung pada 20 Jun 2026 di sepanjang Jalan Kuching Waterfront dan dijangka melibatkan penyertaan 99 kontinjen dari seluruh Sarawak.
Sementara itu, Majlis Makan Malam Gawai Dayak akan diadakan pada 21 Jun 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Uggah berkata, kedua-dua acara tersebut dijangka menjadi antara tarikan utama sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak tahun ini sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan serta penghargaan terhadap warisan budaya masyarakat Dayak.
βββ
Foto: Pejabat Timbalan Premier 1
26/05/2026
π 26 May 2026 | Tuesday
Mantar Gawai Dayak JKR Sarawak 2026.
16/05/2026
π 16 May 2026 | Saturday
Empowering Sarawak As ASEAN Star Strategic Ex*****on Framework .
15/05/2026
π 15 May 2026 | Friday
Construction Claims And ADR Conference Sabah And Sarawak 2026.
07/05/2026
A little glimpse from our musical theater preview.
07/05/2026
π 06 May 2026 | Thursday
Jejak Kuching Cultural Night .
07/05/2026
π 04 May 2026 | Monday
Business Event Sarawak.