Utk makluman ..
Madrasatul Quran Tan Sri Marzuki Seri Abadi sudah tidak beroperasi lagi ..
Terima kasih
Madrasatul Quran Tan Sri Marzuki Seri Abadi
Pengajian tahfizul Quran sesi sepenuh masa dan separuh masa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
USTAZ HASHIM BIN MAN AL-HAFIZ
No Tel. 013-804 6510
Assalamualaikum wbt..segala puji bagi Allah, tuhan yang menurunkan Al-Quran yang tiada keraguan padanya sebagai panduan bagi seluruh umat islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yg telah dimuliakan dengan diwahyukan kepadanya kitab Al-Quran sebagai mukjizatnya yang terbesar.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sebaik-baik kamu adalah siapa yang belajar Al-Quran dan menga
InsyaAllah MQTSM ada satu kekosongan .. jadi sesiapa yang ingin untuk menghantar anak belajar menghafal al-quran sepenuh masa&lepas syarat2 yg telah ditetapkan,boleh datang ke madrasah untuk keterangan lanjut&sesi temuduga .
*tertakluk kepada siapa cepat dia dapat
MAKLUMAN..
Assalamualaikum.. Pihak Madrasatul Quran Tqn Sri Marzuki kini sedang membuka sesi temuduga pada bila2 waktu pejabat (ISNIN - JUMAAT) untuk mengisi SATU kuota yg masih kosong di madrasah ini.
Oleh itu, pihak kami menjemput ibu bapa yg berminat menghantar anak mereka ke madrasah, hadir bersama anak jagaan mereka untuk ditemuduga terlebih dahulu pada masa yg telah kami tetapkan.
Setiap calon temuduga akan dinilai terlebih dahulu dan pihak kami akan putuskan siapa yang layak untuk diterima masuk.
Bagi pelajar yg tidak layak untuk mengisi satu kekosongan ini, nama pelajar itu akan disimpan dalam senarai pelajar menuggu. Jika ada kekosongan di masa akn datang, pihak kami akan memaklumkn pada ibu bapa/ penjaga mereka untuk menawarkan pendaftaran kemasukan tanpa perlu di temuduga lagi.
Sesi temuduga ini akan berjalan sehingga 14 Disember 2016 dan keputusan akan dimaklumkn selepas tarikh tersebut.
Sekian. Harap maklum.
*Kepada*
Semua ibu bapa/penjaga pelajar MQTSMSA
Assalamualaikum.
*PENGUMUMAN PENTING PERUBAHAN TARIKH CUTI AIDILFITRI*
Madrasatul Quran Tan Sri Marzuki Seri Abadi telah pun membuat perubahan tarikh cuti aidil fitri pada tahun 2016 ini.
Seperti yang pihak tuan puan sedia maklum, tarikh cuti aidilfitri telah bermula pada 18 Jun yang lepas dan berakhir pada 12 Julai yang akan datang. Namun, pihak MQTSMSA telah membuat keputusan bahawa cuti aidilfitri *di lanjutkan sehingga 16 Julai* bersamaan dengan 11 syawal.
Sehubungan itu, pihak kami berharap anak jagaan tuan puan dpt mendaftarkan diri ke madrasah pada tarikh tersebut selewatnya sebelum jam 6 ptg. Kegagalan untuk berbuat demikian akan dikenakan denda sebanyak RM25 untuk sehari lewat.
Oleh itu, kami berharap pihak tuan dpt bekerjasama dlm memartabatkn institusi tahfiz dgn mematuhi peraturan yg telah di tetapkan.
Akhir sekali, kami berharap pemberitahuan akan perubahan tarikh cuti ini dpt di sampaikan kepada ibu bapa pelajar yg lain.
Segala kesulitan amat dikesali.. sekian terima kasih.
*Setiausaha MQTSMSA*
Ustaz Mohammad Fadzrul Hakim bin Jobli
Assalamualaikum.. mohon perhatian. Sesiapa yg mempunyai maklumat tentang tukang kayu di sekitar kuching, mohon di maklumkan kepada saudara Fadzrul (0189068527) kerana pihak madrasah berhajat untuk menempah meja duduk atau meja mengajar untuk ustaz2 di madrasah ini. Smoga dengan sumbangan maklumat tuan puan akan di nilai dan diganjarkan oleh Allah swt. Amin.
PEMBERITAHUAN
Assalamualaikum. Makluman untuk semua, bahawa pihak MQTSMSA masih lagi menerima kemasukan pelajar baru. Bagi yang berminat mendaftarkan anak jagaannya ke MQTSMSA (asrama penuh) boleh lah menghubungi nombor yang tertera di bawah.
0189068527
Mohd. Fadzrul Hakim
Setiausaha MQTSMSA
HARAP MAKLUM.
17/11/2015
Antara aktiviti luar yg bg pelajar2 MQTSMSA.
08/10/2015
khidmat madrasah ini diadakan sehari sebelum hari pengambilan pelajar baru (temuduga terbuka) pada 3 oktober 2015
Assalamualaikum..
PENGUMUMAN!
Atas permintaan org ramai, bahawa Madrasatul Quran Tan Sri Marzuki Seri Abadi akan memanjangkan tempoh temuduga terbuka (walk in) sehingga 11 oktober (ahad) 2015.
Oleh itu, bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak bawah jagaan mereka ke madrasah ini, bolehlah berbuat demikian pada masa yg d tetapkan seperti berikut;
Masa temuduga bermula :
9.00 pagi - 11.00 tghr
Dan :
2.30 ptg - 4.00 ptg
Setiap hari kecuali hari Jumaat.
Cepat rebut peluang ini. Menabung untuk akhirat..
Alhamdulillah..
Berita gembira kepada penduduk Kuching khususnya.
sekali lagi Madrasatul Quran Tan Sri Marzuki Seri Abadi akan mengadakan Kelas Intensif Tahfizul Quran sempena cuti sekolah ini.
Makluman ringkas seperti berikut.
Silibus : Hafalan surah-surah penting
(Yasin, Ad Dukhan, As Sajdah, Al Mulk, Ar Rahman dan Al Waqiah)
Yuran : RM 100
Bermula pada : 1 November – 10 Disember 2013
Tempoh pengajian : 40 Hari
Terbuka kepada pelajar yang berumur 17 tahun ke bawah.
Di samping itu, pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan pengajian akhlaq (adab-adab dalam islam secara teori dan praktikal), Fardhu Ain dan Tajwid.
Sesi temuduga akan diadakan pada hari pendaftaran iaitu pada 1 November 2013 bertempat di Masjid At Taqwa Kpg. Pinang Jawa Kuching selepas solat jumaat.
Sesi pendaftaran ini akan terus terbuka selagi mana kuota masih ada.
Borang penyertaan boleh didapati di kediaman Al Hafiz Ustaz Hashim bin Man bersebelahan Masjid At Taqwa Kpg. Pinang Jawa, Kuching dan juga boleh didapati di Madrasatul Quran Tan Sri Marzuki Seri Abadi.
Cepat! Jangan lepaskan peluang ini. Kita lahirkan modal untuk bekalan di akhirat kelak.. In sya Allah.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Al Hafiz Ust. Hashim bin Man ditalian 013 8046510
mulai 20hb12 2012 semua kelas akan bercuti selama 10hr, dan kelas akan bermula semula pada 1hb 1 2013. di harap semua pelajar tidak aan meninggalkan al-quran walau dimana kamu berada..dan amalkan apa yg telah dipelajari dengan baik
13/12/2012
Dirasmikan oleh Dato’ Amar Abg Abdul Rahman Zohari bin Tun Abg Hj Openg
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kuching
93050