15/05/2026
“Guru Bitara, Nadi Negara”
"卓越教师,国家脉搏”
Di sebalik tugas mendidik, tersimpan lelah yang tidak pernah diceritakan dan pengorbanan yang tidak pernah meminta untuk dihargai.
在教育的道路上,
老师默默承受着无人诉说的疲惫,
也付出着从不要求回报的牺牲。
然而,老师依然带着微笑与初心,
坚定地守护每一位孩子的未来。
Namun, guru tetap hadir dengan penuh keikhlasan demi membentuk masa depan anak bangsa.
然而,老师依然怀着满满的真诚与初心,默默守护并塑造着国家未来的一代。
❤ Dengan bimbingan, guru memimpin murid mengenal ilmu dan nilai kehidupan.
以引导之心(Bimbing),老师带领学生探索知识,学习做人的道理与生命的价值。
❤ Dengan integriti, guru menjadi teladan dalam setiap tindakan dan tutur kata.以诚信(Integriti),老师以身作则,成为学生学习的榜样。
❤ Dengan rasa tanggungjawab, guru terus mendidik walaupun hati dan tenaga sering diuji.
以责任(Tanggungjawab),老师尽心尽力,即使身心疲惫,也从未放弃教育使命。
❤ Dengan penuh amanah, guru memikul harapan ibu bapa dan negara demi melahirkan generasi berakhlak mulia. 以担当与托付(Amanah),老师肩负家长与国家的期望,培育国家未来栋梁。
❤ Dengan sikap responsif, guru sentiasa peka terhadap kebajikan dan perkembangan murid.
以积极回应(Responsif),老师时刻关心学生的需要与成长。
❤ Dengan akauntabiliti, guru melaksanakan tugas dengan jujur, telus dan penuh dedikasi.
以问责精神(Akauntabiliti),老师认真履行职责,坚守教育的初心与信念。
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu,
malah membentuk adab, menyemai kasih sayang dan memupuk rasa hormat sesama insan.
老师不仅传授知识,
更教会孩子尊重、善良与同理心。
因为唯有以礼待人,互相关怀,
才能共同营造一个安全、温暖、零霸凌的校园环境。
Kerana sekolah yang selamat dan bebas buli bermula daripada hati yang dididik dengan nilai kemanusiaan.
因为老师始终相信——
国家的未来,源自真诚而无私的教育。
Selamat Hari Guru.
Terima kasih, cikgu… kerana terus menjadi cahaya harapan dan nadi kepada generasi pewaris negara. 💐
教师节快乐。
感谢您,老师……
一直为国家下一代点亮希望,
成为国家的脉搏。 💐