MRSM Kuching

MRSM Kuching

Share

Laman ini merupakan web sosial rasmi MRSM Kuching. VISI KORPORAT

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. CABARAN

1.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditubuhkan di bawah akta Majlis Amanah Rakyat bil.20 tahun 1966 bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menegah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar Bumiputera. MISI

Berusaha untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing dalam sains dan teknologi. MATLAMAT

Me

02/04/2026






🌟 Syabas & Tahniah! 🌟

Tahniah kepada MRSM Mukah, MRSM Kuching, MRSM Betong dan MRSM Bintulu atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM yang sangat membanggakan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, serta komitmen tinggi guru-guru dan kakitangan yang tidak pernah jemu mendidik.

Semoga kecemerlangan ini terus berkekalan dan menjadi inspirasi kepada semua. 💪✨








31/03/2026

Selamat datang diucapkan kepada 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗵𝗮𝗸 sebagai Pengetua MRSM Kuching, Sarawak.

Semoga kepimpinan tuan terus memperkukuh budaya kecemerlangan serta memacu MRSM Kuching ke tahap yang lebih tinggi.

Warga MRSM Kuching komited untuk terus berganding bahu dan memberikan sokongan padu dalam merealisasikan aspirasi bersama.

“A Tradition of Pride and Excellence”






Photos from MRSM Kuching's post 31/03/2026

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗹𝗶𝗽 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 MRSM Kuching. Semoga lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang.


30/03/2026

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗹𝗶𝗽 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan SPM 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026. Sehubungan itu, MRSM Kuching menjemput semua pelajar lepasan SPM 2025 untuk hadir mengambil slip keputusan peperiksaan seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 31 Mac 2026
Masa : 10.00 am - 1.00 pm
Tempat : Dewan Kenyalang

Mohon semua mematuhi peraturan dan etika pemakaian yang ditetapkan.

22/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! 🌙

19/03/2026

KENYATAAN SEBUTHARGA
(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)

CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN MENAIKTARAF BENGKEL - BENGKEL DAN STUDIO RBT SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) KUCHING, SARAWAK

KOD BIDANG : GRED G1 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B24/B28

TEMPOH PENJUALAN DOKUMEN : 24 - 09/4/2026

TARIKH TUTUP : 09/04/2026 SEBELUM. JAM 12.00 TENGAH HARI.

09/02/2026

PENGAMBILAN GURU SAMBILAN
(GURU BAHASA MELAYU)
(1 KEKOSONGAN)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 FEBRUARI 2026 (JUMAAT)

31/12/2025

📢 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada semua pelajar baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM Kuching bagi Sesi 2026 serta ibu bapa/penjaga sekalian.

Sehubungan itu, 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 ingin memaklumkan bahawa pendaftaran dan bayaran yuran koperasi pelajar baharu kini dibuka secara dalam talian bagi memudahkan urusan ibu bapa dan penjaga.

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫:
- Menjadi ahli koperasi sekolah;
- Membuat pembelian keperluan pelajar baharu seperti barangan asas pembelajaran dan keperluan harian melalui koperasi.

📌 Terbuka kepada pelajar baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM Kuching
📌 Sila pastikan maklumat pendaftaran diisi dengan lengkap dan tepat

👉 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐧𝐏𝐚𝐲 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:
🔗 [https://koperasimrsmkuchingberhad.onpay.my/order/form/pendaftarankoperasimrsmkuching2026]

Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa/penjaga amatlah dihargai.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Koperasi MRSM Kuching Sarawak Berhad di talian 014-6023470

Terima kasih.

Daripada: Koperasi MRSM Kuching Sarawak Berhad

23/12/2025

𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲

Ibu bapa dan pelajar boleh mula menyemak tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tahun 2026 melibatkan:
• Murid Tingkatan 1
• Murid Tingkatan 4
• Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Tarikh semakan keputusan & rayuan:
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026

Tarikh pendaftaran:
13 Januari 2026

Semakan rayuan:
6 – 10 Februari 2026

Semakan boleh dibuat mengikut kategori sekolah asal pelajar melalui pautan rasmi yang disediakan. Pastikan semua maklumat disemak dalam tempoh yang ditetapkan.








15/12/2025

⏰ 𝙇𝘼𝙎𝙏 𝘾𝘼𝙇𝙇! 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙟𝙪!

Jangan lepaskan peluang — tempahan baju TUTUP HARI INI!

⏰ 𝙇𝘼𝙎𝙏 𝘾𝘼𝙇𝙇! 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙟𝙪!

Jangan lepaskan peluang — tempahan baju TUTUP HARI INI!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

𝗧-𝗦𝗛𝗜𝗥𝗧 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡

Calling for all alumni 📣📣📣 mari kita raikan identiti ALUMNI MRSM Kuching dengan edisi khas T-shirt Alumni 2025.

Khas untuk warga Alumni MRSM Kuching – kami memperkenalkan edisi terbaru T-Shirt Alumni yang menampilkan rekaan eksklusif, kemas dan penuh identiti Kenyalang Pride!

Ditubuhkan sejak 1994, kini anda boleh memiliki satu simbol kebanggaan yang menghubungkan kita semua.

🗓 Tempahan dibuka:
28 November 2025 hingga 15 Disember 2025

🛒 Link tempahan: https://koperasimrsmkuchingberhad.onpay.my/order/form/9

✔️ Rekaan khas untuk komuniti alumni
✔️ Sesuai dipakai ke majlis perjumpaan, reunion & acara MRSM

📦 Tempoh Penghantaran (Pos):
20 hingga 30 Disember 2025

📌 Makluman:
Jualan ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Usahawan Pelajar dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) dan Koperasi MRSM Kuching Sarawak Berhad, sebagai usaha memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Jom sama-sama abadikan kenangan MRSM Kuching dengan edisi khas ini!

Tag kawan-kawan batch anda! Terima kasih.

𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘉𝘢𝘫𝘶 – 𝘐𝘯𝘪 𝘞𝘢𝘳𝘪𝘴𝘢𝘯 𝘔𝘙𝘚𝘔 𝘒𝘶𝘤𝘩𝘪𝘯𝘨!

𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟏𝟒-𝟔𝟎𝟐𝟑𝟒𝟕𝟎 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭!

Photos from MRSM Kuching's post 14/12/2025

𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗶𝗵 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮
𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗼𝘂𝗰𝗵 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝟭𝟯 - 𝟭𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱

MRSM Kuching sekali lagi membuktikan keupayaan atletnya di pentas terbuka apabila Team MRSM Kuching berjaya meraih tempat kedua dalam Kuching Touch Challenge 2025 yang berlangsung di Padang SMK St. Joseph, Kuching.

Pencapaian ini mencerminkan disiplin, kesungguhan serta semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan oleh para pemain sepanjang kejohanan, sekali gus mengangkat nama MRSM Kuching sebagai institusi yang konsisten melahirkan atlet berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada guru-guru ragbi MRSM Kuching — Cikgu Qasidah, Cikgu Jeissy dan Cikgu Ezzah — atas komitmen dan bimbingan berterusan. Turut dirakamkan penghargaan kepada jurulatih khas pasukan ragbi perempuan daripada Kelab Baycats atas sokongan teknikal dan kepakaran yang diberikan.

Ucapan penghargaan khas kepada Allescia Anna Anak Tarang atas penganugerahan Most Valuable Player (MVP), satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan individu yang menginspirasikan pasukan.

MRSM Kuching amat berbangga dengan pencapaian ini. Semoga pasukan ragbi terus melangkah lebih jauh dan mengukir kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.


Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

MRSM KUCHING
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00