Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak

Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak

Share

Protege Remaja pertubuhan silat seni gayong sarawak

25/10/2023

Assalamualaikum dan salam segayong.

Bagi memberi peluang kepada anak-anak Gayong Sarawak untuk terus maju ke hadapan, pihak pertubuhan akan menghantar 20 orang atlet untuk di ketengahkan ke peringkat PSSGM Kebangsaan pada pertandingan KEJOHANAN SILAT REMAJA PSSGM KEBANGSAAN yang akan berlangsung pada 3- 5 November 2023 bertempat di Wisma PSSGM Kebangsaan di Ampang.

Bagi Tujuan tersebut, sejumlah RM 20,000.00 diperlukan untuk membawa pasukan (anak-anak muda Sarawak) bagi memenuhi matlamat Silat ini dalam melahirkan lebih ramai atlet-atlet yang berpotensi untuk diketengahkan dalam podium.

Oleh itu, pihak pertubuhan dengan ini memohon bantuan kepada anak-anak Gayong Sarawak khususnya untuk sama-sama menyumbang bagi memastikan seluruh perjalanan program ini dapat dipenuhi. Semoga setiap sumbangan kita akan menjadi satu amal kebajikan yang berpanjangan kepada agama, bangsa dan negara kita.

Bantuan boleh disalurkan ke :

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK
BANK KERJASAMA RAKYAT (BKRM)
11-0126299-1

sila tulis
ref

Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan sesuatu yang lebih baik. Aminn..

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 24/10/2021

Akibat daripada kes Covid-19 yang meningkat pada beberapa bulan yang lepas, segala aktiviti kader banyak yang tertangguh. Namun, itu bukan penghalang untuk meruntuhkan semangat antara kader untuk merapatkan semula ukhwah sesama sendiri. Alhamdulillah segalanya di permudahkan apabila kami dapat kembali bersua serta meluangkan masa bersama. Antara aktiviti mingguan yang telah dilakukan adalah seperti:
1) Bermain badminton di matang sport (16/10/2021)

2) Program menderma darah di Hospital Umum Sarawak (23/10/2021)
- aktiviti ini juga turut di sertai oleh cikgu Muhammad Khawar Hezazy Uthman dan cikgu Dyg Khalizah Awang Batu dan kader-kader silat yang lain.
-Moga dengan aktiviti sebegini dapat membantu sedikit sebanyak masalah kekurangan darah di hospital.

Pada tarikh 24/10/2021 iaitu pada hari ini merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran guru kami iaitu Cikgu Muhammad Khawar Hezazy. Semoga Allah merahmati, memberkati usia, diberi kejayaan dunia dan akhirat, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang baik, terus memimpin kita, bahagia bersama keluarga dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 21/12/2020

Pendakian Gunung Serapi

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 21/12/2020

Alhamdulillah selesai Majlis Perlimau tapak yang diadakan di Gelanggang Rosli Dhoby(Gelanggang Pusat).

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 15/11/2020

Assalamualaikum, alhamdulillah....... Kem protège di Kuching berjalan sangat lancar, banyak aktiviti yang telah dilakukan kader. Walaupun s*k rami tapi tetap dijalankan dengan lancar, Insyallah lain kali kita dapat meramai Amin.......

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 08/11/2020
Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 08/11/2020

Alhamdulillah..... Aktiviti khidmat komuniti yang pertama dilakukan oleh kader berjalan dengan lancar, ramai yang yang s*k dapat hadir faktor daripada kes COVID semakin meningkat tapi alhamdulillah ada yang tinggal di kawasan Kuching dapat datang.

24/10/2020

Benda dh kacak polah, tapi yalah tek, Allah menguji. Allah padah Kun Faya Kun, turunlah hujan. Apa polah kitak sia chief? 😂

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 24/10/2020

24/10/2020

Assalamualaikum wbt , haritok kader ii HPCS ditugaskan molah aktiviti mencantikkan glg di pengurusan urusan gayong Sarawak seperti mengecat , melukis kat dinding , menampal gambar Dan kerja pembersihan. Mereka dilatih untuk berbuat demikian sbb nak wujudkan kerjasama antara satu samaa lain dalam molah sesuatu tugasan yg diberik. Selain ya , banyak juak aktiviti dipolah oleh Kader Kader seperti yg ditunjukkan dalam gambar .Tapi aritok s*k cun untuk ngecat, dinding yang telah di cat tapi cat belom kering Allah pun menguji nya turunkan hari hujan. Hari tok juak kita turut menyambut Hari Jadi Cikgu Khawar semoga Cg dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang bagus dan dipermudahkan urusan, Amin.... 🤲🤲. Happy Birthday Cikgu Khawar Hezazy😆😆🎊🎉🎊🎉🎊🎉

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 18/10/2020

17/10/2020
Tempat:Bau, Adis Tiporang resort
Alhamdulillah, Kader kader remaja Gayong telah bermalam di Adis Tiporang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik
Antara berikut:
1.MEMASAK ALA ALA RIMBA
Kader dikehendaki untuk memasak menggunakan kayu api bersama ahli kumpulan dan fasilitator masing-masing.
2.WATER CONFIDENT
Semua kader dikendaki terjun air sungai yang mencecah 10 kaki tinggi dengan berbekalkan life jacket.
3.PEMBENTANGAN(Assignment 1/2)
Para kader membentangkan tugasan yang Di bagi oleh Cikgu Khawar kepada setiap kumpulan.
4.AKTIVITI BERIADAH
Kader dikehendaki membina benteng air.

Photos from Protege Remaja Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak's post 10/10/2020

Alhamdulillah, aktiviti program Protège Remaja Gayong berjalan sangat lancar. Hari kita dihadiri oleh Cikgu Harman dari SMK Seri Setia untuk mengajar pelajar tingkatan 5 dalam menjawab Soalan SPM.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Kuching
Kuching