Madrasah Safinatun-Najah

Madrasah Safinatun-Najah “Membina Pewaris Ilmu Yang Beradab Dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah”

Mudir Madrasah :
Al-Habib Mustafa bin Ali Al-Haddad

Madrasah Safinatun Najah (MSN) berdaftar secara rasmi dengan Majlis Islam Sarawak (di bawah Seksyen 58 (1) (d) (e) Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001, Bahagian X, Seksyen 62, 63, 64, 65 Kertas Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi dan Sekolah Agama Islam) pada 28 Mac 2016 dengan nombor pendaftaran MIS-SAR-019 (kini MIS-IPI-019). MSN dibangunkan atas kesedaran terhadap pendidikan anak-anak Sarawak terutama dalam penguasaan dalam memahami ilmu-ilmu Islam. Dalam konteks negeri Sarawak yang penduduk Muslimnya adalah minoriti, penekanan terhadap pendidikan Islam dan tarbiah adalah perkara yang menjadi keutamaan MSN. Ini kerana, jika pendidikan dan tarbiah Islamiyyah tidak dijadikan sebagai asas pemikiran dan pembentukan adab kepada diri individu khususnya generasi masa kini, maka sangat dikhuatiri perkembangan pemikiran dan pembangunan duniawi yang bersifat fizikal tidak dapat diseimbangkan dengan baik. Oleh yang demikian, MSN yang mengambil aspirasi dari falsafah “Ilmu, Amal, Wara’, Khauf, Ikhlas” merupakan sebuah institusi pendidikan yang bercita-cita tinggi untuk melahirkan individu yang berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada di dalam manhaj ilmu, amal dan akhlak. Sejak Covid-19 melanda pada Mac 2020, MSN telah menangguhkan operasi pengajian pada skala hampir menyeluruh. Bermula Januari 2023, MSN telah melakukan rombakan besar kepada semua sistem pengurusan, operasi, sukatan matapelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buku modul ini ditulis bagi membentangkan intipati yang menjadi teras kepada pengoperasian MSN yang terkini.

30/08/2026
30/08/2026

Majelis Ihtifal Maulid Nabi Muhammad Saw.

Ahad, 30 Ogos 2026
6.30 PM, Magrib Dan Isyak Berjamaah
📍Madrasah Safinatun Najah, Wisma Kafaz, Kuching-Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim, Muslimin dan Muslimat dijemput Hadir !!Majelis Ihtifal Maulid Nabi Muhammad Saw.Ahad, 30 Ogos ...
28/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim, Muslimin dan Muslimat dijemput Hadir !!

Majelis Ihtifal Maulid Nabi Muhammad Saw.

Ahad, 30 Ogos 2026
6.30 PM, Magrib Dan Isyak Berjamaah
📍Madrasah Safinatun Najah, Wisma Kafaz, Kuching-Sarawak

Ziarah dan silaturrahim Mudir Maktab University Al-Ahgaff Indonesia, Al-Habib Dr. Hasan bin Husen Al-Jufri di Madrasah S...
07/07/2026

Ziarah dan silaturrahim Mudir Maktab University Al-Ahgaff Indonesia, Al-Habib Dr. Hasan bin Husen Al-Jufri di Madrasah Safinatun Najah.

Alhamdulillah, Beliau juga memberikan Hikmah dan nasihat kepada seluruh pelajar madrasah agar selalu istiqamah, sabar dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agamanya Allah.

Majelis Haul Imam HaddadAlhamdulillah, Pada hari Sabtu, 16hb Mei 2026 bersamaan 28 Dzulkaedah 1447H telah berlangsung ma...
17/05/2026

Majelis Haul Imam Haddad

Alhamdulillah, Pada hari Sabtu, 16hb Mei 2026 bersamaan 28 Dzulkaedah 1447H telah berlangsung majlis Haul Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad bertempat di Madrasah Safinatun-Najah, Kuching.

Majlis dimulai dengan bacaan Wirdul Latif dan Surah Yasin dan Seterusnya majlis disambung dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Ratib Al-Haddad, Maulid Simtud Durror, manaqib dan tausiyah daripada al-Habib Mustofa b Ali Al-Haddad.

Semoga dengan majlis ini, kita mendapatkan keberkahan dan menjadikan kita mengingati serta mencontohi peribadi pewaris nabi (ulama') dan menyuburkan lagi rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1447 Hijriyahتقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال ، كل عام وأنتم بخير أجمعين…جعلنا الله من الع...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1447 Hijriyah

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال ، كل عام وأنتم بخير أجمعين…
جعلنا الله من العايدين والفائزين والمقبولين

Hikmah dan nasihat daripada Mudir Madrasah, Al-Habib Musthafa bin Ali Al-Haddad kepada para pelajar agar selalu sabar da...
06/02/2026

Hikmah dan nasihat daripada Mudir Madrasah, Al-Habib Musthafa bin Ali Al-Haddad kepada para pelajar agar selalu sabar dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, khasnya ilmu agama.

من لم يذق مر التعلم ساعة, تجرع ذل الجهل طول حياته

“Sesiapa yang tak sanggup menahan letihnya belajar sesaat, maka ia akan merasakan perihnya kebodohan seumur hidup.”

( Al-Imam Syafi’i )

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMDengan Menyebut Nama Allah..PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026/2027MADRASAH SAFINATUN NAJAH, KUC...
08/12/2025

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Menyebut Nama Allah..

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026/2027
MADRASAH SAFINATUN NAJAH, KUCHING - SARAWAK

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :
0198603374

_________________________________

‎وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR Muslim).

Hikmah :التعلم في الصغر كالنقش على الحجر “Belajar di masa kecil (muda) seperti mengukir di atas batu”.( Imam Hasan Al-Ba...
09/09/2025

Hikmah :

التعلم في الصغر كالنقش على الحجر

“Belajar di masa kecil (muda) seperti mengukir di atas batu”.
( Imam Hasan Al-Bashri )

Sesiapa yang di masa kecilnya senantiasa disibukkan dengan menuntut ilmu, maka ilmunya akan susah terlupakan dan akan kekal hingga di masa tua kelak.


Ujian Penggal 1 sesi 2025Madrasah Safinatun Najah, Kuching.Semoga semua pelajar berjaya dan mendapat keputusan yang ceme...
30/08/2025

Ujian Penggal 1 sesi 2025
Madrasah Safinatun Najah, Kuching.

Semoga semua pelajar berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.

‎من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

“Sesiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, maka Allah akan memberikan pemahaman agama kepadanya.” ( HR. Bukhari )

Bittaufiq wan Najah.

Address

Tingkat 1, Lot 14345, Seksyen 65 KTLD, Wisma KAFAZ
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 07:45 - 12:00
Tuesday 07:45 - 12:00
Wednesday 07:45 - 12:00
Thursday 07:45 - 12:00
Friday 07:45 - 11:00

Telephone

+601158980810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Safinatun-Najah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Safinatun-Najah:

Shortcuts

Share