21/04/2024
ADAKAH PAHALA BACAAN SAMPAI KEPADA SI MATI?
Mengucap إنا لله وإنا إليه راجعون itu diketahui umum.. tapi fokusnya ialah sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah itu adakah boleh atau tidak? dan sampai atau tidak kepada si mati? 😊
(1) Antara Hadis dari Ummu Salamah r.a. Berkata, Rasulullah saw bersabda:
إذا حضرتم الميت فقولوا خيرا، فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون
Apabila kalian menghadiri orang yabg meninggal dunia, maka ucapkan perkataan yang baik, kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kalian ucapkan.
[Hadis Sohih riwayat Ahmad (26782), Abu Daud (3115), Ibnu Hibban (3005), At-Tabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (722) dan Ad-Du’a (1148), Abdurrazaq dalam Al-Musannaf (6066) dan Ibnu ‘Asakir dan Tarikh Dimasyq juz 37 hlm. 269.]
Hadis di atas jelas menganjurkan kepada umat islam yang mendatangi orang yang meninggal dunia agar mengucapkan ucapan yang baik, iaitu zikir dan doa. Kerana yang akan diaminkan itu ialah para Malaikat. Dan ketahuilah bahawa surah al-Fatihah juga merupakan doa.
(2) Penjelasan dari Fadhilatus Syeikh Dr Ali Jum’ah (mantan M***i besar Mesir 2003-2013) tentang sedekah al-Fatihah kepada si mati 👇🏻
https://www.facebook.com/muftins/videos/633034960177394/?vh=e&d=n
(3) Abu Bakar Al-Marrudzi al-Hanbali (w. 275 H); salah seorang murid terdekat Imam Ahmad bin Hanbal (w. 241 H) pernah mendengar sendiri Imam Ahmad berkata:
قال المروذي: سمعت أحمد يقول: إذا دخلتم المقابر فاقرءوا بفاتحة الكتاب والمعوذتين، وقل هو الله أحد، واجعلوا ثواب ذلك إلى أهل المقابر؛ فإنه يصل إليهم، وكانت هكذا عادة الأنصار في التردد إلى موتاهم؛ يقرءون القرآن.
Saya (al-Marrudzi) pernah mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Jika kalian masuk ke kuburan, maka bacalah Surat al-Fatihah, al-Muawwidzatain dan al-Ikhlas. Lantas jadikanlah pahala bacaan itu untuk ahli kubur, maka hal itu akan sampai ke mereka. Dan inilah kebiasaan kaum Anshar ketika datang ke orang-orang yang telah wafat, mereka membaca al-Qur’an.
[Mushtafa bin Saad al-Hanbali w. 1243 H, Mathalib Ulin Nuha, h. 935].
(4) Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli: Ulama Muta’akhkhirin Mazhab Shafie menyatakan sampainya pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah wafat.
Beliau berkata:
“Dan para ulama’ muta’akhkhirin dari kalangan ulama’ mazhab Shafie telah mentahqiqkan bahawa sampainya pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati seperti bacaan al-Fatihah dan selainnya. Dan inilah pandangan yang menjadi amalan umat Islam.
Dan jika telah tsabit bahawa al-Fatihah memberi manfaat kepada orang Hidup yang dipatuk binatang berbisa, dan Nabi Saw telah memperakui hal ini dengan bersabda: “Bagaimana kamu ia (al-Fatihah) adalah satu ubat penyembuhan?”. Maka manfaatnya buat orang yang telah mati adalah lebih Utama.
Dan dengan itu, maka mazhab ulama’ muta’akkhirin Shafi’iyyah adalah sama seperti mazhab Imam yang tiga (Hanafiyyah, Hanabilah dan Malikiyyah), iaitu :
*Sesungguhnya pahala bacaan al-Qur’an sampai kepada si mati*.”
[al-Zuḥayli (1436H), 1997 - al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh), Vol. 2, mukasurat: 1581. Matlab: (التعزية وتوابعها), Isu: (القراءة على الميت وإهداء الثواب له)].
Dan ketahuilah bahawa Al-Fatihah itu merupakan satu surah daripada al-Quran.
(5) Hadis dari Ibnu Umar:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَلاَ تَحْبِسُوْهُ وَأَسْرِعُوْا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ وَلْيُقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِهِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَعِنْدَ رِجْلَيْهِ بِخَاتِمَةِ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ فِي قَبْرِهِ (رواه الطبراني في الكبير رقم 13613 والبيهقي في الشعب رقم 9294 وتاريخ يحي بن معين 4 / 449)
“Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah Saw bersabda: Jika diantara kalian ada yang meninggal, maka janganlah diakhirkan, segeralah dimakamkan. Dan hendaklah di dekat kepalanya dibacakan pembukaan al-Quran (Surat al-Fatihah) dan dekat kakinya dengan penutup surat al-Baqarah di kuburnya”
[HR. al-Thabrani dalam al-Kabir (13613), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9294), dan Tarikh Yahya bin Main (4/449)]
Al-Hafidz Ibnu Hajar memberi penilaian pada hadis tersebut:
فَلاَ تَحْبِسُوْهُ وَأَسْرِعُوْا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ أَخْرَجَهُ الطَّبْرَانِي بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ (فتح الباري لابن حجر 3 / 184)
“HR al-Thabrani dengan sanad yang hasan”
[Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Juz.III (Beirut: Dar al-
Ma’rifah, 1379H), hal.184.]
(6) Kenyataan Amirul Mukminin fil Hadis Imam Ibnu Hajar al-Asqalani melalui kitab Fathul Bari syarah Shohih Bukhori:
وكذلك فيما فيه بركة الذكر وتلاوة القرآن من باب الأولى
Dan demikian itu (dalam usaha meringankan azab si mati) adalah berkat daripada zikir. Oleh itu membaca al-Quran itu adalah terlebih aula(utama).
[Fath al-Bari, jilid 1, m/s 465, cetakan Dar Mishr li Tiba’ah]
(7) Al-Imam Ibnu Taimiyah dalam Kitab Majmu’ Fatawa jilid 24, berkata: “Orang yang berkata bahawa doa tidak sampai kepada si mati dan perbuatan baik, pahalanya tidak sampai kepada orang mati,” mereka itu ahli bid’ah, sebab para ulama telah sepakat bahawa si mati mendapat manfaat dari doa dan amal sholih orang yang hidup.
(8) Pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah Murid Imam Ibnu Taimiyah:
وأما قراءة القرآن وإهداؤها له تطوعا بغير أجرة فهذا يصل إليه كما يصل ثواب الصوم والحج
Adapun bacaan al-Qur’an dan menghadiahkan bacaannya secara sukarela tanpa upah, maka pahalanya sampai sebagaimana sampainya pahala puasa dan haji.
(9) Kata Ulama Wahabi sendiri iaitu syeikh Utsaimin:
وأما القراءة للميت بمعنى أن الإنسان يقرأ و ينوي أن يكون ثوابها للميت، فقد اختلف العلماء رحمهم الله هل ينتفع بذلك أو لا ينتفع؟ على قولين مشهورين الصحيح أنه ينتفع، ولكن الدعاء له أفضل
“Pembacaan al-Quran untuk orang mati dengan pengertian bahwa manusia membaca al-Quran serta meniatkan untuk menjadikan pahalanya bagi orang mati, maka sungguh ulama telah berselisih pendapat mengenai apakah yang demikian itu bermanfaat ataupun tidak? Atas hal ini terdapat dua qaul yang sama-sama masyhur dimana yang shahih adalah bahwa membaca al-Quran untuk orang mati memberikan manfaat, akan tetapi doa adalah yang lebih utama (afdhal).”
[Majmu Fatawa wa Rasaail (17/220-221) karya Muhammad bin Shalih al-Utsaimin w.1421 H]
Dan di dalam sighoh yang lain pendapat Syekh Ibnu ‘Utsaimin:
وإن أهدى الإنسان إلى الميت عملاً صالحا كأن يتصدق بشيء ينويه للميت أو يصلى ركعتين ينويها للميت أو يقرأ قرآن ينوينه للميت فلا حر في ذلك ولكن الدعاء أفضل من هذا كله لأنه هو الذي أرشد إليه النبي صلى الله عليه وسلم.
Jika seseorang menghadiahkan amal shaleh untuk mayat, misalnya ia bersedekah dengan sesuatu, ia niatkan untuk mayat, atau shalat dua rakaat ia niatkan untuk mayat, atau ia membaca al-Qur’an ia niatkan untuk mayat, maka tidak mengapa (boleh), tapi doa lebih afdhal dari semua itu, kerana itulah yang ditunjukkan Rasulullah Saw.
(10) Dr Zulkifli al-Bakri juga memilih pandangan bahawa sedekahkan al-Fatihah kepada si mati itu sampai 😊
link youtube, video tentang pandangan Dr Zulkifli al-Bakri 👇🏻
https://youtu.be/HjWYXLjbNs0
والله سبحانه وتعالى أعلم وهو يهدي من يشاء إلى سبيل الهدى والرشاد
Kredit : Facebook Hanifah