PASTI DARUL Furqon

PASTI DARUL Furqon PASTI KAWASAN PETRA JAYA, SARAWAK

28/08/2026

Esok insyaallah!
Moga lancar dan dipermudahkan esok.

30/12/2025

Alhamdulillah..
17/12/2025

Program Souq Cilik PASTI berjaya dilaksanakan di peringkat cawangan PASTI DARUL FURQAN.

Program ini memberi galakkan kepada murid utk merasai sendiri pengalaman jual beli sesama rakan.

Sambil itu, cikgu2 selit selit sekali aktiviti sukan, dan juga sudut eksperimen sains. Tetapi gambar dan video aktiviti sudut eksperimen tidak sempat dirakamkan. ๐Ÿซข

Yg penting anakยฒ seronok.

30/12/2025

Majlis Anugerah Prestasi PASTI Malaysia 2025 (MAP) kali ini membawa kita ke Negeri Johor Darul Taโ€™zim, negeri yang kaya dengan sejarah dan adat.

Elemen mahkota dan gerbang megah dalam logo mencerminkan Johor sebagai negeri berdaulat, bersejarah dan terbuka menyambut kehadiran warga PASTI dari seluruh negara.

Menara jam ikonik Johor Bahru p**a menjadi simbol masa, ketepatan dan kesinambungan perjuangan pendidikan yang sentiasa bergerak seiring zaman.

Pergi ke Johor singgah ke kota,
Menara berdiri lambang sejarah;
PASTI diraikan penuh wibawa,
Prestasi gemilang jadi anugerah.

MAP 2025 yang bakal berlangsung adalah untuk menghargai pendidik, pentadbir serta anak-anak PASTI dari seluruh Malaysia.

Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan, malah menjadi wadah menyemarakan semangat dan memperteguh iltizam dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai Islam.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐“๐šโ€™๐ณ๐ข๐ฆ




24/09/2025

Bismillah..
Road to Alam Ria PASTI Negeri Sarawak yang bertempat di Bintulu, pd hujung minggu ini.

Doakan kejayaan dan perjalanan kami.
InshaAllah kami akn mewakili PASTI Kawasan Petra Jaya Kuching Sarawak

๐ŸŒน Salam Maulidur Rasul ๏ทบ 1447H / 2025M ๐ŸŒน"Sesungguhnya pada diri Rasulullah ๏ทบ itu terdapat suri teladan yang baik untuk k...
06/09/2025

๐ŸŒน Salam Maulidur Rasul ๏ทบ 1447H / 2025M ๐ŸŒน

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah ๏ทบ itu terdapat suri teladan yang baik untuk kamu." (Al-Ahzab: 21)

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ dengan memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak Baginda, dan menyuburkan cinta kepada sunnah.

โœจ PASTI Darul Furqan mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua ibu bapa dan anak-anak didik.
Semoga kita tergolong dalam umat yang mendapat syafaat Baginda di hari akhirat.

๐Ÿ“ฟ ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†

Hari Merdeka mengingatkan kita bahawa kebebasan ini datang dengan pengorbanan, dan tanggungjawab kita hari ini adalah un...
31/08/2025

Hari Merdeka mengingatkan kita bahawa kebebasan ini datang dengan pengorbanan, dan tanggungjawab kita hari ini adalah untuk menjaga perpaduan, membina negara yang lebih makmur, serta memastikan generasi akan datang terus hidup dalam keamanan.

Takbir!

24/08/2025

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

MashaAllah Tabarakallah...

Alhamdulillahi rabbil โ€˜alamin, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, PASTI Darul Furqan telah berjaya meraih kemenangan dalam Alam Ria PASTI Kawasan Petra Jaya 2025.

Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah milik kami semata-mata, bahkan ia adalah hasil daripada doa, sokongan, dan kerjasama padu seluruh ibu bapa, guru-guru serta anak-anak PASTI Darul Furqan yang telah berusaha bersungguh-sungguh.

Ucapan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang sentiasa memberi kepercayaan, dorongan, dan sokongan tanpa jemu kepada guru-guru.. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa apabila ada kerjasama erat antara ibu bapa, guru dan pelajar, maka hasilnya pasti membanggakan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para guru yang telah mencurahkan tenaga, masa, dan kasih sayang dalam membimbing anak-anak PASTI sehingga mampu tampil dengan penuh keyakinan.

Akhir kata, semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk kita terus berusaha melahirkan generasi rabbani, cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Tahniah & Syabas!
โ€œPASTI Cemerlang, Ummah Gemilangโ€

Dengan penuh rendah hati, kami memohon doa daripada semua agar anak-anak kita dipermudahkan urusan, diberikan kelancaran...
22/08/2025

Dengan penuh rendah hati, kami memohon doa daripada semua agar anak-anak kita dipermudahkan urusan, diberikan kelancaran serta kejayaan dalam pertandingan Alam Ria PASTI PJ

Semoga usaha mereka diberkati Allah SWT dan menjadi permata ummah yang cemerlang di dunia serta akhirat.

Allahumma Amin

Selamat Hari Raya Idul Adha 1446HSaat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya IS...
06/06/2025

Selamat Hari Raya Idul Adha 1446H

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN.

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

30/03/2025

Address

Kuching
L805,5L41,JALANMATANG,RESIDENCE805,BATU8,93050,93050KUCHING,SARAWAK

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60178527339

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI DARUL Furqon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI DARUL Furqon:

Shortcuts

Share

Category