26/07/2024
perkongsian bermanfaat bagi membina legasi berterusan.
Israk Mikraj Education Board Game
26/07/2024
perkongsian bermanfaat bagi membina legasi berterusan.
26/09/2023
26 Sept 2023. Team Mikraj Eduboard bersama menyertai pameran KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA (SUKSES) 2023.
09/09/2023
Lensa pertandingan Cinta Rasul 2023 (Mikraj).
Mikraj Eduboard merupakan satu Inovasi didik hibur hasil ciptaan pensyarah Politeknik Kuching Sarawak .
9 September 2023(Sabtu)
cc Politeknik Kuching Sarawak
27/08/2023
Assalamualaikum, jom sertai pertandingan Mikraj Eduboard
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=261844623465326&id=100089193707195&mibextid=Nif5oz
Pertandingan Interaktif Cinta Rasul akan diadakan pada 2 September 2023 (Sabtu), di Perpustakaan Bandaraya DBKU aras 5. Terbuka kepada kanak-kanak berusia 8 tahun hingga 12 tahun sahaja. Pertandingan diadakan secara berkumpulan yang terdiri daripada lima orang peserta.
Kepada yang berminat Sila imbas QR kod atau klik link https://forms.gle/Wsyh5U4EJMUaaBuh7 untuk borang dan syarat-syarat pendaftaran.
Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2023 (Khamis). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Dayang Halimah Abang Omar di talian 082-507403/507099
16/08/2023
Mikraj Eduboard bersiaran secara langsung dalam radio IRIS.
https://m.youtube.com/live/Me7OifyDoDU?feature=share&fbclid=IwAR2Tb-hapTs33II9JgxEnjaYYs7TYb0-ZQnw1fy5FxIXtdduZHPMupZfmUk
ISRAK MIKRAJ EDUCATION BOARD GAME Jom tonton perkongsian mengenai "Israk Mikraj Education Board Game" bersama Ts. Wida Yanti Binti Mohammad Zen Umar (Pensyarah Kanan Jab. Matematik, Sains & K...
11/08/2023
JOM RAMAI-RAMAI KE BOOTH Mikraj Eduboard
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=274181538579008&id=100079614912072&mibextid=Nif5oz
28/07/2023
PRODUK INOVASI MIKRAJ MEMBUKA PAMERAN SEMPENA FESTIVAL MAAL HIJRAH 1445H/2023M DI MASJID JAMEK SARAWAK
28-30Julai 2023 – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menganjurkan Festival Maal Hijrah 1445H/2023 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023, di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan tahun baharu hijrah. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Festival Maal Hijrah 1445H/2023M bertempat di Galeri LAKMNS Baitul Makmur II, Kuching.
Tambahnya, penganjuran festival ini adalah berdasarkan beberapa objektif, antaranya sebagai platform penyampaian ilmu berkenaan tahun baharu hijrah. Festival ini juga sebagai usaha untuk mengimarahkan masjid sebagai one-stop centre, serta mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai agama melalui program-program yang bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya.
Ujarnya, festival ini juga menjadi platform perpaduan kerana festival ini juga membuka pintu penyertaan kepada masyarakat berbilang kaum.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah Malam Cinta Rasul yang akan menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre, Kembara Berbasikal, Hijrah Run, Pameran Kerjaya dan Pendidikan, dan pelbagai jenis pertandingan seperti badminton, tenpin boling, e-sport, dan sebagainya. Selain itu, LAKMNS turut menyediakan beberapa hadiah istimewa kepada pengunjung menerusi cabutan bertuah.
Pada sidang media ini juga, LAKMNS turut mengumumkan penaja yang terdiri daripada Lubuk Tiara Sdn. Bhd., Hock Seng Lee Berhad, dan Land Custody and Development Authority (LCDA) sebagai penaja diamond, manakala Senari Synergy Sdn Bhd sebagai penaja platinum. Turut diumumkan adalah media rasmi bagi festival ini iaitu Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS), TV Sarawak (TVS) dan akhbar Suara Sarawak.
Di samping itu, LAKMNS juga memperkenalkan portal rasmi festival iaitu fmh2023.online. Orang ramai yang berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti yang dianjurkan. Pendaftaran bagi beberapa program juga boleh dilakukan melalui portal ini.
Hadir sama pada sidang media ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai LAKMNS serta wakil penaja penganjuran Festival Maal Hijrah.
SEMPENA Festival Maal Hijrah ini, produk inovasi Mikraj Eduboard telah diberi ruang untuk bersama berkongsi maklumat dan manfaat kepada semua masyarakat Islam di Sarawak.
cc Politeknik Kuching Sarawak
28/07/2023
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK TERPILIH DI ANTARA 15 PEMBENTANGAN TERBAIK DALAM PROGRAM BEST PRACTICES IN GENERAL STUDIES and STEM, BIGS 2023
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada hari ni telah mengadakan program Best Practices in General Studies and STEM 2023 (BiGS 2023). Sebanyak 15 pembentangan terbaik telah terpilih daripada 56 penyertaan dari seluruh politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) untuk dibentangkan pada hari ini.
BiGS adalah satu platfom yang memberikan pengiktirafan kecemerlangan kepada warga politeknik dan kolej komuniti untuk berkongsi pelaksanaan dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta pengurusan sumber yang berimpak tinggi. Pembudayaan perkongsian amalan baik ini layak dijadikan contoh kepada warga pendidik dalam memantapkan peranan mereka di arena pendidikan TVET khususnya. Amalan terbaik yang dipilih ini turut dikongsi secara siaran secara langsung melalui facebook rasmi POLYCCOfficial untuk disebar luas kepada warga pendidik selari dengan peranan politeknik dan kolej komuniti sebagai institusi yang menerajui bidang TVET ini.
Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) yang hadir bagi perasmian penutup program ini menyatakan bahawa setiap warga POLYCC amat digalakkan untuk mencipta, menerokai dan mengamalkan elemen-elemen kreativiti dan inovasi kerana ianya dapat menjana satu pendekatan baharu untuk memantapkan perkhidmatan pendidikan dalam mendepani cabaran Revolusi Industri ke 4 (4th Industrial Revolution, 4IR). Selain itu, JPPKK sentiasa memartabatkan kualiti PdP sebagai usaha melonjak politeknik dan kolej komuniti ke arah kecemerlangan seiring dengan perkembangan falsafah pendidikan kebangsaan bagi mencapai matlamat TVET dalam landskap pendidikan negara.
Turut hadir pada program ini adalah Dr. Zamzam bin Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, Prof. Ts. Dr. Haryani binti Haron, penyampai ucaptama / Keynote Speaker, wakil-wakil POLYCC serta para pegawai JPPKK.
Peserta PKS diwakili oleh En. Mohamad Faizal Ahmat yang membentangkan penggunaan produk inovasi Mikraj Eduboard dalam PdP.
Tahniah diucapkan.
cc Politeknik Kuching Sarawak
27/07/2023
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) BERJAYA MERAIH EMAS DAN ANUGERAH PRODUK BERPOTENSI UNTUK KOMERSIAL MELALUI INOVASI MIKRAJ DI POLYCCOM 2023
Program POLYCCOM 23 peringkat Kebangsaan berlangsung pada 26 & 27 Julai 2023 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Kolej Komuniti Kepala Batas dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Inovasi(PPI) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menyokong serta mengiktiraf aktiviti inovasi serta pengkormesilan produk baharu di kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sehubungan itu, PKS melalui Inovasi MIKRAJ yang dicipta oleh En. Mohamad Faizal Ahmat , En Mohamad Shahrien dan Ts. Puan Wida Yanti Mohamad Zen Weeda Zen telah berjaya meraih Pingat Emas dan Anugerah Produk Berpotensi Untuk Komersial (Bukan Teknikal).
Team Mikraj diwakili en mohamad Shahrin L Bari.
Tahniah diucapkan.
Terima di atas sokongan semua.
18/07/2023
Salam Awal Muharram daripada team Mikraj Eduboard . Semoga MIKRAJ lebih cemerlang pada tahun 1445H untuk ummah!