Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching

Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching, Education, Kuching.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN PAKAIAN PATRIOTIK ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Tadika Tahfiz HIKMAH...
26/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN PAKAIAN PATRIOTIK ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching telah mengadakan Pertandingan Pakaian Patriotik Peringkat Tadika.

Program ini bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta memperkenalkan kepelbagaian budaya dan pakaian tradisional Malaysia kepada anak-anak sejak usia dini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, keyakinan dan kreativiti. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Terima kasih juga kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

โค๏ธ Semangat patriotik dipupuk sejak kecil, cinta Malaysia sepanjang hayat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSALAM TAKZIAHDengan penuh rasa dukacita, warga Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching i...
16/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita, warga Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching ingin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Cikgu Jun Azlin binti Jamanil, Guru Besar Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽูˆูŽุณูู‘ุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Allahyarhamah, rahmatilah rohnya, maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah tempat persinggahannya, lapangkanlah kuburnya dan tempatkanlah Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta beramal soleh.

Semoga segala jasa, pengorbanan, ilmu dan bakti Allahyarhamah sepanjang memimpin serta mendidik warga Tadika Tahfiz Hikmah Kuching menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikurniakan syurga Firdaus tanpa hisab.

ุขู…ููŠู†ูŽ ุขู…ููŠู†ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Al-Fatihah.

โ€Žุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH dan seluruh Warga Kerja HIKMAH merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga almarhumah Cikgu Jun Azlin Binti Jamanil (Guru Besar Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching).

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal solehnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

08/09/2026

๐Ÿ“šโœจ AKTIVITI PdPR โœจ
Alhamdulillah, tahniah anak-anak TTHK atas usaha dan semangat mengikuti aktiviti PdPR dari rumah. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘
Terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. โค๏ธ
Terima kasih juga kerana berkongsi video aktiviti PdPR anak-anak bersama kami. ๐ŸŒท

08/09/2026

๐Ÿ“šโœจ AKTIVITI PdPR โœจ
Alhamdulillah, tahniah anak-anak TTHK atas usaha dan semangat mengikuti aktiviti PdPR dari rumah. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘

Terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. โค๏ธ

Terima kasih juga kerana berkongsi video aktiviti PdPR anak-anak bersama kami. ๐ŸŒท

Tahniah semua! Teruskan belajar dengan ceria! ๐ŸŒŸ๐Ÿ“–

๐ŸŒŸ PROGRAM USAHAWAN CILIK TTHK 2026 ๐ŸŒŸ28 OGOS 2026 | Jumaat โ€œKecil-Kecil Jadi Usahawanโ€ ๐Ÿ’ผ๐Ÿ’ฐโœจAlhamdulillah, Program Usahawan...
05/09/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM USAHAWAN CILIK TTHK 2026 ๐ŸŒŸ

28 OGOS 2026 | Jumaat

โ€œKecil-Kecil Jadi Usahawanโ€ ๐Ÿ’ผ๐Ÿ’ฐโœจ
Alhamdulillah, Program Usahawan Cilik Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni! ๐ŸŽ‰
Program ini memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar berniaga, mengurus jual beli, berkomunikasi dengan pelanggan serta mengenali nilai wang sejak usia muda. ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ’ต
Gelagat anak-anak yang begitu teruja menjual pelbagai barangan dan makanan benar-benar menceriakan suasana. Ada yang menjadi penjual, juruwang, pembantu kedai dan juga pelanggan. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘
Lebih bermakna, anak-anak belajar bahawa kejayaan dalam berniaga memerlukan keyakinan diri, kerjasama, sikap jujur, amanah, sabar dan berani mencuba. ๐ŸŒฑโœจ
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan Program Usahawan Cilik 2026. โค๏ธ
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis buat anak-anak dan menjadi langkah awal dalam membentuk generasi yang kreatif, yakin diri, berdikari dan berjiwa usahawan. ๐ŸŒŸ
Tahniah anak-anak TTHK! ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘
Hari ini usahawan cilik, insya-Allah suatu hari nanti usahawan berjaya! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ฐ






30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ
Semangat Merdeka kita semai sejak kecil! ๐ŸŒบ
Semoga anak-anak Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching membesar menjadi generasi yang cintakan agama, bangsa dan tanah air. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโ™ฅ๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ayuh kibarkan Jalur Gemilang!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semarakkan semangat patriotik!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia tetap di hati!

๐ŸŽ‰ Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐ŸŽ‰
Ikhlas daripada Warga Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒธ SELAMAT BERCUTI, ANAK-ANAK TTHK! ๐ŸŒธ๐Ÿ“š Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua anak-anak mu...
29/08/2026

๐ŸŒธ SELAMAT BERCUTI, ANAK-ANAK TTHK! ๐ŸŒธ

๐Ÿ“š Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua anak-anak murid yang dikasihi. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ’•

Manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga. Jangan lupa:
๐Ÿ“– Membaca dan menghafaz surah-surah pilihan
๐Ÿ•Œ Menjaga solat dan adab sehari
๐Ÿคฒ Sentiasa berdoa dan bersyukur
๐ŸŒฑ Membantu ibu bapa di rumah
Semoga cuti ini menjadi masa untuk berehat, bergembira dan menambah ilmu serta pahala. โค๏ธ
๐ŸŒท Jaga diri, jaga akhlak dan teruskan menjadi anak soleh & solehah.

Selamat Bercuti daripada seluruh warga Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching! ๐ŸŒ™โœจ

๐Ÿ“… 29 Ogos โ€“ 6 September 2026
๐Ÿซ Sekolah dibuka semula pada 7 September 2026 (Isnin)

๐Ÿ’š โ€œCuti bukan alasan untuk berhenti belajar, tetapi peluang untuk belajar melalui kehidupan.โ€

25/08/2026
๐ŸŒซ๏ธ PENUTUPAN TADIKA TAHFIZ HIKMAH KUCHING AKIBAT JEREBU ๐ŸŒซ๏ธAssalamualaikum dan salam sejahtera.Susulan Hebahan Segera Jab...
20/08/2026

๐ŸŒซ๏ธ PENUTUPAN TADIKA TAHFIZ HIKMAH KUCHING AKIBAT JEREBU ๐ŸŒซ๏ธ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Susulan Hebahan Segera Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertarikh 20 Ogos 2026, dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah di bawah seliaan JPN Sarawak bagi daerah Kuching, Padawan, Serian dan Samarahan ditutup pada 20 hingga 21 Ogos 2026 berikutan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara.

Sehubungan itu, Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching turut mengambil tindakan segera demi keselamatan dan kesihatan anak-anak. Ibu bapa telah hadir untuk mengambil anak masing-masing sebaik sahaja menerima makluman penutupan.

๐Ÿคฒ Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa atas kerjasama, keprihatinan dan tindakan pantas dalam memastikan keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.
Semoga keadaan jerebu kembali pulih dan kualiti udara bertambah baik.
Jaga diri, jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti di luar rumah. ๐ŸŒฟ




Address

Kuching

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6082441157

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Tahfiz HIKMAH Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category