18/05/2026
STANDARD 2 & 3
STANDARD 2 : PENGURUSAN ORGANISASI
Aspek 2.5 -IKLIM
2.5.2 (Suasana yang selesa dan harmoni diwujud dan dikekalkan secara sistematik dan terancang)
Aspek 2.6 PENGURUSAN PERPADUAN
2.6.1 (Pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia diurus secara terancang)
STANDARD 3 :
Aspek 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.3.1.1 Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.
3.3.2.1 Disiplin murid diurus secara sistematik dan terancang.
Pelaksanaan:
Tajuk: ROSARY PRAYER -ROSARY MONTH (MAY)
Tarikh: SETIAP JUMAAT BERMULA 8 Mei- 22 Mei 2026
Masa: 6:50 pagi
Tempat: DEWAN TERBUKA SKCE
Penglibatan:
1.Semua guru Catechism
-Puan Glenda Anak Boniface Bungeng, Encik Diek Anak Rigos, Puan Winifred Anak Ijau, Puan Camellina Joyce Anak Duyun, Puan Santy Anak Juing, Cik Tiffany Anak Gimbun
2. Semua murid Kristian
Objektif:
1.Menghayati kepentingan doa Rosary sebagai amalan iman dalam kehidupan harian.
2.Murid dapat melibatkan diri secara aktif, sopan dan penuh hormat semasa sesi doa dijalankan.
3.Memupuk nilai kasih, kerohanian dan disiplin melalui aktiviti doa bersama warga sekolah.
4.Murid menjadi teladan dalam memupuk nilai kerohanian, kasih sayang dan hormat-menghormati.
5.Mengeratkan hubungan komuniti sekolah melalui penglibatan bersama dalam aktiviti keagamaan.
Rumusan:
Program doa Rosary sempena Bulan Rosari telah memberi impak yang sangat positif kepada warga sekolah. Penglibatan hampir 95% murid Kristian menunjukkan tahap komitmen, disiplin dan kesedaran kerohanian yang tinggi dalam kalangan murid, termasuk hadir awal sebelum sesi bermula. Selain itu, aktiviti doa bersama berjaya mewujudkan suasana sekolah yang lebih harmoni, tenang dan positif. Hubungan antara murid dan guru juga semakin erat melalui penghayatan nilai kasih, kerjasama dan hormat-menghormati. Program ini turut membantu membentuk sahsiah murid yang lebih baik serta memupuk budaya kerohanian dalam komuniti sekolah.
Impak:
1.Penglibatan hampir 95% murid Kristian dalam sesi doa Rosario menunjukkan peningkatan komitmen, disiplin dan kesedaran kerohanian dalam kalangan murid, termasuk hadir awal sebelum sesi bermula.
2.Aktiviti doa bersama telah mewujudkan suasana sekolah yang lebih harmoni, tenang dan positif serta mengeratkan hubungan antara murid dan guru melalui penghayatan nilai kasih dan hormat-menghormati.
3.Program Bulan Rosary -Mei berjaya memupuk budaya sekolah yang menitikberatkan pembentukan sahsiah, nilai murni dan amalan kerohanian secara konsisten dalam kehidupan harian warga sekolah.
Tindak susul:
1. Pihak sekolah akan meneruskan dan memperkukuhkan pelaksanaan doa Rosari secara berkala dengan menggalakkan murid hadir lebih awal ke sekolah bagi memupuk disiplin dan persediaan rohani sebelum memulakan sesi pembelajaran.
2. Pihak sekolah akan memperluaskan promosi program melalui hebahan semasa perhimpunan, poster, media sosial sekolah dan penglibatan guru bagi meningkatkan semangat serta penyertaan murid dalam sesi kerohanian doa Rosary pada bulan Oktober nanti.
3. Pihak sekolah akan melibatkan lebih ramai murid dalam pengendalian sesi doa Rosari seperti bacaan doa dan penyediaan aktiviti rohani supaya program menjadi lebih menarik, bermakna dan berterusan.
"PPD Kita, Tanggungjawab Kita"