18/12/2025
MOTIVASI HALA TUJU SPM
Tarikh: 18 September 2025
Hari: Khamis
Masa: 8.10 - 10.40 pagi
Tempat: Surau As Syafie
Satu program motivasi telah diadakan untuk semua murid tingkatan 4 yang mana bakal menghadapi SPM pada tahun hadapan. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Malek bin Hassan, Guru Bimbingan Dan Kaunseling SMK Sg Soi.
Program ini diadakan bagi memberikan suntikan semangat buat murid-murid agar terus berusaha dan menetapkan hala tuju mereka selepas ini.