11/05/2026
UMPSA Advanced
UMPSA Advanced is a wholly-owned subsidiary of Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Lifelong Learning Centre
"Where Learning Never Ends"
UMPSA Advanced has embarked its establishment since 2004 as The Forefront of Lifelong Learning in Malaysia. The institution wholly owned by Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) offers multidisciplinary and industry-relevant academic programmes prominently in engineering; engineering technology; computing; applied sciences; management and human sciences. Broad collaborations with p
11/05/2026
Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada doa seorang ibu yang tidak pernah berhenti mengiringi langkah anaknya. π·
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang sentiasa memberi kasih sayang, pengorbanan dan inspirasi tanpa batas.
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026πͺ
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga UMPSA Advanced atas dedikasi, komitmen dan usaha yang tidak pernah putus dalam memacu kecemerlangan organisasi.
Setiap sumbangan anda, besar atau kecil, adalah nadi kepada kejayaan kita bersama. Teruskan melangkah dengan semangat, profesionalisme dan inovasi dalam setiap apa yang dilakukan.
βTenaga Kita, Kemajuan Bersama.β
24/04/2026
23 April 2026 - Sambutan Post Raya UMPSA Advanced 2026
Suasana sambutan Hari Raya UMPSA Advanced berlangsung dalam kemeriahan dan penuh kehangatan Aidilfitri, lebih bermakna dengan kehadiran Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias. Turut memeriahkan majlis ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings Group, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh Puan Nurul Fazlin Abdul Rahman, Pengurus Besar Business Strategy UMPSA Advanced, yang seterusnya diikuti dengan sesi penyampaian komisyen kepada staf sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka.
Sambutan ini diraikan dalam suasana santai, harmoni dan penuh kegembiraan, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kerja UMPSA Advanced. Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam organisasi.
23/04/2026
22 April 2026 | UMPSA Advanced telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, Dr. Ahmad Johari Mohamad dan telah disambut oleh Naib Canselor UNISZA, YBhg. Profesor Datoβ Dr. Fadzli bin Adam.
Sesi pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan kerjasama strategik program Edu-Tourism secara dua hala, di samping memperkenalkan sistem yang dibangunkan oleh UMPSA Advanced. Turut dibincangkan adalah potensi kolaborasi yang dapat memberi manfaat bersama, khususnya dalam aspek akademik, mobiliti pelajar serta pembangunan industri pelancongan pendidikan.
Diharapkan kunjungan ini dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi antara UMPSA Advanced dan UNISZA, seterusnya menyokong agenda pemerkasaan pendidikan dan pelancongan berasaskan ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
22/04/2026
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui UMPSA Advanced terus memperkukuh komitmen dalam memperluas akses pendidikan tinggi menerusi pembukaan laluan kemasukan saluran terbuka (Open Intake) bagi sesi Julai 2026.
Saluran terbuka UMPSA perluas akses pendidikan tinggi KUANTAN β Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui UMPSA Advanced terus memperkukuh komitmen dalam memperluas akses pendidikan...
08/04/2026
7 April 2026 | UMPSA Advanced telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) SPACE UTM bagi mengadakan sesi perbincangan strategik.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Delegasi telah disambut oleh Profesor Madya Ts. Dr. Awanis binti Romli, Pengarah Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credential, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) serta Encik Mohd Azlizal bin Abu Bakar, Pengurus Besar, Finance and Supply Chain, UMPSA Advanced bersama barisan pengurusan.
Perbincangan yang berlangsung menyentuh aspek perkongsian amalan, penerokaan peluang kerjasama serta usaha memperkukuh pelaksanaan program pendidikan yang lebih fleksibel dan relevan dengan keperluan semasa.
Diharapkan kunjungan ini dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama strategik yang lebih erat antara UMPSA Advanced dan SPACE UTM dalam memperkasakan agenda pembelajaran sepanjang hayat serta menyokong pembangunan bakat negara.
01/04/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Datuk Musliati Moslimin, Alumni UMPSA atas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan atas segala jasa, sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga alumni UMPSA untuk terus melakar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Semoga YBhg. Datuk terus cemerlang dalam menyumbang kepada masyarakat dan negara.
31/03/2026
Kami Sedang Mencari Anda!
UMPSA Advanced membuka peluang kepada Part Time Trainer yang berpengalaman untuk bersama kami membentuk masa depan industri!
π‘ Bidang latihan merangkumi TVET, teknologi, ESG, perniagaan, dan banyak lagi.
π― Jika anda memiliki pensijilan TTT HRDC dan minat mendalam dalam latihan, inilah peluang anda!
π Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada perubahan.
π Daftar sekarang: mytalenthub.com.my
--------------------------------------------------------------------------
Weβre Looking for Passionate Trainers!
UMPSA Advanced is inviting experienced professionals to join us as Part Time Trainers and make a real impact in industry development.
π‘ Training areas include TVET, technology, ESG, business, and more.
π― If you are HRDC TTT certified with strong training skills, this is your chance!
π Be part of something meaningful.
π Apply now: mytalenthub.com.my
31/03/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |