04/05/2026
π
Tarikh : 28 April 2026
π’Tajuk :UNITEN Terima Kunjungan Strategik UMPSA: Perkasa Kolaborasi Pengurusan OSH dan TVET
BANGIβ Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) terus memperkukuh jalinan kerjasama akademik dan industri menerusi satu sesi perkongsian dua hala bersama delegasi daripada Akademi TVET Termaju serta Bahagian Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMeD), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Lawatan penanda aras yang berlangsung pada Selasa lalu itu dihadiri oleh lebih 20 orang kakitangan dan pakar bidang daripada kedua-dua institusi. Pertemuan ini menjadi platform utama bagi menghimpunkan pertukaran idea kreatif, perkongsian pengalaman mendalam, serta membincangkan amalan terbaik (best practices) khususnya dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).
Fokus Kerjasama Pintar
Antara intipati utama sesi tersebut termasuklah:
Pertukaran Kepakaran: Membincangkan integrasi elemen OSH dalam kurikulum TVET tahap tinggi.
Kelestarian Kampus: Penanda aras pengurusan keselamatan persekitaran kerja yang lebih efisien dan sistematik.
Ruang Kolaborasi: Meneroka peluang kerjasama penyelidikan dan latihan industri pada masa hadapan.
"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UMPSA atas kunjungan dan kesudian memilih UNITEN sebagai destinasi lawatan penanda aras. Hubungan strategik ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara universiti, malah membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang lebih impak tinggi," menurut kenyataan wakil pengurusan UNITEN.
Kunjungan ini diakhiri dengan komitmen kedua-dua belah pihak untuk memastikan sinergi ini berterusan, sekaligus memacu standard pengurusan TVET dan OSH ke tahap yang lebih profesional dan dinamik di peringkat nasional.
04/05/2026
OSH MONDAY.
PROGRAM KESEDARAN KKP.
Ambil Tahu Tapi Tanpa Tindakan Itu Adalah Perbuatan Mementingkan Diri.
-------------------------------------------------
OSH AWARENESS PROGRAM.
Your Awareness Means Nothing Without Your Action
-------------------------------------------------
Report Any Incident Or Unsafe Condition To:
-OSH Committee Person In Charge (For Department Or Faculty)
-Facility Management (JPPH UMPSA Pekan/UMPSA HOLDING Gambang)
-General Line : Emergency & Accident Case 09 431 5005 (24 Hours)
Please Like, Follow & Share:
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/ohsmedumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/
01/05/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja
1 Mei 2026
Dengan Tema
βPekerja MADANI Kesuma Bangsaβ
------------------------------------------------------------------------
Report Any Incident Or Unsafe Condition To:
-OSH Committee Person In Charge (Department Or Faculty)
-Facility Management (JPPH UMPSA Pekan/UMPSA HOLDING Gambang)
-BKES General Line : Emergency & Accident Case 09 431 5005 (24 Hours)
Please Like, Follow & Share:
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/ohsmedumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/
Kredit Gambar Bandar Kuantan: Muhammad Ridhuan Chik
28/04/2026
Hari Keselamatan Dan Kesihatan Sedunia 2026
Kami mengutamakan kepentingan persekitaran kerja psikososial yang sihat β di mana pekerja akan merasa dirinya dihargai, dihormati dan selamat dari segi mental.
Persekitaran kerja yang positif mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan kesejahteraan dan mengukuhkan prestasi keselamatan keseluruhan.
Mari kita bersama memperkukuhkan lagi keharmonian tempat kerja yang mampu melindungi badan dan minda.
------------------------------------------------------------------------
This World Day for Safety and Health at Work 2026
we highlight the importance of a healthy psychosocial working environment β where employees feel supported, respected and mentally safe.
A positive work environment reduces stress, improves wellbeing and strengthens overall safety performance.
Letβs work together to build workplaces that protect both body and mind.
------------------------------------------------------------------------
Report Any Incident Or Unsafe Condition To:
-OSH Committee Person In Charge (Department Or Faculty)
-Facility Management (JPPH UMPSA Pekan/UMPSA HOLDING Gambang)
-BKES General Line : Emergency & Accident Case 09 431 5005 (24 Hours)
Please Like, Follow & Share:
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/ohsmedumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/
20/04/2026
OSH MONDAY.
PROGRAM KESEDARAN KKP.
Ambil Tahu Pelan Tindakan Kecemasan Bangunan Di Mana Anda Berada.
-------------------------------------------------
OSH AWARENESS PROGRAM.
Get To Know The Emergency Response Plan Of The Building You Are In.
-------------------------------------------------
Report Any Incident Or Unsafe Condition To:
-OSH Committee Person In Charge (For Department Or Faculty)
-Facility Management (JPPH UMPSA Pekan/UMPSA HOLDING Gambang)
-General Line : Emergency & Accident Case 09 431 5005 (24 Hours)
Please Like, Follow & Share:
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/ohsmedumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/
17/04/2026
π
Tarikh : 16 April 2026
π’Tajuk : UMPSA Hargai Komitmen Lebih 20 Pusat Tanggungjawab Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
PEKAN β Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini mengadakan satu majlis khas bagi meraikan dan memberikan penghargaan kepada lebih 20 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di atas komitmen serta kecemerlangan mereka dalam memelihara aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di seluruh kawasan kampus.
Majlis apresiasi yang penuh bermakna ini telah berlangsung di Dewan Bankuet Canselori, UMPSA Pekan pada jam 11.00 pagi, sejurus selepas tamatnya Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PTJ & KK Kali Ke 33 Bil 1/2026.
Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut adalah Pengarah OSHMED,Ts Mohd Marzuki Bin Mohamed yang hadir mewakili Naib Canselor UMPSA dan turut serta Muhamad Faisal Bin Mohd Yasin, Pengurus Jabatan Canseleri dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) .
Dalam ucapan perasmian yang disampaikan, Pengarah OSHMED memuji dedikasi tidak berbelah bahagi semua wakil PTJ yang bertungkus-lumus memastikan persekitaran universiti kekal selamat untuk para pelajar, staf akademik, dan kumpulan pelaksana. Bagi menzahirkan sokongan penuh serta ucapan terima kasih daripada pihak pengurusan tertinggi universiti kepada semua jawatankuasa PTJ yang terlibat satu video khas ucapan Naib Canselor turut ditayangkan juga pada majlis tersebut. (Sila ke Yt & TT untuk tontonan video NC)
Antara intipati majlis tersebut termasuklah:
Penyampaian Sijil Penghargaan:Diberikan kepada setiap wakil PTJ/KK sebagai tanda pengiktirafan rasmi universiti atas audit dan rekod keselamatan yang cemerlang sepanjang tahun lepas.
Sesi Perkongsian Amalan Terbaik:Diadakan secara ringkas semasa mesyuarat tahunan sebelumnya, di mana PTJ & KK yang menunjukkan prestasi cemerlang berkongsi strategi pengurusan risiko di fasiliti masing-masing.
Jamuan Silaturahim:Mengeratkan hubungan antara pihak OSHMED dan wakil-wakil PTJ/KK.
Penganjuran majlis penghargaan ini diharap dapat menyuntik motivasi dan menjadi pemangkin kepada seluruh warga UMPSA untuk terus membudayakan persekitaran kerja serta pembelajaran yang selamat, bebas risiko, dan sejahtera. Majlis telah melabuhkan tirainya dengan jayanya dan disusuli dengan sesi bergambar bersama para penerima anugerah.
Jom "Like & Follow" Sosial Media Kami
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/oshmoumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/channel/UC6DtZo8v062ylhSPC_Fb0pg
13/04/2026
OSH MONDAY.
PROGRAM KESEDARAN KKP.
Bersihkan Apa-Apa Tumpahan Sebaik Sahaja Ia Berlaku
-------------------------------------------------
OSH AWARENESS PROGRAM.
Clean Up Any Spillage As Soon As It Occurs.
-------------------------------------------------
Report Any Incident Or Unsafe Condition To:
-OSH Committee Person In Charge (For Department Or Faculty)
-Facility Management (JPPH UMPSA Pekan/UMPSA HOLDING Gambang)
-General Line : Emergency & Accident Case 09 431 5005 (24 Hours)
Please Like, Follow & Share:
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/ohsmedumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/
10/04/2026
π
Tarikh : 10 April 2026
π’Tajuk : Sesi Audit EKSA Berlansung Dengan Jaya Di Blok B5 UMPSA Kampus Gambang.
GAMBANGβ Budaya kerja cemerlang dan persekitaran yang kondusif terus diperkasakan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang apabila Blok B5 hari ini menerima kunjungan pasukan juruaudit bagi sesi penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Sesi pengauditan yang bermula pada sebelah pagi itu bertujuan untuk menilai tahap pematuhan warga kerja Blok B5 terhadap amalan EKSA yang menekankan aspek persekitaran kerja yang selamat, ceria, kemas, serta pembudayaan amalan hijau dan inovasi.
Pasukan kerja Blok B5 yang diketuai oleh Encik Khairul Adlan Bin Ismail sebagai Penyelaras, bersama-sama ahli jawatankuasa utamanya iaitu Puan Norkamalia Binti Arbain dan Encik Mohd Faizal Abd Wahab, telah menyambut baik kehadiran pasukan penilai. Persediaan rapi telah dilakukan oleh seluruh warga Blok B5 sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan ruang kerja, bilik fail, pantri, dan kawasan guna sama berada pada tahap yang optimum dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Proses penilaian pada hari ini telah dikendalikan oleh barisan juruaudit EKSA yang berpengalaman, iaitu Ts. Encik Mohd Badwi Bin Yunus, Puan Sharifah Rasyidah Binti Syed Ahmad Apri, dan Puan YM Tengku Amira Muhaini Binti Tengku Ab Alip. Sepanjang sesi pengauditan, pihak juruaudit telah meninjau setiap sudut di Blok B5, menyemak dokumentasi pengurusan EKSA, serta beramah mesra dengan staf untuk melihat sendiri pemahaman dan penghayatan mereka terhadap amalan tersebut.
Menurut Encik Adlan selaku ketua pasukan Blok B5, sesi audit ini bukanlah sekadar untuk mendapatkan markah atau pengiktirafan semata-mata, tetapi lebih kepada usaha membudayakan amalan kerja yang sistematik.
"Kami di Blok B5 sentiasa komited untuk memastikan persekitaran kerja kami berada di tahap terbaik. Kerjasama yang ditunjukkan oleh Puan Kamalia, Encik Faizal, dan seluruh warga kerja blok ini sangat luar biasa. Kami berharap hasil teguran dan cadangan penambahbaikan daripada barisan juruaudit hari ini dapat membantu kami melonjakkan lagi kualiti persekitaran tempat kerja kami," ujar beliau.
Sementara itu, pihak juruaudit turut memuji usaha kreatif dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga Blok B5. Elemen seperti penjagaan imej korporat, amalan penjimatan tenaga, serta susun atur ruang kerja yang ergonomik menjadi antara fokus utama yang dinilai.
Program EKSA ini merupakan kesinambungan daripada Amalan 5S yang telah ditambah baik bagi menyesuaikan dengan keperluan semasa sektor awam di Malaysia. Dengan berakhirnya sesi audit pada hari ini, warga Blok B5 UMPSA kini optimis menantikan keputusan rasmi, sambil berazam untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan persekitaran kerja pada masa akan datang.
Jom "Like & Follow" Sosial Media Kami
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/oshmoumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/channel/UC6DtZo8v062ylhSPC_Fb0pg
10/04/2026
π
Tarikh : 9 April 2026
π’Tajuk : Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Telah Berjaya Dilaksanakan Di Blok B5
Gambang, Satu latihan pengungsian bangunan (fire drill) telah berjaya dilaksanakan di Blok B5, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang bagi menguji tahap kesiapsiagaan warga kampus terhadap situasi kecemasan. Latihan yang bermula tepat jam 9.05 pagi itu dimulakan dengan bunyi loceng amaran, yang menyaksikan semua penghuni bangunan bergerak pantas mengikut laluan kecemasan ke arah tapak berkumpul yang telah ditetapkan.
Latihan yang dijalankan secara mengejut ini melibatkan penyertaan lebih daripada 20 orang individu, merangkumi kakitangan pentadbiran serta anggota Pasukan Respons Kecemasan (ERT). Kehadiran pasukan ERT di lokasi bukan sahaja bertujuan memantau proses pengungsian, malah memastikan setiap prosedur keselamatan dipatuhi bagi meminimumkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kejadian sebenar.
Sesi simulasi tersebut berakhir sepenuhnya pada jam 9.15 pagi selepas semua peserta dikenal pasti selamat dan taklimat ringkas mengenai prestasi latihan diberikan oleh pegawai keselamatan.
Secara keseluruhannya, latihan ini berjalan lancar dengan kerjasama erat daripada semua pihak, sekaligus membuktikan komiti UMPSA dalam memastikan keselamatan dan kebajikan warganya sentiasa berada di tahap yang tertinggi.
Jom "Like & Follow" Sosial Media Kami
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/oshmoumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/channel/UC6DtZo8v062ylhSPC_Fb0pg
06/04/2026
OSH MONDAY
PROGRAM KESEDARAN KKP.
Cegah Sebelum Terkena, Kekal Sihat Semasa Cuaca Panas.
-------------------------------------------------
OSH AWARENESS PROGRAM.
Prevent Before You Get It, Stay Healthy During Hot Weather.
-------------------------------------------------
Report Any Incident Or Unsafe Condition To:
-OSH Committee Person In Charge (For Department Or Faculty)
-Facility Management (JPPH UMPSA Pekan/UMPSA HOLDING Gambang)
-General Line : Emergency & Accident Case 09 431 5005 (24 Hours)
Please Like, Follow & Share:
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/ohsmedumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/
02/04/2026
PROGRAM KESEDARAN KKP.
Simptom Akibat Cuaca Panas & Tindakan Bantuan Awal.
-------------------------------------------------
OSH AWARENESS PROGRAM.
Early Symptoms Due to Hot Weather & First Aid Actions.
-------------------------------------------------
Report Any Incident Or Unsafe Condition To:
-OSH Committee Person In Charge (For Department Or Faculty)
-Facility Management (JPPH UMPSA Pekan/UMPSA HOLDING Gambang)
-General Line : Emergency & Accident Case 09 431 5005 (24 Hours)
Please Like, Follow & Share:
TT π
https://www.tiktok.com/
IG π
https://www.instagram.com/ohsmedumpsa/
YT π
https://www.youtube.com/