Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Merupakan Politeknik kedua ditubuhkan di Malaysia sejak 1976 di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi

Laman sosial rasmi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Coffeetalk bersama Alumni dan industri, CSR “Save Our River” dan Teambuilding DBS4APada 15hb Ogos 2026, pelajar-pelajar ...
24/08/2026

Coffeetalk bersama Alumni dan industri,
CSR “Save Our River” dan Teambuilding DBS4A

Pada 15hb Ogos 2026, pelajar-pelajar Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DBS4A), telah menghadiri program Coffeetalk bersama alumni dan industri, Encik Ahmad Hisyamuddin bin Ahmad Khairuddin, Chief Executive Officer (CEO) Afiyy Store Sdn. Bhd. Program yang diadakan di Huda Haven Resort, telah memberikan impak yang positif kepada pelajar dengan membuka peluang untuk mereka berinteraksi dan berkongsi pengalaman secara langsung bersama alumni yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengajian dan kerjaya. Melalui perkongsian pengalaman, nasihat serta pandangan daripada alumni, pelajar dapat memperoleh gambaran yang lebih jelas tentang dunia pekerjaan, membina keyakinan diri dan menetapkan hala tuju akademik serta kerjaya pada masa hadapan. Program ini juga dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan, di samping mengeratkan hubungan antara pelajar dan alumni serta mewujudkan jaringan yang bermanfaat untuk perkembangan diri dan profesional mereka.

Seusai program Coffeetalk bersama alumni dan industry, pelajar meneruskan dengan program teambuilding. Program ini menggalakkan semangat kerjasama, komunikasi dan kepercayaan antara satu sama lain. Melalui pelbagai aktiviti berkumpulan, pelajar dapat belajar untuk bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan, menghargai kekuatan dan peranan setiap ahli serta membina hubungan yang lebih erat sesama rakan. Program ini telah meningkatkan keyakinan diri, kemahiran kepimpinan dan keupayaan pelajar dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalah secara bersama. Secara keseluruhannya, program teambuilding ini dapat membentuk pelajar yang lebih berkeyakinan, bertanggungjawab, proaktif dan mampu bekerja dalam satu pasukan dengan lebih baik.

Keesokan hari, program CSR “Save Our River” telah diadakan pada 16hb Ogos 2026 di sekitar Sungai Hulu Rening. Program ini memupuk kesedaran dan keprihatinan pelajar terhadap kepentingan menjaga kebersihan sungai serta kelestarian alam sekitar. Melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti program, mereka dapat memupuk sikap bertanggungjawab, disiplin dan cinta akan alam sekitar. Secara keseluruhannya, program ini dapat membentuk pelajar yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan bersedia memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar serta memberi manfaat kepada komuniti. Pada masa yang sama, ia telah memenuhi keperluan Sustaitable Development Goals (SDG) yang memberi fokus kepada kebersihan sungai, pengurangan pencemaran dan pemeliharaan sumber air. Program ini juga boeh dikaitkan dengan SDG15 - pemeliharaan ekosistem daratan, biodiversiti dan alam sekitar , SDG17 dimana program ini melibatkan kerjasama antara pelajar, alumni, komuniti, organisasi atau pihak luar dan SDG14 – yang mengurangkan pencemaran air yang akhirnya boleh memberi kesan kepada ekosistem akuatik.




📌 PERJUMPAAN KHAS PENSYARAH PROGRAM DEE BERKENAAN AUDIT ETAC 2027Perjumpaan Khas Pensyarah Program Diploma Kejuruteraan ...
24/08/2026

📌 PERJUMPAAN KHAS PENSYARAH PROGRAM DEE BERKENAAN AUDIT ETAC 2027

Perjumpaan Khas Pensyarah Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) berkenaan persediaan Audit ETAC 2027 telah berlangsung pada 21 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), POLISAS.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE), En. Mohd Radhi bin Musa, dengan penyertaan pensyarah-pensyarah Program DEE.

Sesi ini membincangkan persediaan awal, penyelarasan dokumen serta tindakan yang perlu dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi Audit ETAC 2027.
Semoga segala perancangan dan tindakan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kelancaran proses audit serta mengekalkan kualiti dan kecemerlangan Program DEE.









BENGKEL PELAKSANAAN BLENDED LEARNING MENGGUNAKAN CIDOS LMS BAGI PENSYARAH BAHARU JKE,POLISASBengkel Pelaksanaan Blended ...
24/08/2026

BENGKEL PELAKSANAAN BLENDED LEARNING MENGGUNAKAN CIDOS LMS BAGI PENSYARAH BAHARU JKE,POLISAS

Bengkel Pelaksanaan Blended Learning Menggunakan CIDOS LMS bagi Pensyarah Baharu Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Ogos 2026 secara dalam talian.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Ong Hui Niang, Ketua Portfolio E-Learning, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Sesi ini memberi pendedahan dan bimbingan kepada pensyarah baharu berkaitan pelaksanaan Blended Learning menggunakan CIDOS LMS serta pembangunan platform kursus masing-masing.

Semoga bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran pensyarah dalam mengoptimumkan penggunaan platform digital bagi menyokong PdP yang lebih sistematik, interaktif dan berkesan.









SEMINAR | MEMPERKASA INTEGRITI, TADBIR URUS DAN AKAUNTABILITI Integriti bukan sekadar nilai yang dipelajari, tetapi prin...
24/08/2026

SEMINAR | MEMPERKASA INTEGRITI, TADBIR URUS DAN AKAUNTABILITI

Integriti bukan sekadar nilai yang dipelajari, tetapi prinsip yang perlu diamalkan

Telah berlangsung Seminar “Memperkasa Integriti, Tadbir Urus dan Akauntabiliti” pada 18/8/2026 yang melibatkan 146 orang pelajar semester 5 Diploma Akauntansi.

Seminar ini merupakan satu platform pembelajaran yang memberi peluang kepada para peserta untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan integriti, etika profesional, tadbir urus dan akauntabiliti, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab di organisasi serta institusi pengajian tinggi.

Seminar ini telah dianjurkan oleh *pelajar DAT5B* serta mendapat kerjasama dan perkongsian ilmu daripada *Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang*.

Penglibatan pelajar sebagai urus setia dan peserta memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih holistik — bukan sahaja memahami konsep integriti secara teori, tetapi turut belajar tentang tanggungjawab, akauntabiliti, kerjasama dan profesionalisme melalui pengalaman sebenar mengendalikan sebuah program.

Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh melalui seminar ini dapat menjadi bekalan kepada para pelajar untuk menjadi graduan yang berintegriti, beretika, amanah dan profesional**, seterusnya mampu menjadi insan yang memberi nilai positif kepada organisasi dan masyarakat.

🌱 **Membina ilmu.
Membentuk sahsiah.
Memperkasa integriti.**

JP Polisas







22/08/2026





✨ BENGKEL DIGITAL TRANSFORMATION IN TEACHING & LEARNING: ENHANCING LECTURERS’ TEACHING METHODS FOR SMART & HYBRID CLASSR...
21/08/2026

✨ BENGKEL DIGITAL TRANSFORMATION IN TEACHING & LEARNING: ENHANCING LECTURERS’ TEACHING METHODS FOR SMART & HYBRID CLASSROOMS ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel “Digital Transformation in Teaching & Learning: Enhancing Lecturers’ Teaching Methods for Smart & Hybrid Classrooms” selama tiga hari, bermula 18 hingga 20 Ogos 2026, bertempat di Holiday Villa Beach Resort, Cherating.

Bengkel ini menghimpunkan penyertaan pensyarah daripada politeknik sekitar Negeri Pahang, iaitu Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik METrO Kuantan (PMKu) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Program ini memberi fokus kepada pemerkasaan kompetensi pensyarah dalam mengintegrasikan teknologi digital, kaedah pengajaran inovatif serta penggunaan Smart & Hybrid Classrooms bagi mewujudkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih interaktif, fleksibel dan responsif terhadap keperluan pendidikan masa kini.

Kemuncak program telah disempurnakan menerusi Majlis Penutupan Rasmi pada 20 Ogos 2026 oleh YBhg. Hajah Wan Zuraida binti Wan Yusoff, Timbalan Pengarah Akademik POLISAS.

👏 Tahniah dan syabas kepada Ketua Unit E-Learning POLISAS, Pn. Ernie binti Kulian @ Abd Karim di atas kepimpinan, komitmen dan usaha dalam merealisasikan penganjuran bengkel ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada seluruh urus setia Unit E-Learning POLISAS, penceramah, peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Semoga ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diterjemahkan dalam amalan PdP, khususnya dalam memperkasakan penggunaan Smart & Hybrid Classrooms. Seterusnya menyokong agenda transformasi digital pendidikan TVET di politeknik.

💻📚 Memacu Transformasi Digital, Memperkasa PdP TVET Masa Hadapan.

❤️








📌 MAJLIS CLOCK OUT “SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH” 📌Majlis Clock Out “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” bagi meraikan En....
21/08/2026

📌 MAJLIS CLOCK OUT “SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH” 📌

Majlis Clock Out “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” bagi meraikan En. Mohamed Noor Azman bin Bidin telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Ogos 2026 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan bakti beliau sepanjang bersama warga JKE. Suasana majlis yang penuh mesra dan bermakna menjadi kenangan indah buat seluruh warga jabatan.
Terima kasih atas segala ilmu, pengalaman dan kebaikan yang telah dicurahkan. Semoga perjalanan seterusnya sentiasa dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus sukses dalam apa jua langkah yang ditempuhi.

Patah tumbuh hilang berganti,
Bunga berkembang di tepi perigi,
Jasa dikenang kekal di hati,
Walau berpisah, ukhuwah abadi.








✨ LAWATAN AKADEMIK KE MAMEE DOUBLE-DECKER & MAMEE JONKER HOUSE ✨Telah berlangsung satu program lawatan akademik oleh pel...
21/08/2026

✨ LAWATAN AKADEMIK KE MAMEE DOUBLE-DECKER & MAMEE JONKER HOUSE ✨

Telah berlangsung satu program lawatan akademik oleh pelajar program Perakaunan (DAC4A), Jabatan Perdagangan bersama pensyarah pengiringnya Encik Mohd Fadhil ke Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd. dan Mamee Jonker House, Melaka.

📚 “Daripada Teori kepada Realiti Industri"

Program ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai sektor perkilangan dan dunia keusahawanan, di samping menghubungkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dengan situasi sebenar industri.

💡 Antara perkara yang diterokai:
• Proses pengeluaran produk
• Pengurusan bahan mentah
• Kos tenaga kerja
• Kos overhead
• Pengurusan kos dan keuntungan
• Peranan perakaunan kos dalam menentukan harga jualan

Melalui lawatan ini, pelajar dapat mengaitkan pembelajaran DPA40373 Management Accounting 2 dengan operasi sebenar dalam industri perkilangan. Pengalaman ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah serta kefahaman tentang pengurusan kos.

🌟 “Belajar bukan hanya di dalam kelas, tetapi melalui pengalaman sebenar di industri.”

📅 Tarikh: 18 Ogos 2026
🏢 Jabatan : Jabatan Perdagangan
🎓 Kelas : DAC4A
📍 Lokasi: Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd. & Mamee Jonker House, Melaka


🥋 SUKMA 2026 | SILAT & JUDO SUMBANG 3 PINGAT BUAT POLISAS 🏆Tahniah dan syabas kepada tiga orang pelajar Politeknik Sulta...
20/08/2026

🥋 SUKMA 2026 | SILAT & JUDO SUMBANG 3 PINGAT BUAT POLISAS 🏆

Tahniah dan syabas kepada tiga orang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang telah mengharumkan nama institusi melalui pencapaian membanggakan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026.

Mewakili pasukan masing-masing dalam temasya SUKMA 2026, tiga atlet POLISAS berjaya meraih 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam acara Silat dan Judo.

🥈 NUR AYU ROHMA BINTI MOHD INSAN
🏫 Jabatan Teknologi Makanan
🥋 Sukan Silat
⚖️ Kategori A (>45kg - 55kg -

Address

Semambu
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095655300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category