11/05/2026
Kelas Tuisyen (Online)
🌟BAHASA ARAB 🌟
(Sekolah Menengah)
🗓️ Setiap Selasa
⌚ 9.00 mlm - 10.00 mlm
🔖Lebih berfokus
🔖Mudah faham dan berkesan
🔖 Interaktif dan berlagu
🔖 Khas untuk pelajar sekolah menengah
📌Yuran bulanan RM 50 sahaja.
📲 Whatsapp segera untuk pendaftaran:
www.wasap.my/601115107628/TuisyenBahasaArabOnline
🙋🏻Tempat adalah TERHAD
10/05/2026
Bersama anak² SRI Ibnu Abbas Kuantan di Kelas Cepat Arab. Mereka belajar teori dan juga praktikal sehingga mahir menulis ayat dalam Bahasa Arab. 😊
31/03/2026
😧Anak sudah lama tak mengaji??
🤔Nak mengaji di rumah je boleh??
🙋🏻 Ayuh bersama kami. Az-Zawiyah Education mempelawa anak² anda untuk menyertai :
_______________________________________
🌸KELAS MENGAJI (ONLINE)🌸📖
🔖Setiap Isnin, Selasa & Rabu
🔖Terbuka kepada anak² yang berumur 6 tahun ke atas
🔖Tenaga pengajar yang berpengalaman
🔖Yuran bulanan hanya RM 40 sahaja
📞Hubungi segera untuk pendaftaran:
Ustaz Ali : www.wasap.my/60145100715/KelasNgajiOnline
21/12/2025
Kelas Intensif Cepat Arab
Khas untuk musim cuti sekolah ini kami mengadakan Kelas Intensif Cepat Arab bagi para pelajar sekolah menengah.
Belajar menyebut, bertutur, menulis, menterjemah dan membina ayat dalam Bahasa Arab. Moga anak² pelajar semuanya beroleh manfaat yang besar dari kelas ini in sha Allah 🤲
27/09/2025
Alhamdulillah. Malam tadi kami dapat meneruskan majlis talaqqi kitab Safinatun Najah di SMA Al Maarif, Bukit Goh, Kuantan
Setelah itu, kami adakan majlis maulid ad Daiba'ie, berselawat ke atas Baginda Nabi. Semoga Allah memberkati para pelajar SMA Al Maarif.
06/09/2025
DISKUSI FIQH WANITA SIRI AKHIR
di SMA Repah, Tampin, N. Sembilan.
Alhamdulillah 💞
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya Diskusi Fiqh Wanita ini dapat berjalan dengan sangat baik selama 4 sesi pertemuan.
Para pelajar juga telah memberikan komitmen dan semangat yang sangat tinggi dalam mempelajari ilmu yang amat penting ini. Berpuluh persoalan dilontarkan. Pelbagai permasalahan dibincang dan serta diselesaikan.
Dalam pertemuan akhir yang membincangkan mengenai Bab Istihadhah, saya memberi peluang kepada para pelajar untuk berdiskusi bersama rakan² dan membuat pembentangan dengan kaedah penerangan yang mudah difahami. Kaedah ini adalah untuk membantu mereka menguasai ilmu ini dari sudut pemahaman dan juga penyampaian.
Semoga 4 sesi pertemuan diskusi ini dapat membuahkan hasil dan manfaat yang amat bernilai buat para pelajar. Dan semoga mereka beroleh keberkatan, kefahaman dan kekuatan untuk beramal in sha Allah.
Terima kasih buat pihak SMA Repah yang telah berjaya menganjurkan program ilmiah yang amat bermakna ini. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang besar 🤲🏻
HILMI HADI,
Pengendali Diskusi Fiqh Wanita.
05/09/2025
DISKUSI FIQH WANITA Sesi Ke-3
SMA Repah, Tampin, N. Sembilan.
Alhamdulillah 💞
Bergerak dari Kuantan jam 5.30 pagi dan memulakan Diskusi Fiqh Wanita bersama anak-anak pelajar SMA Repah dalam jam 10 lebih hingga 12.30 tghhari.
Pelbagai perbincangan secara dua hala mengenai isu hukum-hakam berkaitan nifas dibincangkan dalam pertemuan ke-3 ini. Terut disentuh adalah mengenai perkara² yang diharamkan bagi wanita haidh termasuk permasalahan duduk di dalam masjid atau surau.
Alhamdulillah, banyak dapat kongsikan hari ini dengan mereka. Semoga diskusi kita beroleh keberkatan dan memberi manfaat yang besar buat para pelajar 🤲🏻🤲🏻
01/08/2025
Alhamdulillah. Malam tadi Allah rezekikan dapat bersama para pelajar SMA Al Maarif.
Dan mlm tadi juga adalah majlis pertama para pelajar Al Maarif bertalaqqi kitab matan Safinatun Najah. Mudah² mereka dpt mengkhatamkannya dgn izin Allah 🤲🏻