SAR KAFA Ubudiah Kuantan

Call

SAR KAFA Ubudiah Kuantan Public Islamic School

22 Ogos - Program Langkah Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan melibatkan kerjasama pihak sekolah sel...
23/08/2026

22 Ogos - Program Langkah Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan melibatkan kerjasama pihak sekolah selaku tuan rumah.
Hampir 200 peserta terlibat menjayakan program ini termasuk komuniti setempat, pemimpin masyarakat dan pertubuhan

15 Ogos 2026 - Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 16 dan Pemilihan AJK Lembaga Pengurus Sesi 2026-2028Alhamdulilah telah be...
15/08/2026

15 Ogos 2026 - Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 16 dan Pemilihan AJK Lembaga Pengurus Sesi 2026-2028

Alhamdulilah telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan dan Pemilihan AJK Lembaga Pengurus SAR KAFA Al Ubudiah Al Jariah Taman Guru dirasmikan oleh Ustaz Zaidi bin Ismail KPP Pendidikan yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang

Dalam ucapan nya perasmi telah menekankan tentang kepentingan SAR KAFA dalam membangunkan generasi Al Quran dan menyarankan agar cadangan yang pernah dikemukakan sebelum ini iaitu mengangkat SAR KAFA ini menjadi Sekolah Rendah Islam yang kedua selepas di Cameron Highlands dapat direalisasikan.

Barisan kepimpinan yang baru dipilih dengan mengekalkan saf kepemimpinan sebelum ini merupakan manifestasi bukti khidmat dan perubahan yang dilakukan telah berjaya meletakkan sekolah ini di landasan yang betul melalui tatakelola kewangan dan pengurusan yang baik (good governance).

MAKLUMAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 16 SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
13/08/2026

MAKLUMAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 16
SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

7 Mei 2026 (Khamis) - Majlis Santai Ramah Mesra dan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengurus SAR KAFA Al Ubudiah al Jariah t...
10/05/2026

7 Mei 2026 (Khamis) - Majlis Santai Ramah Mesra dan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengurus SAR KAFA Al Ubudiah al Jariah telah diadakan di Restoran AREA Taman Guru membincangkan halatuju dan perancangan sekolah. Di antara agenda yang telah dibincangkan ;-

a) Mesyuarat Agong Tahunan yang dicadangkan pada bulan Jun 2026
b) Status kewangan dan isu pentadbiran yang memerlukan khidmat nasihat serta keputusan daripada pihak JAIP
c) Isu berbangkit berkaitan infra dan penambahbaikan kemudahan
d) Peningkatan pencapaian akademik dan syor untuk aktiviti tambahan di SAR KAFA

Semoga segala perbincangan yang dirancang akan dapat meningkatkan kapasiti sekolah dan warganya. Insya Allah

9 Mei 2026 - Ahli Lembaga Pengurus SAR KAFA bersama Guru Besar menziarahi Ustazah Suriaida , bekas tenaga pengajar yang ...
10/05/2026

9 Mei 2026 - Ahli Lembaga Pengurus SAR KAFA bersama Guru Besar menziarahi Ustazah Suriaida , bekas tenaga pengajar yang sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, menyerahkan sumbangan drpd pihak SAR KAFA turut mendoakan agar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ البَاسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
AMIN YA RABBAL'ALAMIN

🌙 *Selamat Menyambut Tahun Baru 2026*🌙Tahun baharu membuka lembaran hijrah yang penuh makna. Semoga kita terus melangkah...
04/01/2026

🌙 *Selamat Menyambut Tahun Baru 2026*🌙

Tahun baharu membuka lembaran hijrah yang penuh makna. Semoga kita terus melangkah ke hadapan dengan hati yang bersyukur, memperbaiki diri, dan memperkukuh amal serta sahsiah.

Warga SAR KAFA Al 'Ubudiah Al Jariah merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat dan sokongan yang diberikan.

Marilah kita bersama-sama melakukan perubahan ke arah yang lebih baik demi membentuk generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

✨ *Hijrah demi redha Allah, perubahan menuju kecemerlangan*. ✨

Ikhlas daripada,

*Saf Kepimpinan*
*Lembaga Pengurus*
*SAR KAFA Al 'Ubudiah Al Jariah Taman Guru*

03/09/2025

Alhamdulilah terima kasih pihak Akademi Kenegaraan Negeri Pahang moga dpt berkolaborasi pada masa akan datang lagi Salam Hormat

30 Ogos - Program Mahabah Rasul Al Raudah Taman Guru dan Sambutan Kemerdekaan Ceramah Aku Kasih Malaysia (AKM) telah dia...
03/09/2025

30 Ogos - Program Mahabah Rasul Al Raudah Taman Guru dan Sambutan Kemerdekaan Ceramah Aku Kasih Malaysia (AKM) telah diadakan di sekolah melibatkan komuniti taman, pelajar kolej serta jemputan luar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Shafik Fauzan ADN Inderapura, penceramah tausiah Dr Kamil daripada UMPSA, Dato Sri Dr Abd Rahman mantan Mufti Pahang, Prof Dr Sheikh Omar Kalash dan pemimpin setempat.

Semoga majlis ini dapat merapatkan dan menyemai kecintaan masyarakat Islam kepada Rasulullah SAW serta semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan yang disambut pada setiap 31 Ogos.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka

Address

Lorong Karyawan 20
Kuantan
25150

Telephone

+6095335353

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAR KAFA Ubudiah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share