26/10/2023
Lawatan ke Balai Bomba Indera Mahkota 18 Oktober 2023.
Aktiviti yang telah dijalankan :-
- Sesi penerangan ringkas mengenai kebakaran dan cara menyelamatkan diri
- Pertandingan memakai pakaian dan peralatan bomba. Siapa yang cepat dapa hadiah !
- Merasai pengalaman menaiki trak bomba
- Mandi βhujanβ bomba beramai ramai
- Makan dan bermain di Taman Tasik Bandar
Alhamdulillah semoga anak anak kita mendapat manfaat dan seronok dalam lawatan kali ini
10/10/2023
Fun Run Sg. Lembing telah diadakan pada Ahad 8hb Oktober 2023 yang bertempat di Sungai Lembing.
Program ini disertai oleh pelajar pelajar PASTI, SRITI, ibu bapa dan orang awam.
Larian sejauh 3km telah dimulakan seawal pukul 8 pagi.
Program telah berakhir sekitar pukul 9.30 pagi.
Tahniah kepada semua yang menyertai !
10/10/2023
Sekitar sambutan Hari Maulidur Rasul pada 6hb Oktober 2023.
Perarakan mengelilingi kawasan perumahan dan sekolah sambil diiringi alunan selawat oleh anak anak Pra Tahfiz PASTI AL HUDA.
Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad
Waali Ali Saiyyidina Muhammad.
25/08/2023
[PART 2] Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat PASTI AL HUDA.
Video video perarakan yang sempat dirakam.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
25/08/2023
[PART 1] Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 23 Ogos 2023 yang lepas.
Pelajar masing masing menggayakan baju yang bertemakan hari kebangsaan.
Acara dimulakan dengan perarakan mengelilingi taman sambil diiringi lagu lagu patriotik dengan kibaran bendera anak anak PASTI.
Pertandingan mewarna turut diadakan bagi semua pelajar.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar dan meriah.
Jom kita soroti gambar anak anak yang comel bergaya sepanjang majlis.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
02/08/2023
Pemeriksaan gigi dari Kementerian Kesihatan telah diadakan pada 1 Ogos 2023.
Para pelajar juga telah diajar cara cara memberus gigi yang betul oleh petugas.
Terima kasih misi !
12/07/2023
KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN PAYA BESAR 2023 - PART 2
Koleksi video anak anak PASTI yang sempat dirakam sepanjang hari kejohanan.
12/07/2023
KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN PAYA BESAR 2023 - PART 1
Pada 9hb Julai 2023 telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring bagi Kawasan Paya Besar yang bertempat di Futsal Legend, Kuantan.
Lebih kurang 17 buah PASTI telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang bermula seawal 8.30 pagi.
Acara telah dimulakan dengan ucapan dari pihak urusetia dan seterusnya perasmian dari YB Ustaz Tarmizi.
Tim Bola Jaring PASTI AL HUDA telah mendapat Naib Johan keseluruhan kawasan.
Manakala Tim Bola Sepak p**a mendapat hadiah saguhati.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan diadakan. Serta ucapan setinggi tinggi terima kasih diatas sokongan ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dalam setiap acara PASTI.
TAHNIAH !
*Lebih video menarik di PART 2
26/05/2023
Cuti Pertengahan Penggal Pertama Tahun 2023 bermula dari 27 Mei- 4 Jun.
Cuti sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuab Agong 5 Jun 2023.
*****************************************
Jaga diri dan jaga keselamatan sepanjang waktu bercuti.
Selamat bercuti buat anak anak PASTI !
22/05/2023
[ PART 2]
Sekitar sambutan Majlis Hari Guru dan Hari Lahir Mac - April PASTI AL HUDA.
16 Mei 2023.
Terima kasih kami ucapkan kepada para pelajar dan ibu bapa yang telah memberi hadiah sempena hari guru. Juga tak lupa sumbangan makanan dan minuman semasa jamuan. Kami sangat hargainya. Terima kasih !
Kami juga berharap agar guru guru dan ibu bapa sentiasa dapat bekerjasama dengan baik demi kepentingan pelajaran anak anak kita.
"Guru Insani Pemangkin Generasi Madani"
22/05/2023
[ PART 1]
Sekitar sambutan Majlis Hari Guru dan Hari Lahir Mac - April PASTI AL HUDA.
16 Mei 2023.
Seperti bulan bulan sebelumnya, setiap bulan anak anak akan diraikan dalam majlis harijadi mengikut bulan masing masing.
Kali ini majlis kita sekalikan dengan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2023.
Pelajar Yang Diraikan
**********************
1. Husna Nur Adawiyah
2. Khairunnisa Damia
3. M. Syarif Ziqri
4. M. Akid Daris
5. M. Hadif Fayyadh
6. Fadia Hani
7. M. Ikram
8. Luth Fayyadh
9. Nur Lutfiah Farisya
10. Nur Raisha Humaira
11. M. Aydan Hariz
Semoga anak anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah kebanggan ibu ayah !
ππππππππππ