29/09/2011
Permohonan Pinjaman Yang Disediakan
A. PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
Pembiayaan pinjaman pendidikan MARA adalah merangkumi :-
* Yuran pengajian bagi keseluruhan program pengajian untuk 3 tahun (6 semester) tersebut akan dibayar oleh pihak MARA terus kepada Kolej Pacific Kuantan .
* Elaun sara diri (RM535.50 sebulan) akan dimasukkan terus ke akaun pelajar.
Dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman pelajaran MARA :-
* Gambar terkini berukuran paspot
* Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej KPK
* Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa
* Salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
* Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
* Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil
* Salinan sijil berhenti sekolah
* Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen ibubapa yang terkini
* Sebuah karangan perihal diri dan perancangan pendidikan dan kerjaya masa depan pelajar, lebih kurang 300 patah perkataan secara bertulis tangan yang kemas atau bertaip.
* Salinan buku akaun simpanan BIMB ( Bank Islam ) .
* Semua dokumen berikut mestilah disahkan benar.
** Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana penama bermastautin.
B. PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN PTPTN
Dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman pelajaran PTPTN :-
* Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Kola Pacific Kuantan
* Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa
* Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini
* Salinan sijil akademik SPM
* Salinan buku akaun simpanan BIMB ( Bank Islam ).
* Semua dokumen berikut mestilah disahkan benar.
Maklumat Tambahan
* ** Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana penama bermastautin.
* Sila sediakan segala dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan pinjaman pelajaran.
* Borang permohonan pinjaman permohonan MARA akan disediakan secara percuma setelah pelajar mendaftarkan diri di Kolej Pacific Kuantan.
Semua salinan dokumen hendaklah disahkan benar oleh :-
* Ketua Kampung @ Penghulu, Pegawai Daerah yang mempunyai Cop Jawatan Rasmi ATAU
* Semua Pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun dalam kumpulan A dan B seperti Pengetua dan Guru Besar sekolah ATAU
* Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret, Peguambela & Peguamcara ATAU
* Wakil Rakyat ATAU
* Jaksa Pendamai (JP)