Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) adalah sebuah Institusi Pengajian Swasta milik penuh Yayasan Pahang. Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. Tagline
"MEMARTABATKAN AL-QURAN"

merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang yang dipertanggungjawabkan mentadbir dan menguruskan MTNP sepenuhnya. Misi
Membangunkan modal Insan yang cemerlang, sepadu dan seimbang yang berkeupayaan menjadi pemimpin di dalam bidang profesional, agama dan bahasa. Visi
Maahad ini menjadi institusi pendidikan berteraskan al-Quran yang terkemuka di Malaysia dalam melahirkan modal insan cemerlang

. Matlamat
Melahirkan golongan hafiz yang berkelayakan profesional serta menguasai teraju kepentingan agama, bangsa dan negara di masa hadapan. Melahirkan golongan hafiz profesional yang menguasai Hablu Minallah dan Hablu Minannas seperti tuntutan al-Quran. Melahirkan golongan profesional yang mampu menggarap Islam sebagai sau sistem praktikal untuk menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan insan melalui kajian dan analisis saintifik secara profesional yang membuka hati nurani manusia dan alam untuk berkasih sayang dan keamanan alam sejagat.

Pingat Emas di Inovasi GeoSTEM-i Peringkat Antarabangsa 2026Alhamdulillah, MTNP telah menyertai Pertandingan Inovasi Geo...
23/08/2026

Pingat Emas di Inovasi GeoSTEM-i Peringkat Antarabangsa 2026

Alhamdulillah, MTNP telah menyertai Pertandingan Inovasi GeoSTEM-i Peringkat Antarabangsa 2026 bertempat di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 21–22 Ogos 2026.

Alhamdulillah, Team GENESIS dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah berjaya merangkul PINGAT EMAS (GOLD MEDAL) 🥇 dalam Pertandingan Inovasi GeoSTEM-i Peringkat Antarabangsa 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, kreativiti, kerjasama dan dedikasi para pelajar dalam membangunkan projek inovasi GENESIS – Global Environmental Nexus for Experiential Sustainable Intelligent System.

Pelajar yang terlibat ialah;
Raihanah Hafizah
Najla’ Khalidah
Nur Aryssa Amani
Muhammad Al-Iffat Zulfikar
Damin bin Mohd Mazri

Guru penyelia projek:
Cikgu Ainul Rasyidah Binti Abdul Rahim
Teacher Aliyah Binti Jamalludin

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh pelajar MTNP untuk terus berani meneroka idea baharu, berinovasi, mengembangkan potensi diri serta mengharumkan nama institusi di peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas Team GENESIS! 🥇🏆🌍
Together We Innovate, Together We Inspire!

CHESS CHALLENGE KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2026Alhamdulillah, tahniah kepada pelajar-pelajar MTNP yang menyertai Pertandinga...
23/08/2026

CHESS CHALLENGE KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2026

Alhamdulillah, tahniah kepada pelajar-pelajar MTNP yang menyertai Pertandingan Chess Challenge pada 22 Ogos anjuran Kolej Komuniti Kuantan, yang merupakan pertandingan catur berkumpulan yang pertama kali diadakan melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Pahang.

MTNP telah menghantar 7 kumpulan dan berjaya memperoleh:

🥉 Tempat Ketiga: Kategori Kumpulan

MAVERICKS
1. Al Haziq 3M
2. Hanan Nur Hasya 1K
3. Aisha Husna 2B
4. Alif Sufian 4IS

Selain pencapaian kumpulan, wakil MTNP turut meraih anugerah dalam kategori Best Board:

🥇 Emas: Irsyad Zafry 5AM (Board 4)
🥇 Emas: Aisha Husna 2B (Board 3)
🥈 Perak: Nuqman Harith 1K (Board 2)
🥉 Gangsa: Arif Fahmi 1M (Board 4)

Tahniah kepada semua peserta atas usaha dan saingan yang diberikan.
Semoga terus berjaya InsyaAllah


BAWA PULANG EMAS DARI JOHOR! 🥇Alhamdulillah, Tahniah dan syabas buat Team Hyvia atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam 7...
22/08/2026

BAWA PULANG EMAS DARI JOHOR! 🥇

Alhamdulillah, Tahniah dan syabas buat Team Hyvia atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam 7th Design, Innovation & Invention Development Competition (DIID) 2026, Johor menerusi inovasi HOOMI – Cooling Naturally, Recovering Safely.

HOOMI mengetengahkan inovasi berasaskan ekstrak kelopak bunga raya putih.

Pencapaian pada peringkat antarabangsa membuktikan kemampuan Team Hyvia membawa idea dan inovasi tempatan ke pentas yang lebih luas.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya dan berinovasi.


Three teams. Three victories. CASE STUDY CHALLENGE 2026 Alhamdulillah, MTNP sent three teams to participate in the Case ...
20/08/2026

Three teams. Three victories. CASE STUDY CHALLENGE 2026

Alhamdulillah, MTNP sent three teams to participate in the Case Study Challenge 2026, organised by KPTM Kuantan today.

By the grace of Allah, all three MTNP teams were blessed with the opportunity to secure the top three positions. Alhamdulillah for this wonderful achievement.

🥇 CHAMPION:
Team ONEBALANZ
1. Ieman Maysarah - 4IR
2. Nurin Alya - 4IR
3. Aina Qaisara - 4IR

🥈 FIRST RUNNER-UP:
Team BITES & BYTES
1. Hanan Sumayyah - 4IK
2. Raihan - 4IK
3. Nurin Umairah - 4IK
4. Ahlaami - 4IK

🥉 SECOND RUNNER-UP:
Team FOURTUNE
1. Aleesya Khadeeja - 3M
2. Raihanah Amani - 3M
3. Yasmin Syamimi - 3N
4. Maisarah - 3B

Teacher Advisor:
Cikgu Nurul Hassanah binti Hamzah

A huge congratulations to all our students for their hard work, teamwork, confidence and dedication.

Alhamdulillah for this achievement. May this success inspire our students to aim higher and achieve even greater things in the future.

OFFICIAL ASSEMBLY OF THE PROFESSIONAL TAHFIZ AND TAHFIZ DIPLOMA STUDENTS MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANGMonday, 17 August 20...
17/08/2026

OFFICIAL ASSEMBLY OF THE PROFESSIONAL TAHFIZ AND TAHFIZ DIPLOMA STUDENTS MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

Monday, 17 August 2026
Today’s official assembly was held in a meaningful and inspiring atmosphere.

The assembly was conducted entirely in Arabic by the Tahfiz Diploma Student Leadership Body, including presentations and speeches delivered by the students and teachers on duty.

The highlight of today’s assembly is when the Honourable Dato’ CEO also delivered his speech in both Arabic and English as part of efforts to motivate the students and teachers to cultivate the use of these two languages in their daily communication.

Proficiency in Arabic strengthens our connection with the Quran and the rich heritage of Islamic knowledge, while proficiency in English broadens access to knowledge in general, communication and creates greater opportunities for global engagement.

May the culture of using Arabic and English continue to flourish among the MTNP community, in line with our aspiration to nurture a generation of huffaz who are knowledgeable, highly skilled and globally competitive.
---------------------------------------------------
التجمع الرسمي لطلاب برنامج التحفيظ المهني ودبلوم التحفيظ بمعهد تحفيظ بولاية باهنج (MTNP)

الاثنين، 17 أغسطس 2026م.
شَهِدَ المعهدُ اليوم انطلاقَ التجمع الرسمي لطلاب برنامجي التحفيظ المهني ودبلوم التحفيظ، وسط أجواء سادتها الهمةُ العالية والمعاني التربوية الهادفة.

وقد أدارت الهيئةُ القيادية لطلاب دبلوم التحفيظ (SAHARA) فعالياتِ التجمع باللغة العربية كاملةً؛ بدءاً من عِرافة الحفل، ومروراً بكلمات الطلاب والمعلم المناوب، وصولاً إلى ختام التجمع.

ومما زاد هذا اليوم تميزاً، الكلمة التوجيهية التي ألقاها سعادة الداتو، الرئيس التنفيذي، بكلتا اللغتين العربية والإنجليزية؛ وذلك تشجيعاً للطلاب والمعلمين على ترسيخ استخدام هاتين اللغتين وجعلهما ثقافة مستمرة في التواصل اليومي.

إن إتقان اللغة العربية يُعَزِّزُ الارْتِبَاطَ الوَثِيقَ بالقرآن الكريم وبكنوز العلوم الإسلامية، في حين يفتح إتقان اللغة الإنجليزية آفاقاً أوسع للمعرفة والتواصل والفرص الواعدة على المستوى العالمي.

سائلين المولى عز وجل أن يُديم هذا الحِراك اللغوي ويُرسّخه بين كافة منسوبي المعهد (MTNP)؛ تحقيقاً للرؤية المنشودة في تنشئة جيلٍ من حَفَظَة كتاب الله، متسلحين بالعلم والمهارة، وقادرين على المنافسة عالمياً.

PROGRAM BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT (BKM) PELAJAR TINGKATAN 2 MTNP15 Ogos 2026. Program Berbakti Kepada Masyarakat tingka...
16/08/2026

PROGRAM BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT (BKM) PELAJAR TINGKATAN 2 MTNP

15 Ogos 2026. Program Berbakti Kepada Masyarakat tingkatan 2 telah berlangsung dengan penuh semangat kerjasama melalui aktiviti gotong-royong membersihkan Masjid Al-Sultan Abdullah, Kampung Peramu Kuantan melibatkan seramai 68 orang pelajar Tahfiz Profesional Tingkatan 2 bersama AJK masjid dan komuniti setempat.

Aktiviti gotong royong ini bukan sekadar membersihkan masjid, tetapi turut menyemai nilai kerjasama, tanggungjawab, kepedulian dan semangat kebersamaan dalam diri para pelajar.

Semoga semangat berbakti ini terus mekar dalam jiwa generasi muda. Membina insan bukan hanya melalui ilmu, tetapi juga melalui nilai dan bakti ✨

UNIT KAUNSELING & KERJAYA
PEMBANGUNAN MODAL INSAN MTNP

PROGRAM BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT TINGKATAN 38 Ogos 2026. Program Berbakti kepada Masyarakat Tingkatan 3 melalui Kelas ...
15/08/2026

PROGRAM BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT TINGKATAN 3

8 Ogos 2026. Program Berbakti kepada Masyarakat Tingkatan 3 melalui Kelas Celik Al-Quran telah berlangsung bersama 189 orang pelajar SK Sungai Soi, Kuantan. Seramai 66 orang sukarelawan huffaz yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah menyumbang tenaga dan masa untuk membimbing serta mengajar asas Iqra’ kepada para pelajar.

Program ini turut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn Bhd. YH Dato' Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz, yang berkesempatan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara SK Sungai Soi dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta memperluas usaha pendidikan Al-Quran dan pembangunan sahsiah generasi muda.

Semoga setiap huruf yang dipelajari menjadi pahala yang terus mengalir dan setiap usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang celik Al-Quran, berilmu dan berakhlak mulia. Daripada hati yang menghafaz, kepada jiwa yang sedang belajar mengenal Al-Quran.

UNIT KAUNSELING & KERJAYA
PEMBANGUNAN MODAL INSAN MTNP

15/08/2026
Alhamdulillah, pagi ini YH Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn Bhd hadir...
14/08/2026

Alhamdulillah, pagi ini YH Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn Bhd hadir ke Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara Tahun 2026, Wang Pendahuluan Pelajar Pengajian ke Morocco serta Program KYP - Yarmouk Jordan kepada 153 pelajar yang berlangsung di Wisma Sri Pahang, Kuantan yang disampaikan oleh YAB. Dato' Sri Diraja Dr. Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Dalam majlis ini seramai 2 orang penerima daripada pelajar Tahfiz Profesional MTNP yang melanjutkan pengajian ke New Zealand dan seramai 12 orang pelajar daripada Diploma MTNP yang melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan menerima sumbangan ini.

Terima kasih Tok Wan, terima kasih Yayasan Pahang dan Unit Perancangan Operasi dan Data Strategik Negeri Pahang (UPODS) atas usaha yang dilaksanakan ini.


Bukan Sekadar di Malaysia, Wan Syimir Buktikan Kualiti di Pentas Antarabangsa.Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada Sa...
14/08/2026

Bukan Sekadar di Malaysia, Wan Syimir Buktikan Kualiti di Pentas Antarabangsa.

Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada Saudara Wan Syimir Muhaimin bin Wan Ahmad Sadaba Al-Hafiz (Pelajar Diploma Tahfiz) telah berjaya memperolehi tempat ke-3 dalam pertandingan “The Mohammed VI International Prize for Memorization, Recitation, Tajwid and Interpretation of the Holy Qur’an” bagi Kategori Tajwid dan Hafazan Lima Hizb bertempat di Mohammed VI Institute for the Training of Imams, Rabat, Morocco pada 10 - 12 Ogos 2026

Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095343333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category