Galeri UMP

Galeri UMP

Share

Sebuah galeri Universiti yang mempamerkan sejarah awal penubuhan, pencapaian produk-produk penyelidikan dan pencapaian pelajar Universiti Malaysia Pahang.

Photos from Galeri UMP's post 09/03/2020



Unit Galeri telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, Kuantan. Lawatan ini disertai oleh 104 pelajar Tingkatan 6 bersama 41 orang guru pengiring.

Lawatan dimulakan dengan sesi motivasi bersama Fakulti Pengurusan Industri di Dewan Astaka. Kemudian, pelajar dan guru-guru dibawa melawat ke Teaching Factory FIM, Perpustakaan UMP Gambang dan Galeri UMP.

Kump**an lawatan ini juga tidak ketinggalan mengunjungi Kompleks Sukan Universiti untuk sama-sama memeriahkan Pesta Buku Big Bad Wolf.

Photos from Galeri UMP's post 30/01/2020



UMP Kampus Gambang hari ini menerima kunjungan pelajar Tingkatan 1 dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Seramai 58 orang pelajar bersama 12 orang fasilitator dan guru menyertai lawatan ini.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Nor Khalilah binti Mustafa bersama empat lagi guru pengiring. Kump**an lawatan dibawa ke Perpustakaan UMP dan seterusnya ke Makmal Fakulti Sains dan Teknologi Industri.

Diharapkan adik-adik mendapat inspirasi untuk terus berjaya daripada lawatan hari ini.
Selamat Maju Jaya dan terima kasih kerana memilih UMP!

16/12/2019

Galeri UMP tidak ketinggalan mengadakan jualan akhir tahun sempena 12.12! Anda semua jangan lepaskan peluang untuk memiliki barangan cenderamata UMP dengan potongan harga sebanyak 12%! Caranya mudah sahaja, anda lawati laman sesawang www.mohbeli.com dan masukkan kod kupon GALLERY12 untuk menikmati potongan harga tersebut. Promosi berlangsung sehingga 31 Disember 2019. Cepat sebelum kehabisan stok!

Photos from Galeri UMP's post 03/12/2019



Menerima kunjungan pelajar - pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2 Gua Musang, Kelantan.

Lawatan yang diketuai oleh Pengetua sekolah, Encik Zainuddin Yusof bermula dengan lawatan ke makmal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif.

Seterusnya, kump**an lawatan diberi taklimat kemasukan ke UMP oleh Encik Fadhil dari Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik selain berpeluang melihat kemudahan - kemudahan di perpustakaan UMP.

Pada sebelah malam p**a, kelab In-Smartive UMP turut memperkenalkan 2 modul dalam slot motivasi kepada kump**an lawatan ini.

Semoga pelajar-pelajar SMK Chiku 2 mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan memilih UMP sebagai destinasi utama melanjutkan pengajian di IPTA.



Photos from Galeri UMP's post 19/11/2019



Menerima kunjungan 36 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panji, Kota Bharu bersama 4 orang guru pengiring.

Lawatan ke UMP kali ini diisi dengan slot motivasi bersama Pegawai Psikologi UMP, Paridah Mohd Ali dan Nur Azila Osman. Pengisian slot motivasi menekankan aspek mengenali diri sendiri dan persiapan untuk masa hadapan.

Selamat Maju Jaya untuk semua adik-adik!

Photos from Galeri UMP's post 08/11/2019



Menerima kunjungan seramai 36 orang adik-adik pelajar pasca UPSR dan 8 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Jerteh, Besut, Terengganu.

Lawatan yang mengambil masa selama dua jam itu dimulakan dengan slot bersama unit kaunseling, dikendalikan oleh mahasiswa UMP. Pelbagai aktiviti disediakan untuk adik-adik pelajar pasca UPSR tersebut.

Kemudian program diteruskan dengan penerangan dan lawatan sekitar Perpustakaan UMP Gambang, diketuai oleh Pustakawan UMP, Ahmad Nurudin Abd Nasir.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada adik-adik semua.

Photos from Galeri UMP's post 23/10/2019



Seramai 80 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Selangor telah menyertai lawatan sambil belajar ke UMP Gambang.

Lawatan yang diiringi 4 orang pegawai ini dimulakan dengan taklimat kemasukan ke UMP bersama Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik.

Seterusnya, kump**an lawatan dibawa ke Makmal Berpusat, Makmal Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Makmal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses dan Makmal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam.

Terima kasih kerana memilih UMP dan selamat maju jaya!

Photos from Galeri UMP's post 07/10/2019



Hari ini UMP menerima kunjungan daripada pelajar – pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Mekanikal, Politeknik Merlimau, Melaka. Kump**an lawatan kali ini disambut oleh Pengarah Pusat Kemasukan Akademik, Encik Helmi Mohamed Isa.

Slot lawatan kali ini dimulakan dengan taklimat dan syarat –syarat kemasukan ke UMP oleh Prof Madya Dr. Che Ku Mohamad Faizal Che Ku Yahya.

Seterusnya sesi lawatan diteruskan dengan kunjungan ke beberapa Makmal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA) dan Makmal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) yang diketuai oleh Pegawai Latihan Vokasional,Encik Zulfika Anuar (FTKMA) dan Ketua Program Diploma Dr.Nur Aqilah Othman (FTKEE).

Semoga adik – adik memperoleh manfaat dan input yang berguna sepanjang lawatan ini serta menjadikan UMP sebagai destinasi pilihan utama anda setelah tamat pengajian Politeknik nanti.




Photos from Galeri UMP's post 03/10/2019

Warga UMP Gambang yang berkelapangan jangan lupa singgah di booth Galeri yang bertempat di ruang Amphitheater. Dapatkan pelbagai jenis barangan cenderamata dengan harga yang istimewa cuma untuk hari ini sahaja!

Photos from Galeri UMP's post 02/10/2019

Warga UMP yang berkelapangan dijemput hadir ke Hari Terbuka Pusat Pengurusan Akademik yang berlangsung di Ruang Legar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif, UMP Pekan. Kunjungi kami di booth no. 9 untuk barangan cenderamata UMP. Dapatkan pelbagai jenis cenderamata dengan harga istimewa, diskaun sehingga 50% (barangan terpilih) untuk hari ini sahaja! Bagi warga UMP Gambang, temui kami esok di Ruang Legar Pusat Pengurusan Akademik UMP Gambang.

Photos from Galeri UMP's post 19/09/2019



UMP menerima kunjungan pelajar – pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Perlis. Lawatan ke Kampus Pekan kali ini disertai oleh 19 orang pelajar dan 3 orang guru yang diketuai oleh En. Muhammad Ezzudin Abdul Aziz.

Lawatan bermula dengan taklimat kemasukan ke UMP oleh Encik Sabri bin Yahya, dari Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik.

Seterusnya, lawatan diteruskan dengan kunjungan ke makmal Pusat Kejuruteraan Automatif, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif yang diketuai oleh Encik Muhamad Imran Mohmad Sairaji, Pegawai Latihan Vokasional.

Semoga adik - adik mendapat info bermanfaat sepanjang lawatan ini dan lebih bersemangat untuk terus cemerlang di masa hadapan.

Terima kasih kerana memilih UMP dan selamat maju jaya dalam pelajaran!

Photos from Galeri UMP's post 27/08/2019

Hari ini sedikit istimewa bagi Galeri UMP kerana menerima kunjungan delegasi dari negara matahari terbit.

Seramai 10 orang pelajar bersama seorang pensyarah pengiring, Dr Asakura Kunihiko dari National Institute of Technical (NIT), Jepun terlibat dalam ‘Summer Program @ UMP’. Program yang berlangsung selama 9hari ini melibatkan aktiviti di Putrajaya, Batu Caves, Kuala Lumpur dan tempat-tempat menarik di Kuantan.

Slot lawatan ke Galeri diisi dengan penerangan mengenai sejarah penubuhan UMP, produk-produk penyelidikan, dan juga info mengenai Canselor UMP.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada adik-adik pelajar!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuantan