Citarasa Ibu

Citarasa Ibu

Share

Perkongsian Resepi masakan traditional dan moden

Photos from Citarasa Ibu's post 08/01/2020

Resepi
1. Nasi goreng keju
2. Nasi tomato

Selamat mencuba 😁

Photos from Citarasa Ibu's post 08/01/2020

Resepi
1. Serunding kelapa
2. Dalca
3. Ayam masak merah

Resepi klik pada gambar 😁

Photos from Citarasa Ibu's post 08/01/2020

Resepi
1. Daging hitam
2. Ikan bakar berinti

Resepi klik pada gambar 😊

04/01/2020

SWEET AND SOUR CHICKEN

1 dada ayam, potong dadu
tepung tempura
2 ulas bawang putih, cincang
2 cili hijau
2 cili merah
daun bawang

Bahan Sos:
2 sdm sos tomato
2 sdm sos cili
2 sdm sos tiram
1 sdm sos plum (hakak skip, takda stok)
1 sdm gula
lada putih
1/4 cawan air

Salutkan ayam dengan tepung tempura, goreng hingga keperangan.
Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau lagi hingga berbuih.
Masukkan ayam, kacau sebati.
Kalau nak sedikit berkuah tambahkan air, tambahkan juga sedikit megi cukup rasa.
Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau dan daun bawang.

Siap untuk dihidangkan.

Credit to
Koleksi resepi masakan ayam

31/12/2019

PAJERI MANGGA BEREMPAH

Bahan-Bahannya:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3cm halia
Minyak untuk menumis
4 camca besar serbuk kari
2 camca teh gula
Garam secukupnya
2 biji mangga dibuang kulit dan biar sebiji-sebiji
Cara Membuatnya:
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian tumis hingga garing.
Masukan serbuk kari dan gula.
Kacau dan biar garing.
Kemudian rasa garamnya.
Masukan mangga.
Biarkan mendidih barulah di angkat.

31/12/2019

AYAM MADU IBU

Bahan-Bahannya:
2 ketul peha ayam dibersihkan
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2cm halia
3 camca besar serbuk kari
1 camca besar madu

Cara Membuatnya:
Perap peha ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Hiris bawang putih, bawang merah dan halia.
Kemudian tumis hingga garing.
Masukkan serbuk kari, kacau sebati.
Masukkan madu dan kacau lagi.
Masukkan ayam dan balik-balikkan.
Hidang ketika panas.

31/12/2019

KERABU AYAM

Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam sederhana besar
½ biji kelapa dibuat kerisik
½ mangkuk santan pekat daripada ½ biji kelapa
2 biji cili merah
3 batang serai
3cm halia
10 ulas bawang merah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji limau nipis diperah jusnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
Cili merah, halia, serai dan bawang merah dimayang halus.
Ayam dibersihkan dan dipotong kecil.
Panggang hingga masak di atas api perlahan.
Gaul ayam dengan garam, kerisik dan semua bahan di atas.
Seeloknya di biarkan 10 minit hingga meresap bahan rempah.
Selepas 10 minit barulah dihidangkan.

Photos from Citarasa Ibu's post 30/12/2019

Resepi
1. SERONDENG IKAN BERSANTAN
2. SERONDENG DAGING BAWANG
GORENG
3. SERONDENG KELAPA UDANG KERING REBUS

*Bahan dan cara membuatnya ada pada gambar 😁

30/12/2019

BEBOLA DAGING ALA THAI

Bahan-Bahan Bebola :
10 biji telur puyuh di rebus
160gm daging kisar
1 keping roti di jadikan serbuk
1 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh serbuk ketumbar
½ camca teh serbuk lada hitam
½ camca teh garam
1 biji telur di pukul ( ½ untuk mencelup )
Minyak untuk menggoreng cara terendam

Cara Membuatnya:
Rebus telur dan buang kulitnya.
Sebatikan daging, serbuk roti, rempah dan garam serta setengah biji telur. Bahagikan 10.
Masukkan telur kedalam setiap satu bahagian dan bulat-bulatkan.
Celup di dalam baki telur dan goreng hingga masak.

Bahan-Bahan Kuahnya :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
Minyak untuk menumis
1 batang serai di ketuk
1½ camca besar perencah tom yam (packet)
150ml air
4 - 6 tangkai cili padi
½ camca teh gula

Cara Membuatnya:
Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
Masukkan serai dan rempah tom yam.
Kacau hingga naik minyak.
Masukkan air, cili padi dan gula.
Biar elok pekatnya sebelum di tuang keatas bebola.

Photos from Citarasa Ibu's post 30/12/2019

Resepi
1. NASI BRIANI TANDOORI
2. NASI MINYAK BERKISMIS

Bahan dan cara membuatnya,klik pada gambar... Selamat mencuba

*Gambar ikhsan Google, xsempat nk amik😁

27/12/2019

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan diperlukan:
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
# # Bahan-bahan kisar # #
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Hias
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Credit to
MyResipi

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuantan