08/12/2021
CARA MENGHINDARI "HELICOPTER PARENTING".
'Helicopter parenting' adalah istilah dari Dr Haim Ginott yang menggambarkan gaya ibu bapa yang "berlegar-legar" disekeliling anak seperti helikopter. Mereka ini terlalu fokus dan protektif ke atas anak-anak mereka.
Tidak dapat dinafikan, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak termasuklah mengasuh, memelihara, mendidik, serta melindungi anak. Namun begitu sekiranya anda sedang mengamalkan gaya asuhan seperti ini, ingatlah ia akan memberi kesan kepada anak-anak sehingga jangka masa panjang.
Oleh itu, berikut adalah cara menghindari 'Helicopter Parenting':
1. Berhenti melabel anak sama ada yang positif atau negatif.
2. Elak cemas yang berlebihan.
3. Beri peluang kepada anak-anak untuk teroka dan jangan hentikan sekiranya berbeza pendapat.
4. Berhenti membantu dan beri peluang anak untuk mencuba.
5. Jangan meletakkan fokus yang terlalu kepada anak sehingga mengabaikan kehidupan sendiri.
Anak-anak adalah anugerah dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa. Syukuri nikmat yang tak terhingga ini dan elak dari amalkan 'Helicopter Parenting'. Semoga bermanfaat.