ADTEC JTM Kampus Kuantan

Call Directions Website Contact the school

ADTEC JTM Kampus Kuantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ADTEC JTM Kampus Kuantan, College & University, Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Penubuhan ADTEC JTM Kampus Kuantan adalah bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada belia lepasan sekolah dan pekerja industri bagi membekalkan tenaga mahir kepada sektor perindustrian negara.

PENGUNDIAN VIDEO PENDEK TVET KEMERDEKAAN PERINGKAT ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN πŸ‡²πŸ‡Ύβ€ΌοΈ ESOK BERMULA JAM 7.00 PAGI! ‼️Semua vid...
17/08/2026

PENGUNDIAN VIDEO PENDEK TVET KEMERDEKAAN PERINGKAT ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

‼️ ESOK BERMULA JAM 7.00 PAGI! ‼️

Semua video penyertaan Pertandingan Video Pendek TVET Kemerdekaan akan mula disiarkan di TikTok Rasmi ADTEC JTM Kampus Kuantan πŸŽ₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“Œ Macam mana nak mengundi?
Mudah sahaja! Sokongan dan undian anda akan dikira berdasarkan:
❀️ Like
πŸ‘€ View
πŸ”„ Share
Tarikh tamat pengundian pada 2 September 2026 jam 11.59pagi

Jadi, jangan lupa esok jam 7.00 pagi untuk buka TikTok, tonton video-video yang dipertandingkan dan berikan sokongan anda!

πŸ“± TikTok: https://www.tiktok.com/?lang=en

Ayuh meriahkan pertandingan ini dan sokong bakat serta kreativiti warga ADTEC JTM Kampus Kuantan!

MERDEKA DENGAN TVET! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

CSR DI SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN 17 Ogos 2026 Satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Kebangsaan ...
17/08/2026

CSR DI SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN
17 Ogos 2026

Satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelabuhan, Kuantan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Pelajar& Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Kuantan telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berfokuskan kepada aktiviti gotong-royong membersih dan mengecat semula Makmal Sains sekolah tersebut bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan ceria untuk para pelajar.

Objektif utama program ini dilaksanakan ialah untuk meningkatkan kualiti fasiliti sekolah dengan menjadikan MakmalSains sekolah yang lebih bersih, ceria serta merangsang minat pelajar terhadap matapelajaran Sains. Di samping itu juga, program ini dapat memupuk nilai murni dan sifat keprihatinan dalam kalangan pelajar dan pensyarah ADTEC JTM KampusKuantan terhadap komuniti setempat. Seramai 30 orang sukarelawan telah menyertai program ini, yang terdiri daripada 25 orang pelajar semester 1 dan 2 Teknologi Automotif yang turut diiringi oleh 3 orang pensyarah bahagian.5 orang wakil guru dari Panitia Sains SK Pelabuhan turut terlibat di dalam kerja-kerja CSR ini.

"π‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘°π’ˆπ’π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’Šπ’“π’‚π’, π‘΄π’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’“π’‚π’Œ 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"



JOM IKUTI KAMI DI / FOLLOW US ON:

Website >> www.ilpkuantan.gov.my
Facebook >> https://www.facebook.com/ILPKuantanRasmi
Instagram >> https://www.instagram.com/ilpkuantan_official/
Twitter >> https://twitter.com/kuantanofficial
TikTok >> https://www.tiktok.com/ Tube >> https://www.youtube.com/

MARAN, 15 Ogos 2026 – ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menyertai Kejohanan Volleyball Jemputan 8 Penjuru Daerah Maran 2026...
17/08/2026

MARAN, 15 Ogos 2026 – ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menyertai Kejohanan Volleyball Jemputan 8 Penjuru Daerah Maran 2026 yang berlangsung pada 15 Ogos 2026 (Sabtu).

Penyertaan pasukan ADTEC JTM Kampus Kuantan dalam kejohanan ini merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan penglibatan warga institusi dalam aktiviti sukan, di samping meningkatkan kecergasan fizikal, semangat berpasukan dan daya saing dalam kalangan peserta.

Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan jemputan dari sekitar daerah Maran ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi dan komuniti melalui aktiviti sukan.

Pasukan ADTEC JTM Kampus Kuantan memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan. Penyertaan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman berharga kepada para pemain serta menjadi pemangkin kepada penglibatan yang lebih aktif dalam kejohanan sukan pada masa akan datang.

ADTEC JTM Kampus Kuantan terus komited menyokong pembangunan sukan dan pembentukan warga yang cergas, berdisiplin serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

CSR WIRA KESUMA TEKNIKAL – BERKHIDMAT DENGAN KEMAHIRAN, MENYUMBANG DENGAN KEIKHLASAN14 Ogos 2026ADTEC JTM Kampus Kuantan...
14/08/2026

CSR WIRA KESUMA TEKNIKAL – BERKHIDMAT DENGAN KEMAHIRAN, MENYUMBANG DENGAN KEIKHLASAN

14 Ogos 2026

ADTEC JTM Kampus Kuantan terus memperkukuhkan peranan dalam pembangunan komuniti melalui pelaksanaan aktiviti CSR WIRA KESUMA Teknikal dengan menyumbang kepakaran dan kemahiran teknikal kepada masyarakat setempat.

Melalui Bahagian Teknologi Kimpalan, satu projek pembinaan Khemah Besi telah dilaksanakan bagi kegunaan komuniti di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balok, Kuantan, Pahang.

Projek ini diketuai oleh Pengajar Pakar, En. Mohd Amri bin Md Daud, bersama-sama 4 orang pelajar Bahagian Teknologi Kimpalan yang berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pengukuran, pemotongan, pemasangan, kimpalan dan kemasan struktur khemah.

Lebih daripada sekadar menghasilkan sebuah struktur fizikal, projek ini menjadi platform kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran TVET dalam situasi sebenar, di samping memupuk nilai kesukarelawanan, tanggungjawab sosial, disiplin dan semangat membantu masyarakat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada En. Mohd Amri bin Md Daud serta empat orang pelajar Bahagian Teknologi Kimpalan atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan sepanjang menjayakan projek ini.

Wira Kesuma Teknikal – Berkemahiran, Berbakti, Berimpak.






SINOLION WHEELS TECHNOLOGY BINCANG POTENSI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN13 Ogos 2026 – ADTEC JTM ...
13/08/2026

SINOLION WHEELS TECHNOLOGY BINCANG POTENSI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN

13 Ogos 2026 – ADTEC JTM Kampus Kuantan hari ini menerima kunjungan pihak industri daripada Sinolion Wheels Technology (M) Sdn. Bhd. bagi sesi lawatan dan perbincangan berhubung keperluan tenaga kerja serta potensi kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi latihan kemahiran.

Kunjungan tersebut diwakili oleh Cik Carmen Sam dan Mr.Micheal Ng Yorn Sern daripada Bahagian Sumber Manusia Sinolion Wheels Technology (M) Sdn. Bhd., manakala pihak ADTEC JTM Kampus Kuantan diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ts. Azrul Norazmi bin Abdullah, bersama dua pegawai daripada Bahagian CESS iaitu En.Tasirihafizan bin Ab Rahman dan En.Mohammad Akhmal bin Mohamed Supian.

Sesi perbincangan ini menjadi platform kepada pihak Sinolion Wheels Technology untuk memperkenalkan latar belakang syarikat, bidang operasi serta keperluan tenaga kerja yang dijangka diperlukan bagi menyokong operasi pengeluaran syarikat pada masa akan datang.

Untuk makluman, Sinolion Wheels Technology (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan rim aloi aluminium dan beroperasi di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP 3), Kuantan, Pahang. Operasi pengeluaran syarikat dijadualkan bermula pada Oktober 2026, sekali gus membuka peluang pekerjaan serta keperluan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor pembuatan.

Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut meneliti beberapa bentuk kerjasama yang berpotensi dilaksanakan, antaranya pengambilan graduan melalui program Campus Recruitment, lawatan industri dan lawatan ke kilang, pelaksanaan program latihan industri (Internship) serta projek kerjasama antara industri dan institusi.

Kerjasama sedemikian dilihat mampu memberi pendedahan yang lebih dekat kepada pelajar mengenai persekitaran sebenar industri, di samping membantu pihak institusi menyesuaikan latihan dan kompetensi yang diterapkan dengan keperluan semasa sektor pembuatan.

Pihak ADTEC JTM Kampus Kuantan menyambut baik cadangan kerjasama tersebut sebagai satu usaha memperkukuh hubungan strategik bersama industri serta memperluas peluang penempatan pekerjaan kepada graduan. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi institusi dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran, kompeten dan memenuhi kehendak pasaran industri.

Hasil perbincangan ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara ADTEC JTM Kampus Kuantan dan Sinolion Wheels Technology (M) Sdn. Bhd., sekali gus memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran dalam industri pembuatan di Pahang.

"π‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘°π’ˆπ’π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’Šπ’“π’‚π’, π‘΄π’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’“π’‚π’Œ 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
=========================

πŸ…»πŸ…°πŸ††πŸ…°πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½ πŸ†‚πŸ…°πŸ…ΌπŸ…±πŸ…ΈπŸ…» πŸ…±πŸ…΄πŸ…»πŸ…°πŸ…ΉπŸ…°πŸ† πŸ†‚πŸ…ΌπŸ…Ί πŸ…±πŸ†„πŸ…ΊπŸ…ΈπŸ†ƒ πŸ…ΊπŸ†„πŸ…°πŸ…½πŸ…Ά πŸ…ΊπŸ…΄ πŸ…°πŸ…³πŸ†ƒπŸ…΄πŸ…² πŸ…ΉπŸ†ƒπŸ…Ό πŸ…ΊπŸ…°πŸ…ΌπŸ…ΏπŸ†„πŸ†‚ πŸ…ΊπŸ†„πŸ…°πŸ…½πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½Khamis, 13 Ogos 2026 β€” ADTEC JTM Kampus Kuantan telah ...
13/08/2026

πŸ…»πŸ…°πŸ††πŸ…°πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½ πŸ†‚πŸ…°πŸ…ΌπŸ…±πŸ…ΈπŸ…» πŸ…±πŸ…΄πŸ…»πŸ…°πŸ…ΉπŸ…°πŸ† πŸ†‚πŸ…ΌπŸ…Ί πŸ…±πŸ†„πŸ…ΊπŸ…ΈπŸ†ƒ πŸ…ΊπŸ†„πŸ…°πŸ…½πŸ…Ά πŸ…ΊπŸ…΄ πŸ…°πŸ…³πŸ†ƒπŸ…΄πŸ…² πŸ…ΉπŸ†ƒπŸ…Ό πŸ…ΊπŸ…°πŸ…ΌπŸ…ΏπŸ†„πŸ†‚ πŸ…ΊπŸ†„πŸ…°πŸ…½πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½

Khamis, 13 Ogos 2026 β€” ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menerima kunjungan 80 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang dalam satu program lawatan sambil belajar.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), kemudahan latihan serta peluang melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam bidang teknikal. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Suhana Mokhtar dari Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Kuantan.

Pelajar dan guru pengiring juga dibawa melawat kesemua bengkel yang terdapat di sini bagi membolehkan pelajar-pelajar ini melihat sendiri operasi dan sistem pembelajaran secara lebih khusus.

Semoga kunjungan ini dapat membuka perspektif baharu kepada para pelajar serta menyemarakkan minat mereka untuk memilih TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.

ADTEC JTM Kampus Kuantan β€” Melahirkan Generasi TVET Berkemahiran, Berdaya Saing dan Berprestasi Tinggi.

PERHIMPUNAN PELAJAR ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA PENGARAH 12 Ogos 2026  Perhimpunan Pelajar Bersama Tuan Pengarah te...
12/08/2026

PERHIMPUNAN PELAJAR ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA PENGARAH

12 Ogos 2026

Perhimpunan Pelajar Bersama Tuan Pengarah telah diadakan dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Kuantan. Perhimpunan rasmi ini dihadiri oleh semua pelajar, barisan pensyarah, serta pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuantan.

Acara dimulakan dengan Amanat daripada Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan, TuanHaji Mohd Sukri bin Musa. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar serta pesanan agar pelajar kekal proaktif, berdaya saing, dan menjaga disiplin walau di mana jua berada.

Untuk slot perhimpunan pelajar kali ini juga,Inspektor Hasrol dari IPD Kuantan telah dijemput bagi menyampaikan ceramah Kesedaran Cegah Buli kepada pelajar-pelajar. Antara intipati ceramah beliau ialah,budaya buli dan samseng yang semakin menjadi-jadi yang wujud di IPTA/IPTS di Malaysia ini. Semua pelajar perlulah membuat laporan atau aduan sekiranya insiden buli dan samseng ini berlaku.

Acara kemuncak perhimpunan kali ini ialah Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sesi 2/2026 ADTEC JTM Kampus Kuantan yang disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan(BPPL). Semoga pelajar-pelajar yang terpilih menjadi MPP sesi ini dapat memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi di dalam membantu Pengurusan dalam Hal Ehwal Pelajar.

"π‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘°π’ˆπ’π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’Šπ’“π’‚π’, π‘΄π’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’“π’‚π’Œ 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"



JOM IKUTI KAMI DI / FOLLOW US ON:

Website >> www.ilpkuantan.gov.my
Facebook >> https://www.facebook.com/ILPKuantanRasmi
Instagram >> https://www.instagram.com/ilpkuantan_official/
Twitter >> https://twitter.com/kuantanofficial
TikTok >> https://www.tiktok.com/ Tube >> https://www.youtube.com/

πŸ†‚πŸ…΄πŸ…»πŸ…°πŸ…ΌπŸ…°πŸ†ƒ πŸ…³πŸ…°πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½πŸ…Ά πŸ††πŸ…ΈπŸ†πŸ…° πŸ…ΌπŸ†„πŸ…³πŸ…° πŸ…ΏπŸ…»πŸ…ΊπŸ…½ πŸ…ΊπŸ…΄ πŸ…°πŸ…³πŸ†ƒπŸ…΄πŸ…² πŸ…ΉπŸ†ƒπŸ…Ό πŸ…ΊπŸ…°πŸ…ΌπŸ…ΏπŸ†„πŸ†‚ πŸ…ΊπŸ†„πŸ…°πŸ…½πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½TARIKH : 11 OGOS 2026 | SelasaTepat pukul 8.30 pagi, 13 buah ba...
11/08/2026

πŸ†‚πŸ…΄πŸ…»πŸ…°πŸ…ΌπŸ…°πŸ†ƒ πŸ…³πŸ…°πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½πŸ…Ά πŸ††πŸ…ΈπŸ†πŸ…° πŸ…ΌπŸ†„πŸ…³πŸ…° πŸ…ΏπŸ…»πŸ…ΊπŸ…½ πŸ…ΊπŸ…΄ πŸ…°πŸ…³πŸ†ƒπŸ…΄πŸ…² πŸ…ΉπŸ†ƒπŸ…Ό πŸ…ΊπŸ…°πŸ…ΌπŸ…ΏπŸ†„πŸ†‚ πŸ…ΊπŸ†„πŸ…°πŸ…½πŸ†ƒπŸ…°πŸ…½

TARIKH : 11 OGOS 2026 | Selasa
Tepat pukul 8.30 pagi, 13 buah bas yang membawa 444 Wira Muda PLKN bersama 3 pegawai dan 32 orang jurulatih dari Cawangan Latihan Khidmat Negara 505 Pekan, Pahang tiba di luar pagar ADTEC JTM Kampus Kuantan. Kehadiran mereka disambut oleh beberapa orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang telah dilantik. Objektif utama kehadiran mereka ini kerana PROGRAM EKSLPORASI TVET SIRI 3/2025 yang bertujuan memberi pendedahan kepada wira muda PLKN berkaitan peluang pendidikan TVET dan prospek kerjaya yang berkaitan.

Program dimulakan dengan sesi bergambar di perkarangan dewan kuliah utama sebelum pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan. Kompeni A, B. C dan D ke dewan kuliah utama dan kompeni D, E, F dan G di bawa ke bengkel-bengkel untuk lawatan pendidikan TVET ke dewan besar untuk melihat pemeran dari agensi-agensi TVET yang hadir seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur, IKBN Pekan, Politeknik Metro Kuantan, TVET MARA Kuantan, TVET MARA Kemaman selain ADTEC Kuantan sendiri. Aktiviti ini dilaksanakan secara bergilir-gilir oleh kedua-dua kumpulan.

Di Dewan Kuliah Utama, pelatih didedahkan dengan peluang melanjutkan pendidikan dalam bidang TVET terutamanya di ADTEC JTM Kampus Kuantan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), En Muhammad Asruf bin Muhammad. Penerangan yang lebih mendalam berkaitan pendidikan TVET dan peluang kerjaya yang lebih luas dalam bidang TVET turut disampaikan oleh En Mohd Hamdan bin Jaafar @ Othman, selaku wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur.

Pendedahan secara langsung dapat dirasai oleh pelatih wira muda apabila lawatan ke bengkel-bengkel turut memberi peluang kepada mereka untuk mencuba aktiviti demontrasi yang diadakan seperti welding dan lain-lain. Tergambar keterujaan di wajah pelatih-pelatih sepanjang lawatan tersebut kerana dapat mencuba pengalaman baru. Kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh pelajar-pelajar ADTEC Kuantan di bengkel-bengkel turut menambahkan lagi keseronokan mereka.

Program yang berakhir pada pukul 1.30 petang seolah-olah mencapai objektifnya apabila pelatih pulang dengan senyuman dan lambaian serta kepuasan terbayang di wajah mereka.

11/08/2026

Address

Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng
Kuantan
26080

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095861660

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to ADTEC JTM Kampus Kuantan:

Share