19/03/2026
Daripada kami,
*Warga Guru-guru SAR KAFA Al-Fawwaz*
Dengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan:
*Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin* 🌸
Buat semua *ibu bapa dan anak-anak murid yang dikasihi,* terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang ini.
Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT,
dan Syawal yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan serta kebahagiaan buat kita semua.
Ampun dan maaf dipohon atas segala kekurangan dan kekhilafan,
semoga hubungan yang terjalin terus erat dan diberkati.
✨ *Salam Aidilfitri daripada kami semua di SAR KAFA Al-Fawwaz* ✨
09/03/2026
Alhamdulilah pagi ni sempat meeting khas membincangkan perkembangan terkini bangunan baru SAR KAFA Al Fawwaz .
06/03/2026
Alhamdulillah ..pemasangan 2 penghawa dingin..
Terpaksa disegerakan disebabkan keadaan cuaca yg agak panas...
Terima kasih atas sumbangan....
03/03/2026
Majlis penyerahan Slip UPKk 2025.
03/03/2026
ASSALAMUALAIKUM...JOM SAMA2 INFAQ....
25/02/2026
Assalamualaikum
KEPUTUSAN UPKK 2025
✨️9A:10 0RG
✨️8A 1B :12 ORG
✨️7A 2B: 7 ORG
✨️6A 3B: 6 ORG
✨️5A 4B: 5 ORG
✨️4A 5B: 3 ORG
✨️3A 6B: 6 ORG
✨️2A 7B: 2 ORG
✨️1A 7B: 1 ORG
✨️4A 3B 2C: 1 ORG
24/02/2026
🌟 ESOK KEPUTUSAN UPKK SESI 2025 🌟
Apa pun keputusannya…
Jangan herdik.
Jangan marah.
Jangan bandingkan dengan orang lain.
Peluk anak kita. 🤍
Ucap terima kasih kerana mereka sudah berusaha.
Mereka bukan mesin untuk skor A.
Mereka amanah Allah yang sedang belajar menjadi manusia.
Hari ini mungkin angka.
Tetapi masa depan mereka adalah akhlak, iman dan taqwa.
Berikan rangsangan.
Berikan kata semangat.
Berikan doa tanpa henti.
Didik mereka supaya:
✔️ Menjadi insan beriman
✔️ Berilmu dan beradab
✔️ Bertaqwa kepada Allah SWT
Kerana kejayaan sebenar bukan sekadar keputusan di atas kertas,
tetapi kejayaan menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
💙 Buat semua ibu ayah —
Tenanglah.
Anak-anak sudah berusaha.
Tugas kita adalah menyokong dan mendoakan.
Semoga Allah kurniakan keputusan yang terbaik buat semua calon UPKK 2025.
Misi Mumtaz bukan hanya A…
tetapi Mumtaz di sisi Allah. 🤲✨
⸻
18/02/2026
MARHABAN YA RAMADHAN 🌙
Kami dari warga SAR Kafa Al Fawwaz ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Rebutlah pahala dan ganjaran dibulan yang mulia ini dengan menggandakan amal ibadah.
Semoga bulan puasa pada tahun ini meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Yang Maha Esa.