19/09/2026
Tarikh : 18 September 2026
YH Dato Haji Ahmad Zamri Bin Md Isa,Pengarah Pendidikan,Jabatan Pendidikan Pahang telah menerima kunjungan hormat SAC Ahmad Sukarno Bin Mohd Zahari Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang IPK Pahang
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya dalam aspek pencegahan jenayah serta pembudayaan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan Sejahtera
Perbincangan memberi tumpuan kepada perkara-perkara berkaitan dengan
Pencegahan Buli di Sekolah
Perbincangan berkaitan pendekatan pencegahan dan intervensi terhadap salah laku buli dalam kalangan murid, termasuk usaha memperkukuh kesedaran, keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.
Kerjasama Strategik JPN Pahang β PDRM
Memperkasa jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi melalui pendekatan pencegahan, pendidikan dan kepolisan komuniti bagi menangani isu salah laku serta jenayah dalam kalangan murid.
Rancangan Town Hall Warga Pendidikan
Perbincangan awal berkaitan cadangan pelaksanaan Town Hall Warga Pendidikan sebagai platform interaksi dan komunikasi dua hala antara warga pendidikan dengan pihak keselamatan, khususnya berkaitan isu keselamatan sekolah, pencegahan buli dan salah laku murid.
Pemerkasaan Literasi Undang-undang
Memperkukuh pemahaman warga pendidikan dan murid terhadap aspek peraturan, undang-undang, tanggungjawab serta tindakan pencegahan berkaitan salah laku dan jenayah di sekolah.
Kerjasama bersepadu antara agensi diharapkan dapat menyokong usaha mewujudkan sekolah yang selamat, murid yang berakhlak dan warga pendidikan yang sejahtera, selaras dengan aspirasi pendidikan negeri Pahang.