24/04/2026
Assalamualaikum Wr. Wbt
Selamat Bercuti Semester
Gunakan kesempatan ini untuk merehatkan minda, memperkukuh kesejahteraan diri dan membuat persediaan bagi semester akan datang.
Semoga kembali dengan iltizam yang lebih tinggi.
15/04/2026
Assalamualaikum Wr. Wbt.
InsyaAllah hari ini kita akan menerima *Lawatan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program* .
Ahli jabatan mendoakan yang terbaik dan semoga sesi penilaian ini berjalan lancar serta mudah buat semua.
06/04/2026
🎓✨ BIASISWA KERAJAAN NEGERI PAHANG DIBUKA!✨🎓
Peluang keemasan buat lepasan SPM seluruh Malaysia 🇲🇾
Kini anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi dengan tajaan biasiswa di Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS )!
📚 Program: Asasi Sains Kemanusiaan
✔️ Tempoh hanya 1 tahun
✔️ Laluan pantas ke Ijazah Sarjana Muda
✔️ Program hybrid merangkumi bidang Islam, Bahasa, Perniagaan, Perakaunan, Teknologi & Multimedia
💰 Kelebihan Biasiswa:
🔥 Yuran pengajian ditaja!
🔥 Pelajar hanya bayar yuran asrama
🔥 Jumlah keseluruhan pengajian + asrama serendah RM6,800 sahaja
📌 Syarat Kemasukan:
✅ Lulus SPM
✅ Minimum 5 kepujian/kredit dalam mana-mana subjek
🚀 Laluan Sambung Pengajian:
Pilih pelbagai bidang menarik seperti:
✔️ Dakwah Islamiah
✔️ Kewangan Islam
✔️ Multimedia Digital
✔️ Syariah & Kehakiman
✔️ Pendidikan & Bahasa
✔️ Tahfiz & Pengurusan Islam
✔️ Dan banyak lagi!
📲 Mohon sekarang & ubah masa depan anda!
Klik QR atau hubungi segera:
📞 019-966 3755
🔥 Jangan lepaskan peluang tajaan ini – tempat adalah TERHAD!
06/04/2026
Salam imtihan buat semua pelajar Semester 2 2025/2026.
Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan dan kejayaan yang cemerlang.
Bit taufiq wan najah ✨
"Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakal lah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (QS Ali 'Imran: 159)
12/03/2024
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1445H dari Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Dan Pembangunan Insan, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).
13/01/2024
Selamat datang kepada seluruh pelajar baharu dan selamat kembali kepada pelajar lama bagi semester 2 2023/2024. Semoga sentiasa cekal dalam meniti jalan yang Allah Redha iaitu jalan pendidikan. Insya Allah.
Ikhlas Daripada:
Ketua Jabatan & Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Dan Pembangunan Insan UnIPSAS
24/11/2023
Salam Sayyidul Ayyam.
Sedang berlangsung Bengkel Praktikum 11. 0 bagi pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik.
Semoga semua berjalan dengan lancar.
14/11/2023
Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Fikri bin Mohd Mokhtar dan Puan Syazwani binti Husin di atas pengesahan jawatan Pensyarah Gred DM41. Kami, warga JPPI mengucapkan selamat maju jaya
14/11/2023
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Nor Fadzilah bt Md. Yusof atas sumbangan khidmat dan jasa beliau sepanjang menjadi Ketua Jabatan JPPI. Terima kasih dan selamat maju jaya.
14/11/2023
Assalamualaikum. Tahniah diucapkan buat Cik Siti Nurul Ain binti Mohd Yusoff di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan JPPI. Kami, warga JPPI mengucapkan selamat menjalankan tugas.