24/04/2026
Team RagbiINTEK HebatJuarai Kejohanan MSSD 18 Tahun
Johan Milik INTEK 🏆🥇
Ternyata aura & bakat pelajar INTEK terus bersinar di Padang Ragbi Kolej Vokasional Kuantan apabila menundukkan SMA Al Maarif 17-7
PIBG turut menzahirkan sokongan hadir menyaksikan perlawanan akhir bersama Tuan Hj Ropizalhazri Ismail Ropizalhazri Ismail, Pengetua & GPK Ko Kurikulum serta guru² terlibat.
Kejayaan amat membanggakan warga INTEK ini adalah hasil usaha & titik peluh yang telah dilakukan membuktikan team ragbi INTEK berkeupayaan melakar kejayaan cemerlang.
Semoga Team INTEK terus terbang lebih tinggi & mencipta lebih banyak sukses pada kejohanan akan datang.
04/04/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗘𝗠𝗔 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲 🌙✨
𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗨𝗞𝗛𝗪𝗔𝗛
𝗠𝗘𝗥𝗜𝗠𝗕𝗨𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗕𝗕𝗔𝗛
Alhamdulilah dizahirkan buat semua pihak terutamanya pentadbir INTEK atas undangan kepada AJK PIBG, hadir meraikan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah bersama anak-anak & warga INTEK.
Tentunya majlis sebegini merapatkan lagi ukhwah silaturahim sesama warganya, di samping menikmati juadah dihidangkan, berpakaian cantik seperti Raya di awal Syawal, serta penyampaian duit Raya kepada pelajar-pelajar hasil sumbangan PIBG & AJKnya,
Kami mendoakan semoga kemesraan yang terjalin ini akan terus disemarakkan sebagai satu keluarga besar yg akrab & harmoni demi kebersamaan INTEK ❤️
Anak merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Gema lebaran INTEK penuh seri,
Disambut meriah indah suasana 💫
31/03/2026
𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗔𝗥
𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗞𝗔𝗡 👨🏻🎓👩🏻🎓
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM Batch Al Ikram 2025 atas kejayaan yang dicapai.
Pencapaian ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, sokongan padu ibu bapa, serta dedikasi dan komitmen para guru yang tidak pernah jemu membimbing.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk melangkah lebih jauh menuju kecemerlangan di menara gading.
Kami bangga bersama melakar kecemerlangan
Ar Rushd
06/03/2026
𝗜𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗝𝗔𝗨𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗣𝗠 & 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗬𝗕 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗞
5 Mac 2026 | Alhamdulilah telah diadakan Majlis Iftar Perdana warga pendidik bersama pelajar-pelajar, turut dihadiri AJK PIBG memeriahkan lagi majlis dalam suasana kekeluargaan akrab & harmoni silaturahim.
Program ini bersempena dgn Program Jaulah Ramadhan Komuniti Kementerian Pendidikan yang diadakan Pahang, turut menyambut kehadiran YB Puan Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan yang menunaikan solat terawih berjemaah dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar dalam Program Morey di Dewan Makan Asrama.
Tergambar kemesraan dan sambutan yang cukup meriah di kalangan warga INTEK, semoga ukhwah terjalin ini akan menyemarakkan semangat kekitaan pada bulan Ramadhan penuh kemuliaan & keberkatan ini.
25/02/2026
𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐈𝐁𝐆
𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐑𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢,
𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐢,
𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫𝐢,
Alhamdulillah 🤲 Wa Syukurillah
Tradisi perkongsian rezeki diteruskan lagi,
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, PIBG INTEK menganjurkan Projek Air Balang Ramadhan 1447H
Setiap titisan yang diberi, insyaAllah menjadi saham akhirat.
Setiap sumbangan yang dihulur, menjadi asbab keberkatan buat kita semua.
Jom bersama-sama kita menyumbang dan menyokong usaha murni ini demi kebajikan anak-anak dan komuniti sekolah.
Semoga setiap amal kebaikan yang kita lakukan diganjari pahala berlipat ganda.
20/02/2026
🌛 INFAQ RAMADAN: JUADAH ISTIMEWA & AIR BALANG BUAT PELAJAR INTEK 🍴
Assalamualaikum wbt,
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, marilah kita bersama-sama menyumbang bagi menyediakan Juadah Istimewa Ramadan & Projek Air Balang untuk para pelajar di SBPI Kuantan (INTEK).
Sedekah dan infaq anda bukan sekadar mengenyangkan perut mereka, tetapi juga menjadi bekalan pahala yang berterusan, insyaAllah.
📌 Sumbangan boleh disalurkan melalui:
🏦 No Akaun: 5561 6900 1694
🏦 Nama Bank: MAYBANK
🏦 Nama Akaun: PIBG SBPI KUANTAN
📝 Ref: Infaq Ramadan
Lebihan sumbangan projek juadah istimewa ini akan di gunakan untuk tujuan majlis sambutan raya dan lain-lain.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran berlipat ganda di bulan mulia ini.
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu...” (HR. Tirmidzi)
Jazakumullahu khayran atas keprihatinan dan sokongan anda! 💖
13/02/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝐊𝐄 𝟐𝟑 & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝟐𝟐 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑 & 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀
13 Februari 2026 | Jumaat
Alhamdulilah telah berlangsungnya dua majlis yang bermakna & meriah dirasmikan oleh YH Dato' Mohd Faizal Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
Mesyuarat Agong telah diadakan pada jam 9 pagi mengikut tertib dan aturcara yang telah ditetapkan, membincangkan usul & cadangan yang diutarakan oleh ibu bapa termasuk berkaitan yuran PIBG, kecemerlangan akademik, peningkatan infra & kebaikan pelajar.
Barisan kepimpinan sesi ini terus menerajui kepimpinan PIBG dan meneruskan khidmat demi kesejahteraan INTEK.
Seterusnya, semasa Majlis Anugerah Gemilang, perasmi turut menekankan peranan PIBG & warga pendidik untuk memangkin kecemerlangan akademik, di samping mencipta kejayaan luar daripada kebiasaan untuk menjadikan modal insan INTEK yang berbeza berbanding SBP lain.
Semoga pengiktirafan kepada pelajar cemerlang ini akan membangkitkan motivasi untuk terus mencipta kegemilangan & mendokong agenda sinergi PIBG & warga INTEK.
05/02/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐓𝐔𝐉𝐔
𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔
4 Februari 2026 | 9.00 malam
Telah berlangsungnya Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG INTEK 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dipengerusikan oleh YDP, dan dihadiri Pengetua, Guru² Penolong Kanan & AJK PIBG
Alhamdulilah perbincangan menjurus kepada beberapa agenda, antaranya;
1. Mesyuarat Agong Tahunan akan diadakan pada 13 Februari 2026 (Jumaat)
2. Perbincangan usul & cadangan daripada ibu bapa yang diutarakan hasil maklum balas yang diedarkan
3. Perancangan takwim aktiviti yang melibatkan PIBG sepanjang pelaksanaan aktiviti sekolah
4. Post mortem & respon pelaksanaan Program 2025
5. Syor penambahbaikan tatakelola kewangan & perkara berbangkit yang berkaitan
6. Penambahbaikan kemudahan & peningkatan kapasiti infrastruktur
Pada majlis yang sama turut diadakan majlis penyerahan jersi rasmi PIBG simbolik solidariti batch Ar Rushd pada kali ini, bergerak sederap bersama pihak pengurusan sekolah.
Semoga setiap agenda yang diperbincangkan melingkari kepentingan dan kebajikan pelajar terus menjadi keutamaan PIBG demi memastikan hubungan baik pentadbiran sekolah dgn PIBG memberikan manfaat bersama.
26/01/2026
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗞𝗢𝗣𝗜² 𝗣𝗜𝗕𝗚
𝗠𝗘𝗠𝗘𝗞𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔𝗔𝗡
25 𝓙𝓪𝓷𝓾𝓪𝓻𝓲 | 𝓐𝓱𝓪𝓭
Takwim PIBG 2026 dimulakan dengan Program Sembang Santai sambil bersarapan pagi AJK Ibu Bapa PIBG Ar Rushd.
Selain menyemarakkan silaturahmi yang bersemi, perbincangan santai melingkari perkara berikut, antaranya;
Menyusun semula aktiviti PIBG INTEK untuk taqwim2026 sebelum mesyuarat rasmi PIBG pada Februari 2026.
Dengan menyasarkan fokus kepada program2 untuk menyokong bimbingan dan kecemerlangan pelajar di Intek.
Segala perencanaan yang dirangka akan dibincangkan lebih lanjut bersama pengurusan INTEK demi memastikan agar kerjasama bergerak sederap melibatkan tindakan bersepadu & kolektif.