Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)

Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)

Share

Al-Amin Tahfiz Center (ATACE) ialah Program Tahfiz al-Quran kelolaan Kelab Kelas Tahfiz PIBG Sekolah Menengah Islam al-Amin (SMIAA).

Photos 06/01/2017

Alhamdulillah selesai segala aktiviti Al-Amin Tahfiz Centre (ATACE) yang dirancang sepanjang tahun 2016.

Moga lembaran baru tahun 2017 akan menambah nilai segala kekurangan pada tahun yang lepas. Moga lebih ramai lagi huffaz yang bakal dilahirkan oleh ATACE. In shaa Allah biiznillah.

Photos from Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)'s post 24/11/2016

Sekitar suasana Peperiksaan Akhir Tahun 2016 Al Amin Tahfiz Centre.

Peperiksaan Hafazan Syafawi (Lisan) : 23 November 2016

Peperiksaan Hafazan Tahriri (Bertulis) : 24 November 2016

Photos from Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)'s post 18/11/2016

Alhamdulillah selesai Program Akhir Tahun ATACE sepanjang 2 hari 1 malam yang dimulai dengan jamuan BBQ pada malam 17/11/2016 (Khamis) dan Aktiviti Hiking ke Bukit Broga, Semenyih, 18/11/2016 (Jumaat).

Semoga dengan aktiviti2 yang dijalankan ini dapat merapatkan ukhuwah antara warga ATACE dan meningkatkan semangat anak-anak ATACE supaya lebih gigih dalam menghafaz kalamullah. 😊

Photos from Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)'s post 18/11/2016

Sekitar Program Dan Aktiviti ATACE Sepanjang 2016

2 Jun - 3 Jun 2016

SUKFAZ 2016 (Sukan Huffaz 2016)

Photos from Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)'s post 18/11/2016

Sekitar Progran Dan Aktiviti ATACE Sepanjang 2016

30 Mei 2016 - 9 Jun 2016

Kelas Tahfiz Cuti Sekolah dan Peperiksaan Penggal Pertama ATACE 2016.

Photos from Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)'s post 22/10/2016

Alhamdulillah, Jumaat 21/10/2016, jam 4.30 petang, lahir lagi seorang hafizah al-quran dari ATACE, Nuralya Syazwani Bt Nasarudin Tingkatan 5.
Teruskan mujahadah.
Semoga Al-Quran terus terpahat di hati.

Photos from Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)'s post 17/10/2016

Sekitar Program dan Aktiviti ATACE Sepanjang 2016.

21 April 2016.

Majlis Penyerahan Kulit Buku.

Majlis Penyerahan Kulit Buku merupakan majlis tahunan yang dijalankan ATACE bagi pelajar-pelajar yang telah berjaya melepasi tempoh percubaan kelayakkan sebagai pelajar ATACE. Seramai 30 orang pelajar telah berjaya dan meneruskan perjuangan untuk menamatkan hafazan 30 juz sepanjang berada di Al-Amin.
Moga Allah memberkati usaha dan niat murni mereka. Ameen.

Photos from Al-Amin Tahfiz Center (ATACE)'s post 17/10/2016

Sekitar Program dan Aktiviti ATACE Sepanjang 2016.

15 April 2016.

Seramai 5 orang Pelajar ATACE telah menyertai Pertandingan Hafazan Tahunan yang dianjurkan oleh Sekolah Arab Saudi di Ampang.

Pelajar-pelajar yang mewakili ATACE:

1) Muhammad Amin Fikri (Kategori 30 juz)
2) Fatimah Binti Ahmad Zahid (Kategori 20 juz)
3) Wan Nur Ira Izzah Binti Wan Izani (Kategori 10 juz)
4) Hafsah Binti Mohd Azhar (Kategori 5 juz)
5) Muhammad Haziq Wafiy (Kategori 3 juz)

Tahniah diucapkan atas keberanian pelajar-pelajar ATACE mewakili sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan ini.

Photos 20/08/2016

Alhamdulillah, Pusat Tahfiz Al-Amin / ATACE telah menghantar seramai 8 orang pelajar menyertai Musabaqah Hafazan Al-Quran Maahad Tahfiz Lil Aytam (MAQLIB) dalam saringan pertama di Kuang pagi tadi.

Semoga penglibatan pelajar2 ATACE ini akan lebih memberi motivasi dan pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam usaha memantapkan lagi hafazan mereka. In shaa Allah.

Photos 01/11/2015

Mereka berdua masuk kategori Juzuk 1 - 10. Moga kejayaan mereka menjadi motivasi untuk pelajar lain menggiatkan lagi usaha mereka dalam bidang hafazan AlQuran.

Memorize AlQuran. Your life will never be the same.

Photos 01/11/2015

Dan Wan Nur Ira Izzah merangkul gelaran Naib Johan, Alhamdulillah

Want your school to be the top-listed School/college in Kuang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Lot 2978 Lorong Melati
Kuang
48050