03/04/2026
Sinergi Memacu Prakarsa Pendidikan Terengganu dan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035: Nadi Transformasi Pembentukan Modal Insan Sejahtera.
Melalui Siri Bicara Profesional Pengarah Pendidikan ini, gagasan "Memacu Prakarsa Pendidikan" di negeri Terengganu ditegaskan bukan sekadar slogan, sebaliknya merupakan satu perancangan besar yang menyokong penuh tujuh teras strategik dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.
Pelan taktikal Terengganu ini digerakkan melalui tujuh prakarsa utama yang holistik dan senada dengan RPM, termasuklah inisiatif "GMT elitis" yang dirangka khusus untuk menggilap potensi murid menjadi modal insan kelas pertama. Secara tuntasnya, kesepaduan antara pelan-pelan pendidikan ini bermatlamat untuk menterjemahkan impak keberhasilan sebenar iaitu pembentukan "insan sejahtera".
Pembentukan modal insan ini merangkumi pembinaan watak generasi yang mendahulukan adab sebelum ilmu, cintakan pelajaran, berkemahiran, berdaya tahan, serta berkeyakinan tinggi demi mencorakkan masa depan negara yang lebih cemerlang.