PASTI DUN Wakaf Mempelam

Contact the school

PASTI DUN Wakaf Mempelam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI DUN Wakaf Mempelam, School, Kuala.

📖✨ TAKLIMAT TAJWID PRO SIRI KE-2Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Tajwid Pro Siri Ke-2  pada 16 September 2026 b...
17/09/2026

📖✨ TAKLIMAT TAJWID PRO SIRI KE-2

Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Tajwid Pro Siri Ke-2 pada 16 September 2026 bertempat di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai.

Pengisian kali ini memberi fokus kepada Buku Nurul Quran 3 & 4 serta hukum bacaan, di samping mendalami ilmu sifat dan makhraj huruf bersama penceramah, Ustaz Hafizul.

“Ilmu itu pelita, membimbing langkah yang mencari jalan, dan Al-Quran itu cahaya, menerangi hati yang mendekatinya.”

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan dalam memperkemas bacaan Al-Quran, serta dapat disampaikan dan dimanfaatkan dalam pembelajaran anak-anak PASTI.

Menuntut ilmu bukan sekadar untuk tahu, tetapi untuk diamal dan diwariskan manfaatnya.

Memperingati Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, malah menjadi satu p...
07/09/2026

Memperingati Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, malah menjadi satu peluang untuk kita mengenali, menghayati dan mencontohi keperibadian Baginda dalam kehidupan seharian. 🤍

Semoga dengan memperingati Maulidur Rasul, kita dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ dalam hati anak-anak sejak kecil serta mendidik mereka untuk mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. 🌹

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞-𝟔𝟗 🇲🇾Merdeka bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi turut menghayati nil...
30/08/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞-𝟔𝟗
🇲🇾

Merdeka bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi turut menghayati nilai perpaduan, kasih sayang dan semangat cintakan tanah air dalam kehidupan seharian.

Marilah kita bersama-sama menyemai semangat cinta akan agama, bangsa dan negara dalam jiwa anak-anak sebagai generasi pewaris Malaysia.

Semoga negara kita terus dikurniakan keamanan, perpaduan dan kesejahteraan, agar nikmat kemerdekaan dapat terus dirasai dan dinikmati oleh seluruh rakyat.

24/08/2026

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐖𝐀 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖 | 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐁𝐈𝐔𝐋𝐀𝐖𝐖𝐀𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:



إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

(al-Ahzab: 56)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Sedikit demi sedikit, kita bina keyakinan, keberanian dan semangat anak-anak. Bukan mudah, tapi insya-Allah setiap usaha...
18/08/2026

Sedikit demi sedikit, kita bina keyakinan, keberanian dan semangat anak-anak. Bukan mudah, tapi insya-Allah setiap usaha ini akan membuahkan sesuatu yang indah.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Lancarkanlah latihan anak-anak kami, tenangkan hati mereka dan kurniakanlah keyakinan ketika berada di pentas nanti.

Bismillah, kita usaha sebaiknya. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa.


KEPUTUSAN ALAM RIA DUN WAKAF MEMPELAM 20261) NASYID- PASTI AS SABIQUN2) KALAM JAMAIE- PASTI AS SABIQUN3) HAFAZAN (L)- PA...
07/08/2026

KEPUTUSAN ALAM RIA DUN WAKAF MEMPELAM 2026

1) NASYID
- PASTI AS SABIQUN

2) KALAM JAMAIE
- PASTI AS SABIQUN

3) HAFAZAN (L)
- PASTI AL EHSAN
(Engku Ahmad Afi Anaqi bin Engku Ahmad Tamimi)

4) HAFAZAN (P)
- PASTI AR RAHMAN
(Amni Fatini bt Ahmad Farhan)

5) AZAN
- PASTI AR RAHMAN
(Abdullah Muhammad bin Md Fakhrurozi)

6) KHUTBAH
- PASTI PINTAR
(Adam Zafri bin Mohd Sauti)

7) PIDATO
- PASTI AR RAHMAN
(Nur Mardhiyyah Athiyyah bt Ahmad Shahrir)

8) BERCERITA (L)
- PASTI PINTAR
(Muhammad Waiz Aqil bin Mohd Amiruddin)

9) BERCERITA (P)
- PASTI DARUS SALAM
(Nur Salsabila Auliya bt Mohd Shahrul Anuar)

10) SAJAK (L)
- PASTI DARUS SALAM
(Muhammad Izz Harith bin Zahid)

11) SAJAK (P)
- PASTI DARUS SALAM
(Nur As Syifaa Hafiya bt Mohd Saiful Anuar)

📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (KALAM JAMAIE)Satu suara mungkin biasa, tetapi bila bergema bersama, aura...
07/08/2026

📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (KALAM JAMAIE)

Satu suara mungkin biasa, tetapi bila bergema bersama, auranya terasa luar biasa.

Tahniah kepada semua peserta Kalam Jamaie! Persembahan yang dipersembahkan ini bukan sekadar hafalan, tetapi hasil latihan, keserasian dan keberanian untuk menyampaikan mesej yang penuh makna.

Teruskan melangkah, teruskan berani bersuara dan terus sebarkan kebaikan.

📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (KHUTBAH) Bila anak kecil mula berani menyampaikan peringatan, di situlah...
06/08/2026

📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (KHUTBAH)

Bila anak kecil mula berani menyampaikan peringatan, di situlah lahirnya harapan untuk masa depan ummah. 🌿

Tahniah kepada semua peserta Khutbah. Sangat bangga melihat keberanian dan kesungguhan kalian menyampaikan amanah di atas pentas.

Semoga Allah terus memelihara lisan kalian agar sentiasa berkata benar, mengajak kepada kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Aamiin. 🤲💚



📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (SAJAK) Di sebalik setiap bait sajak, tersimpan sebuah cerita, harapan da...
06/08/2026

📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (SAJAK)

Di sebalik setiap bait sajak, tersimpan sebuah cerita, harapan dan pengajaran.

Tahniah buat semua peserta Sajak atas keberanian dan usaha yang dipamerkan. Setiap rangkap yang disampaikan hari ini bukan sekadar dihafal, tetapi dihayati dengan penuh semangat.

Semoga pengalaman ini menjadi langkah awal untuk terus membina keyakinan dan keberanian dalam diri anak-anak. 🌸✨




📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (BERCERITA)Hebatnya anak-anak ini... bukan sekadar pandai bercerita, teta...
06/08/2026

📷 LENSA ALAM RIA PASTI DUN WAKAF MEMPELAM 2026 (BERCERITA)

Hebatnya anak-anak ini... bukan sekadar pandai bercerita, tetapi membawa kisah-kisah daripada Al-Quran. 🥹📖

Tahniah kepada semua peserta acara Bercerita. Semoga setiap kisah yang dipelajari hari ini bukan hanya dihafal, tetapi difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Kerana sebaik-baik cerita ialah cerita yang membawa kita lebih dekat kepada Allah. 🤍✨




Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI DUN Wakaf Mempelam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI DUN Wakaf Mempelam:

Shortcuts

Share