15/06/2026
๐ Sambung Pengajian ke Peringkat Tertinggi Bersama UniSIRAJ!
๐ Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam kini dibuka untuk pengambilan Februari & September.
๐น Mod Pengajian: Penyelidikan
๐น Fakulti: Fakulti Pengajian Islam (FPI)
๐น Tempoh Pengajian:
โ
Sepenuh Masa: 3 โ 6 Tahun
โ
Separuh Masa: 4 โ 8 Tahun
๐ Bidang penyelidikan yang ditawarkan merangkumi: โ๏ธ Fiqh dan Usul Fiqh
โ๏ธ Fiqh Muamalat dan Kewangan Islam
โ๏ธ Ulum al-Quran & Tafsir
โ๏ธ Ulum Hadis & Fiqh Hadis
โ๏ธ Siyasah Islamiyyah
โ๏ธ Tamadun Islam
โ๏ธ Usuluddin dan Pemikiran Islam
โ๏ธ Metodologi Dakwah Kontemporari
โ๏ธ Dan pelbagai lagi bidang penyelidikan berkaitan.
๐ Terbuka kepada pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengajian Islam, Bahasa Arab atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
๐ฏ Jadikan impian anda sebagai penyelidik dan ilmuwan Islam satu realiti bersama Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).
๐ฒ Imbas kod QR pada poster atau layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut.
15/06/2026
BERITA UniSIRAJ | THE 4TH CONFERENCE OF SOUTHEAST ASIAN SCHOLARS 2026: PELAJAR UniSIRAJ UKIR KEJAYAAN HAFALAN HADIS
KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 โ Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus memantapkan keterlihatan warganya di peringkat antarabangsa melalui penglibatan seramai 26 orang pelajar dalam The 4th Conference of Southeast Asian Scholars 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 13 Jun 2026. Pergerakan dan kebajikan delegasi sepanjang program diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (JPPJK) bersama pegawai-pegawai pengiring.
๐ธ LENSA UniSIRAJ:
https://www.facebook.com/share/p/1E2cvtFUjf/?mibextid=wwXIfr
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/
15/06/2026
PELAJAR UniSIRAJ @ THE 4TH CONFERENCE OF SOUTHEAST ASIAN SCHOLARS 2026
Tahniah diucapkan kepada delegasi pelajar Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) atas penglibatan impak tinggi dalam The 4th Conference of Southeast Asian Scholars 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 13 Jun 2026.
Persidangan berprestij anjuran Muslim World League (MWL) ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, serta turut dihadiri oleh Setiausaha Agung MWL merangkap Pengerusi Organization of Muslim Scholars, Tuan Yang Terutama Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan.
Suasana persidangan ulamak serantau ini menjadi lebih membanggakan apabila dua orang pelajar UniSIRAJ, iaitu Idris Sani Inuwa dan Nurulil Ismi Suraeni Rezky, turut diraikan di pentas utama dalam Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan โHadith Memorization Competitionโ.
Pertandingan sengit anjuran pejabat MWL Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini telah menyaksikan kedua-dua wakil UniSIRAJ berjaya merangkul kedudukan keempat daripada 150 orang peserta seluruh negara, sekali gus membawa pulang ganjaran berupa satu gram emas setiap seorang.
Pihak universiti juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (JPPJK) serta pegawai-pegawai pengiring yang komited menguruskan kelancaran logistik dan kebajikan kesemua 26 orang delegasi pelajar sepanjang program berlangsung di Kuala Lumpur.
Semoga pengiktirafan dan kejayaan ini menjadi inspirasi serta pemangkin semangat buat seluruh warga kampus untuk terus memburu kecemerlangan di peringkat tertinggi.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/
13/06/2026
BERITA UniSIRAJ | DELEGASI UniSIRAJ HADIRI THE 3RD INTERNATIONAL SUMMIT OF RELIGIOUS LEADERS 2026
KUALA LUMPUR, 12 Jun 2026 โ Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus memperkukuh peranannya di peringkat global melalui penyertaan delegasi pengurusan tertinggi universiti ke The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026. Persidangan bertaraf dunia itu berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
๐ธ LENSA UniSIRAJ:
https://www.facebook.com/share/p/1BN1nRauRE/?mibextid=wwXIfr
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/
13/06/2026
UniSIRAJ @ THE 3RD INTERNATIONAL SUMMIT OF RELIGIOUS LEADERS 2026
Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus memperkukuh peranannya di peringkat global melalui penyertaan delegasi universiti ke The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 Jun 2026.
Membawa tema โReligious Leaders and Youth Empowermentโ, sidang kemuncak bertaraf dunia ini menjadi platform penting bagi tokoh agama dan cendekiawan global memperkukuh dialog demi memupuk keamanan serta keharmonian sejagat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan, dan turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, serta Setiausaha Agung Muslim World League, Tuan Yang Terutama Datoโ Seri Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa.
Delegasi rasmi UniSIRAJ telah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Jaringan Global, Profesor Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil, serta turut disertai oleh barisan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (EXCO), pengarah-pengarah jabatan, dan pensyarah universiti. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan UniSIRAJ dalam menyokong agenda pemerkasaan belia dan meluaskan jaringan kolaborasi strategik di peringkat antarabangsa.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - facebook.com/
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/
12/06/2026
BERITA UniSIRAJ | BATTLE OF SCHOLAR 2026: PELAJAR FMPT BERDAYA SAING DI PERINGKAT SERANTAU
KUALA PERLIS, 12 Jun 2026 โ Fakulti Muamalat, Pengurusan dan Teknologi (FMPT), Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) sekali lagi mengorak langkah dalam agenda pengantarabangsaan apabila pensyarah dan pelajar fakulti tersebut menyertai program debat antarabangsa Battle of Scholar 2026 yang berlangsung secara dalam talian pada 10 hingga 11 Jun 2026.
๐ธ LENSA UniSIRAJ:
https://www.facebook.com/share/p/15ySwPkxRmb/?mibextid=wwXIfr
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/
12/06/2026
PROGRAM DEBAT ANTARABANGSA | BATTLE OF SCHOLAR 2026
Delegasi Fakulti Muamalat, Pengurusan dan Teknologi (FMPT), Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang terdiri daripada barisan pelajar dan pensyarah telah melakar penglibatan cemerlang dalam program debat antarabangsa Battle of Scholar 2026 yang berlangsung secara dalam talian pada 10 hingga 11 Jun 2026.
Program bertaraf serantau ini merupakan anjuran Fakulti Ekonomi dan Bisnis, Universitas Tanjungpura (UNTAN), Indonesia dengan kerjasama Business and Management Sciences Student Association (BASIS) dan Student Society of Muamalat & Islamic Finance (SMIF), UniSIRAJ.
Penglibatan delegasi FMPT kali ini membuahkan hasil yang sangat membanggakan apabila wakil universiti berjaya membawa pulang anugerah utama pertandingan:
โช๏ธAnugerah Best Speaker: Saudari Annisa Sharfina Zahra
โช๏ธAnugerah Best Team: Pasukan Dollar 18K (Diwakili oleh Saudara Ahmad Dzubyan Shidqi)
Selain pencapaian pelajar, kepercayaan yang diberikan kepada beberapa pensyarah FMPT sebagai panel juri turut mengiktiraf kualiti akademik warga universiti, sekali gus memperkukuh hubungan strategik melalui Surat Hasrat (Letter of Intent - LoI) yang telah dimeterai sebelum ini.
Kejayaan berganda ini menjadi bukti komitmen berterusan FMPT dalam menerapkan kualiti pendidikan terbaik demi melahirkan graduan yang kompetitif, berketerampilan, dan berupaya mengharumkan nama UniSIRAJ di peringkat antarabangsa.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/
12/06/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐
Berminat mendalami bidang Muamalat dan Kewangan Islam serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Islam? UniSIRAJ membuka peluang kepada anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana secara penyelidikan.
โจ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฉ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐๐ง๐ข๐๐๐๐๐?
โ
๐๐จ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง
โ
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ
โ
๐
๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐ข๐๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐ญ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐
โ
๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐จ๐ค๐ ๐ข๐ฌ๐ฎ-๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ค๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ
๐ Antara Bidang Penyelidikan
โข Kewangan Islam
โข Perbankan Islam
โข Takaful
โข Pelaburan Islam
โข Ekonomi Islam
โข Pengurusan Islam
โข Wakaf
โข Harta Pusaka
โข Dan lain-lain bidang berkaitan
๐
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง: ๐
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ซ๐ข & ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ
โณ Tempoh Pengajian
๐ Sepenuh Masa: 2 โ 4 Tahun
๐ Separuh Masa: 3 โ 5 Tahun
Boleh isi permohonan anda di sini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0041
๐ Hubungi Kami:
04-9851150
๐ www.unisiraj.edu.my
Di Sini Pencinta Sunnah Dilahirkan
11/06/2026
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI GURU TAKMIR NEGERI PERLIS (LANTIKAN BAHARU)
Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pensyarah universiti atas pelantikan sebagai Guru Takmir Negeri Perlis (Lantikan Baharu).
Tahniah diucapkan kepada:
๐น Ustaz Ali bin Abdul Jalil
Pensyarah Fakulti Al-Quran dan Sunnah (FQS), UniSIRAJ
๐น Ustaz Ahmad Akmal bin Wan Muhayudin
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam (FPI), UniSIRAJ
Seluruh warga universiti mendoakan agar pelantikan ini menjadi wadah untuk terus menyebarkan ilmu yang bermanfaat, menyemarakkan syiar Islam, serta berbakti demi kemaslahatan masyarakat khususnya di Negeri Perlis.
Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan memikul amanah ini.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/