03/06/2026
HUH, PUAS HATI TENGOK
Nak bukak sekolah dah kita ni. Team pengurusan sempatlah mandi peluh kejap pagi tadi, dengan menebas dua batang pokok yang berada di luar premis PASTI Darul Amilin.
Pengurus siap bawa dua jentera cilik lagi untuk turut sama gotong-royong tadi.
Walaupun banyak kerengga, tapi kami seronok dan puas hati dapat cantas 2 pokok ini yang tumbuh membesar, menutupi signboard PASTI, menghalang pandangan orang menaiki kenderaan serta memberi ancaman kepada warga PASTI.
Seronoklah murid dan muallimah nanti bukak sekolah isnin depan.
PASTI DARUL AMILIN PUNCAK ALAM