De'sufiyyah Team - Laman Rasmi

De'sufiyyah Team - Laman Rasmi

Share

Page ditubuhkan adalah untuk berkongsi kuliah live, video dakwah, n isu semasa berkaitan dakwah.

06/12/2022

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah menziarahi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9, 10, 11, 12 di mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

KAMI DE'SUFIYYAH TEAM MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG SEDANG DAN AKAN MENUNAIKAN IBADAH UMRAH TERUTAMANYA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

05/12/2022

YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hadir ke IPD Sentul, Kuala Lumpur bagi memberi keterangan pada hari ini, 5 Disember 2022.

Hadir sama, YB Syahir Sulaiman, YB Muhammad Khalil Abdul Hadi, peguam Wan Rohimi Wan Daud serta YB Datuk Awang Hashim.

Sumber : HarakahDaily

06/12/2021

Jom berdoa kepada Allah swt..

11/05/2020

((1 Hari 1 Fatwa))

Pelbagai hukum-hakam berkaitan puasa oleh mantan m***i WP sepanjang bulan Ramadhan 1441 H.

✓ Pengsan Dibius Adakah Membatalkan Puasa?



09/05/2020

((1 Hari 1 Fatwa))

Pelbagai hukum-hakam berkaitan puasa oleh mantan m***i WP sepanjang bulan Ramadhan 1441 H.

✓ Hukum Menjemput Non Muslim Berbuka Puasa



04/05/2020

((1 Hari 1 Fatwa))

Pelbagai hukum-hakam berkaitan puasa oleh mantan m***i WP sepanjang bulan Ramadhan 1441 H.

✓ Solat Terawih Sambil Memegang & Membaca Mushaf



03/05/2020

03/05/2020
Siri 11: Qada dan Qadar

Urat saraf anda tidak akan tenang, kegoncangan jiwa anda tidak akan dapat lapang dan kegelisahan anda tidak akan hilang, sehingga anda beriman dan percaya dengan qada dan qadar.

Segala ketentuan Illahi telah digariskan dan telah ditentukan dalam setiap langkah anda. Jangan biarkan diri anda kesal dan jangan pernah anda berprasangka bahawa anda mampu menghentikan dinding supaya tidak jatuh, menahan air supaya tidak mengalir, menahan angin supaya tidak bertiup, dan menjaga kaca supaya tidak pecah.

Ini adalah tindakan dan sikap yang tidak benar, walaupun hak itu tidak kita inginkan. Apa yang telah ditentukan akan tetap terjadi. Apa yang telah diputuskan tetap akan berlaku. Dan apa sahaja yang telah ditulis oleh ALLAH tetap akan terlaksana.

La Tahzan
Dr. Aidh Al-Qarni



Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Terengganu
21100