07/06/2024
Ucapan terima kasih tak terhingga kepada para Doktor dan jururawat Hospital Tengku Azizah yang selama 1 tahun 6 bulan (Disember 2022- Mei 2024) tak jemu merawat arwah MD. FARREL LUQMAN walaupun harapan sembuh sangat tipis. Mereka semua seperti ibu ayah abang dan kakak arwah selama di wad melayan segala permintaan arwah, walaupun jam 2 pagi, doktor bertugas dengan baju tidor datang menjenguk arwah yang kesakitan. Bayak kenangan bersama mereka. Allah lebih menyayangi arwah. Moga dia tenang disana. Sedikit buat tangan sekadar tanda terima kasih dari kami utk doktor dan jururawat rawat.. moga Allah membalas segala jasa baik semua dengan nikmat yang lebih besar.
25/05/2024
Bawa anak2 iktiraf kat surau 3 hari.. dulu ber4, skg tinggal 3.. Tak pe abang long dah selamat sampai ke tampat yg kami idamkan. Moga kami ber3 pun dapat apa yg along dapat.. rindu abang long,,๐ญ
24/05/2024
Dalam suatu peristiwa, Rasulullah SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam syurga. Antara yang baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi yang di sekelilingnya dipenuhi kanak-kanak. Malaikat menerangkan kepada Nabi:
ูุฃู
ุง ุงูุฑุฌููู ุงูุทููููู ุงูุฐูู ููู ุงูุฑูุถุฉู ูุฅูููู ุฅูุจุฑุงูููู
ู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ูุฃู
ุง ุงููููุฏุงูู ุงูุฐููู ุญูููู ููููู ู
ููููุฏู ู
ุงุช ุนูู ุงูููุทุฑุฉู โ
Maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Nabi Ibrahim SAW, dan sekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang meninggal dunia pada waktu kecil). Maka semua yang dilahirkan pada waktu kecil itu mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). [Hadis riwayat al-Bukhari (7047)]
Walaupun abaty tau farel dah bersama wildan di syurga, tapi abaty hadiahkan juga tahlil & yasin untuk ubati kerinduan juga sebagai buat tangan utk farel.
Bila abaty balik rumah, rasa nak jengok je farel, rasa arwah masih ada kt rumah macam anak2 lain.. bukan tak redza tapi rasanya masih rindu... Al Fatihah.
11/05/2024
Perjalanan terakhir anakku Mohammad Farrel Luqman. Abaty umi redza ketentuanNya. Tenang anak ku di sana setelah penat menempuhi ujian berat didunia ini. Alfatihah
30/03/2024
Alhamdulillah rezki hari ni..nasi ayam. Terima kasih para penyumbang berkongsi rezki yg Allah limpahkan. Kami anak-anak tahfiz mendoakan agar para penyumbang semua dimurahkan rezeki dan dirahmati selalu
12/03/2024
Terima Kasih Cikgu kelas Md Farrel dari sekolah Menengah Kg Bkt Kuching sudi meluangkan masa menziarahi dan berdoa utk kesihatan anak. Moga membawa rahmat dan keceriaan
Hanya daftar je tp masih tak dpat hadir ke sekolah . Insyaallah ada rezki boleh jumpa di sekolah
26/02/2024
Farel dah dibenarkan balik.. Boleh la bersamaยฒ adik yg lain menjalani kehidupan yg hakikatnya menghitung hari... Kami tahu dia sedang berjuang sepenuh nyawa walaupun dlm senyum. Cukup lah Allah sahaja utk kami. Tq Uncle Kentang bawa anak kami pulang tampa balasan apaยฒ
30/01/2024
Alhamdulillah seorang pelajar perempuan Nur Dania Nabila Binti Ahmad Firdaus
kami telah selesai menamatkan Hafazan Al Quran 30 juz selama 2 tahun di tahfiz kami. Tahniah diucapkan kepada beliau asatizah serta ibubapa juga para penyumbang yg telah samaยฒ berusaha dan berdoa sehingga beliau dapat menamatkan hafazan dg jayanya.
20/12/2023
Alhamdulillah Allah gerakan hati perderma untuk mewaqafkan kereta bagi kegunaan tahfiz. Moga berkekalan pahalan jariah penderma ini.
14/12/2023
HARI INI BERLANGSUNG IMTIHAN/PEPERIKSAAN FARDZU AIN BAGI PELAJAR LELAKI.
Moga dipermudahkan ujian ini