07/09/2025
Aplikasikan Dalam Kehidupan Seharian, "Kerana Sabar Itu Tiada Batas.. "
Konsep layan & bersabar tidak hanya sekadar teori, tetapi perlu diamalkan dalam kehidupan seharian antaranya ;
📌Dalam keluarga – bersabar dengan kerenah pasangan & anak², melayan mereka dengan kasih sayang walaupun kadangkala sangat memenatkan..
📌Dalam kejiranan – melayan jiran dengan penuh hormat, walaupun ada yang berbeza agama atau sering menimbulkan masalah..
📌Dalam pekerjaan – bersabar dengan tekanan rakan sekerja atau pelanggan & hanya memilih untuk melayan mereka dengan senyuman..
📌Dalam masyarakat – Untuk mengelakkan pertengkaran & pertelingkahan serta membalas kejahatan dengan kebaikan sebagaimana contoh terbaik iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri suri taulan terbaik..
Melayan & bersabar adalah 2 sifat yang saling berkait,andai ada melayan tanpa sabar akan melahirkan kepura-puraan, sementara sabar tanpa melayan dengan baik akan menimbulkan kesunyian & jurang sesama manusia.. Jadi gabungan keduanya adalah membentuk akhlak mulia yang menjadi hiasan utama seorang mukmin..
Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa akhlak yang baik mampu melembutkan hati manusia, bahkan membuka pintu hidayah kepada mereka yang paling keras menentang Islam..Oleh itu, melatih diri untuk melayan orang lain dengan akhlak yang baik & sabar dalam menghadapi ujian, kerana inilah jalan menuju keredhaan Allah SWT..
Melayan & bersabar bukan sekadar adab, tetapi ia adalah ibadah tingkatan tertinggi bagi hati yang tak ternilainya di sisi Allah.. Semakin banyak kita melatih diri, semakin kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW,maka semakin tenang kehidupan kita bukan sekadar di dunia sekaligus kebahagiaan dikecapi di akhirat kelak..
Firman Allah SWT ;
"Sesungguhnya Allah bersama orang² yang sabar.."
(Surah Al-Baqarah ayat 153)