29/04/2026
Rumah Hijau mewakili Stesen Minyak Petronas
OFFICIAL PAGE AND MAIN GALLERY FOR SK SERI PRISTANA OFFICIAL PAGE OF SK SERI PRISTANA
29/04/2026
Rumah Hijau mewakili Stesen Minyak Petronas
27/04/2026
Rumah Kuning mewakili Stesen Minyak Shell
26/04/2026
Rumah Merah mewakili Stesen Minyak Buraqoil
26/04/2026
Pasukan perbarisan rumah Biru
dengan tema Stesen Minyak Petron
26/04/2026
Perbarisan dimulai dengan pembawa bendera kejohanan seterusnya perbarisan daripada pasukan murid Pendidikan Khas yang mewakili rumah ungu
26/04/2026
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SERI PRISTANA KALI KE 14/2026
Cerita hari sukan kita...
Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi- 3.00 petang
Tempat: SMK Bandar Saujana Utama 2
Tahniah unit Kokurikulum SK Seri Pristana atas penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan Tahun ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Tidak dilupakan juga kepada pihak PIBG SK Seri Pristana yang sentiasa berganding bahu bersama warga sekolah. Ini membuktikan, anak- anak SKSP bukan sahaja hebat dalam bidang akademik malah turut hebat dalam bidang sukan!
Terima kasih semua. Sampai bertemu lagi pada Kejohanan STS pada tahun hadapan. Kami rangkumkan semua gambar-gambar kenangan STS di dalam album ini. Semoga ia menjadi memori untuk dikenang🙂
24/04/2026
KEJOHANAN SUKANEKA PRASEKOLAH 2026
Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat: Arena Pristana
24/04/2026
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIA (TASEEM) PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2026
Tarikh: 21 April 2026 (Rabu)
Tempat: SMK Bandar Saujana Utama 2
Pencapaian: KELIMA peringkat daerah
Tahniah diucapkan kepada pasukan tarian sekolah atas pencapaian yang sangat membanggakan. Terima kasih jurulatih dan ibubapa yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sokongan padu kepada pasukan tarian sekolah. Semoga lebih maju jaya di masa akan datang. 👏👏👏
23/04/2026
MAKLUMAN: KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SERI PRISTANA KALI KE-14
​Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SK Seri Pristana akan menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan seperti ketetapan berikut:
​Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 7.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat: Padang SMK Bandar Saujana Utama (2)
​Sehubungan dengan itu, semua murid dijemput hadir bagi memeriahkan suasana kejohanan dan memberikan sokongan kepada rumah sukan masing-masing.
Pihak sekolah juga akan mengadakan Acara 4x100m Terbuka/Ibu Bapa. Tuan/puan yang berminat untuk menyertai acara ini boleh mendaftarkan diri di meja urus setia pada hari kejohanan. Kehadiran tuan/puan bukan sahaja untuk menyokong anak-anak, malah dialu-alukan untuk turut serta dalam memeriahkan semangat kesukanan kita.
​Mohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan anak-anak memakai pakaian sukan yang lengkap dan menjaga keselamatan sepanjang program berlangsung.
​Terima kasih atas sokongan dan kerjasama tuan/puan.
22/04/2026
KARNIVAL CEMARA SENI (Peringkat Akhir ) GENTA SUARA SOLO DAN DUO SEKOLAH RENDAH/ SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT PPD KUALA SELANGOR 2026
Tarikh : 20 April 2026 (Isnin)
Tempat: SMK Bandar Saujana Utama 2
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Pencapaian:
🏅KEEMPAT (Solo Tradisional)
Lis Luvena Aishah bt Muammar Aquita
🥇JOHAN (Duo Tradisional)
1.Ainur Syasya bt Sakri
2.Nur Saffa Zaheera bt Mohd Tarmizi
Tahniah diucapkan kepada peserta Genta Suara SKSP atas kejayaan yang sangat membanggakan. Terima kasih jurulatih dan ibubapa yang sentiasa menyokong minat dan bakat anak-anak "bersuara emas" ini.