Madrasah Tahfizul Quran Miftahul Ulum K.Terengganu
Insyaallah bangunan baru Madrasah Tahfizul Quran Miftahululum sudah hampir siap.
Syukur pada yang menderma untuk Madrasah ni, anda adalah pembela kepada pemegang2 syiar Islam yang akan memimpin umat Islam satu hari nanti Insyaallah.
07/06/2024
07/06/2024
Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar.
Selamat datang ke page facebook rasmi kami Madrasah Tahfizul Quran Miftahul Ulum.
Terima kasih kerana sudi ikuti page kami. InsyaAllah sama-sama kita sebar kebaikan & manfaat.
Sebagaimana yang diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
"Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu bertolong-tolong pada jalan yang membawa kepada dosa dan juga permusuhan."
Dari ayat tersebut di atas, dapat kita fahami bahawa hidup di dunia ini perlu kerja sama antara satu sama lain, bersatu dalam kegiatan hidup, dalam ketaatan kepada Allah dan Rasulullah saw.

KELEBIHAN SEORANG HAFIZ QURAN DUNIA & AKHIRAT
-----‐-------------------------------------------------------------------
Hafiz merupakan gelaran yang diberikan kepada seorang penghafaz Quran. Mereka merupakan insan yang mengorbankan Masa & Tenaga, Jiwa & Raga untuk menjaga Quran di dalam dada mereka.
Menghafaz Quran merupakan satu perbuatan dimana seorang hambaNya ingin mendapat keredhoan Allah SWT. Antara kelebihan seorang penghafaz Quran adalah :-
1) Mereka diangkat sebagai Pemimpin.
Maksud hadith : "Jika kalian berjumlah 3 orang (hendak solat berjemaah), hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafazan menjadi imam".
2) Mereka dianugerahkan hati & fikiran yang lapang.
Penghafaz Quran sentiasa "murojaah" (mengulang bacaan Quran) untuk menjaga hafazan. Oleh hal demikian, hati mereka sentiasa mengingati ALLAH SWT & insyaAllah mendapat ketenangan.
(Surah Ar-Ra'd ayat 28).
3) Mereka merupakan insan istimewa pilihan ALLAH SWT.
Maksud hadith : Dari Anas R.A. "Allah itu mempunyai keluarga dari kalangan manisia". Siapa mereka itu ya Rasulullah? "Iaitu ahli Al Quran (i.e. orang yang membaca atau menghafaznya dan mengamalkan isi kandungannya), merekalah keluarga ALLAH & orang yang istimewa disisi ALLAH SWT." - Riwayat Ibnu Majah.
4) Mereka dapat memberi Syafaat kepada ahli keluarga.
Maksud hadith : "Sesiapa yang membaca Quran & menghafaznya, ALLAH akan memasukannya ke dalam syurga & memberikannya hak syafaat untuk 10 orang ahli keluarga...."
- Riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasa'i.
5) Mereka bakal mendapat Syurga tertinggi.
Maksud hadith : Daripada Aishah R.A., Rasulullah bersabda "Jumlah tingkatan² syurga sama dengan jumlah ayat² Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki orang yang hafaz Quran adalah yang paling atas, tiada tingkat lagi sesudah itu."
- Riwayat Al-Baihaki & Al-Hakim.
Banyak lagi kelebihan buat orang yang hafaz atau berusaha untuk hafaz Quran. Moga kita sebagai anak atau ibu-bapa beriltizam untuk menghafaz Al Quran.
"1 Keluarga, 1 Hafiz/Hafizah Quran"
Moga bermanfaat.
07/06/2024
Insya Allah bangunan baru Madrasah Tahfizul Quran Miftahul ulum sudah hampir siap.
Syukur pada yang menderma untuk Madrasah ni, anda adalah pembela kepada pemegang2 syiar Islam yang akan memimpin umat Islam satu hari nanti Insyaallah.
Kini kami sedang menyediakan kelengkapan yang sepatutnya untuk menyempurnakan Madrasah ini termasuk kos penyelenggaraan dan kos pengurusan.
Insyaallah pasti dirahmati oleh Allah SWT ☺
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
Kuala
21070