Celik Quran Bestari

Celik Quran Bestari Program CQB menyediakan aktiviti permainan bahasa al-Quran yang menyeronokkan Penerapan nilai-nilai al-Quran penting dalam membentuk insan kamil. Salleh 1997).

PENGENALAN

Al-Quran adalah satu sumber yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Pendidikan al-Quran bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil dan bersatu berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran matang dan hidup mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Matlamat terpenting pendidik

an al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran dan pemahaman bahasa al-Quran mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. Memahami serta menghafaz bahasa al-Quran adalah penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Ab. Fatah Hasan 1995). Memahami bahasa al-Quran memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak. PERMASALAHAN KAJIAN

Namun di sebalik keghairahan ini, terdapat p**a kekecewaan dalam kalangan masyarakat kerana kegagalan mereka menghafaz dan memahami al-Quran dalam masa tertentu. Memandangkan kesukaran dalam menghafaz dan memahami isi kandungan ayat al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bersistematik dan mudah bagi mengatasi masalah ini (Mohd Fazri 1999). Kaedah pembelajaran tradisional atau lebih kepada pemusatan guru masih banyak lagi dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Aziz Deraman (1997), pendidikan berasaskan pendekatan pedagogi klasik yang berpusatkan guru, yang diamalkan selama ini perlu mengalami perubahan. Tambahan p**a zaman untuk membaca hanya dari buku semata-mata telah berlalu (Noor Azlina 2001). KESIMPULAN

Dalam usaha melahirkan generasi yang celik al-Quran, Beberapa Permainan Bahasa Al-Quran direka bentuk untuk menjadikan bahasa al-Quran dapat diingati dan difahami maknanya. Modul ini adalah untuk membantu untuk menguasai bahasa al-Quran menggunakan pendekatan permainan bahasa dan dijadikan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pengkhususan kepada beberapa perkataan Arab di dalam al-Quran atau dikenali sebagai Bahasa al-Quran. Modul ini diharapkan dapat membantu dan memudahkan pelajar untuk memahami dan mendalami ilmu al-Quran dengan lebih berkesan lagi. Penghasilan Modul Bahasa al-Quran nanti diharapkan memberi peluang alternatif kepada pelajar sekolah untuk menguasai bahasa al-Quran dengan menggunakan pendekatan permainan. Tanpa disedari dengan bermain serta berhibur pelajar dapat menggunakan daya kognitif, afektif dan psikomotor mereka untuk menerima sesuatu pembelajaran. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa pelajaran yang disampaikan melalui pendekatan bermain dapat membantu pelajar dalam belajar bahasa al-Quran. Kalau ini dapat direalisasikan, sudah pasti para hafiz dan hafizah al-Quran akan wujud di mana-mana sahaja seperti di institusi-institusi pengajian tinggi, pejabat-pejabat, sekolah-sekolah, di gedung-gedung perniagaan malahan di kawasan ladang sekalipun.

📣 JEMPUTAN KE PROGRAM CAKAP-CAKAP SAINS! 🌿In sya Allah… pada 26 Oktober 2025 (Ahad) ini, saya akan bersama para pengunju...
15/10/2025

📣 JEMPUTAN KE PROGRAM CAKAP-CAKAP SAINS! 🌿

In sya Allah… pada 26 Oktober 2025 (Ahad) ini, saya akan bersama para pengunjung di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) sempena Festival Sains, Teknologi & Inovasi 2025 (FeSTI) 🎉

💡 Tajuk perkongsian:
“Inspirasi Sains, Teknologi dan Inovasi dari Alam Ciptaan Tuhan – Dari Iqra’ ke Inovasi”

🕙 Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
🎙️ Bersama: Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Universiti Selangor (UNISEL)

Datanglah beramai-ramai untuk menyelami rahsia kehebatan ciptaan Allah melalui sains dan inovasi, serta bagaimana ilmu “Iqra’” dapat menjadi jambatan menuju kreativiti dan teknologi masa depan 🌈

Moga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati majlis ilmu ini 🤲

Forum Agama MARAK (MADANI Rakyat) - Sains, Teknologi dan Kalam Ilahi: Wadah Pembudayaan Generasi Rabbani
13/08/2025

Forum Agama MARAK (MADANI Rakyat) - Sains, Teknologi dan Kalam Ilahi: Wadah Pembudayaan Generasi Rabbani

Forum Agama MaRak (MADANI Rakyat) bersempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan, berlangsung hari ini dengan tajuk “Sains, Teknologi dan Kalam Ilahi: ...

Jom tebus baucar buku dengan mendapatkan Buku "Menerokai Rahsia STEM dalam Al-Quran"Buku ini membawa pembaca menyusuri h...
01/07/2025

Jom tebus baucar buku dengan mendapatkan Buku "Menerokai Rahsia STEM dalam Al-Quran"

Buku ini membawa pembaca menyusuri hubungan mendalam antara ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Disusun secara ilmiah dan mudah difahami, buku ini mendedahkan bagaimana Al-Quran memberi inspirasi awal kepada pelbagai penemuan moden dari struktur atom, keajaiban langit dan bumi, prinsip fizik dan kejuruteraan, hingga sistem biologi dan matematik dalam alam ciptaan Tuhan.

11/04/2025

Alhamdulillah..... Selesai perkongsian Penerokaan Ilmu Sains dan Penghayatan Al-Quran dalam Slot APA KHABAR MALAYSIA di Bernama TV. Moga bermanfaat

In sya Allah Esok Pagi..... Bersama Slot APA KHABAR MALAYSIA di Bernama TV. Moga dipermudah urusan
09/04/2025

In sya Allah Esok Pagi..... Bersama Slot APA KHABAR MALAYSIA di Bernama TV. Moga dipermudah urusan

29/03/2025

"Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa membawa perubahan. Jika kita mampu beribadah bersungguh-sungguh dalam sebulan ini, maka kita mampu meneruskannya di bulan-bulan lain. Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadan."

20/03/2025

1. Siapa Tuhan kamu?
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Surah Toha (20): 14)

2. Siapa Nabi kamu?
"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan penutup segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Ahzab (33): 40)

3. Apa agama kamu,?
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu p**a) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya." (Surah Ali 'Imran (3): 19)

4. Apa kitab kamu?
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar." (Surah al-Isra' (17): 9)

5. Di mana kiblat kamu?
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan." (Surah al-Baqarah (2): 144)

6. Siapa saudara-saudara kamu?
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujuraat (49): 10)

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah (9): 71)

06/03/2025

Program Ihya' Ramadan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

29/12/2024

**📚 PROMOSI ISTIMEWA: MILIKI BUKU *MENEROKAI RAHSIA STEM DALAM AL-QURAN (Jilid 1 - 3) & DUNIA SERANGGA* SEMPENA CUTI SEKOLAH & TAHUN BARU 2025! 🎉**

SET KOMBO (4 BUKU) hanya RM100
Delivery = RM8

ORDER NOW
📌 **Klik link ini untuk tempahan:**
🌐 https://drnazirstem.com

🔎 **Adakah anda ingin memahami bagaimana Al-Quran memberi Inspirasi, Idea & Inovasi dalam dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)?**

📖 Buku *Menerokai Rahsia STEM dalam Al-Quran* adalah pilihan terbaik untuk anda dan keluarga sempena cuti sekolah dan permulaan tahun baru!

🌟 **Kenapa Anda Perlu Memiliki Buku Ini?**
1️⃣ **Pendidikan yang Bersepadu:**
Gabungan pengetahuan STEM dan nilai spiritual Islam dalam meningkatkan keimanan, memperkaya ilmu pengetahuan, dan membina hubungan yang erat dengan Pencipta serta mengenal Kebesaran Allah SWT melalui makhluk ciptaan-Nya.

2️⃣ **Sesuai untuk Semua Peringkat Umur:**
Bacaan yang bermanfaat untuk anak-anak, ibu bapa, dan pendidik – sempurna untuk sesi pembelajaran keluarga.

3️⃣ **Inspirasi dari Al-Quran:**
Menampilkan penemuan saintifik yang disebut dalam Al-Quran dan kisah tokoh ilmuwan Islam dan Barat sebagai pencetus semangat inovasi.

4️⃣ **Aktiviti Menarik:**
Buku ini dipenuhi dengan fakta menarik, Scan QR Code untuk tayangan video dan beberapa projek mudah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti bermakna.

5️⃣ **Hadiah Terbaik Tahun Baru 2025:**
Jadikan buku ini hadiah yang membawa manfaat sepanjang hayat untuk orang tersayang.

💥 **PROMOSI TERHAD!**
Dapatkan buku ini sekarang dengan harga istimewa sempena cuti sekolah dan tahun baru!

**Jangan lepaskan peluang untuk memulakan tahun 2025 dengan ilmu dan inspirasi! Miliki buku *Menerokai Rahsia STEM dalam Al-Quran* sekarang!**

Alhamdulillah buku tulisan saya sebelum ini telah diterbitkan oleh        ,   dan  . Terima kasih buat semua penerbit da...
26/10/2024

Alhamdulillah buku tulisan saya sebelum ini telah diterbitkan oleh , dan .
Terima kasih buat semua penerbit dan pembeli budiman..... moga bermanfaat

Address

Puncak Alam
Kuala Selangor
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Celik Quran Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Celik Quran Bestari:

Shortcuts

Share

Category