Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA

Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Islam Integrasi Kontemporari

Salam Aidiladha 1447HSeluruh warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA mengambil kesempata...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Seluruh warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UniSZA serta umat Islam walau di mana jua berada.

Semoga para jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah di Tanah Suci dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh haji yang mabrur.

Buat semua yang melaksanakan ibadah korban, semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan amal kebajikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta menanam nilai keimanan, kesyukuran dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447/2026.

25/05/2026
23/05/2026

Tahniah buat seluruh warga Universiti Sultan Zainal Abidin atas pencapaian cemerlang Kadar Bekerja Graduan (GE) 2025 sebanyak 99.1% dan Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) 2025 sebanyak 98%!

Pencapaian membanggakan ini membuktikan komitmen UniSZA dalam melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing serta memenuhi keperluan industri dan masa depan negara.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan buat seluruh warga universiti dalam memperkasa pendidikan, kemahiran dan kebolehpasaran graduan di peringkat nasional serta global.

“Ilmu Demi Faedah Insan”

Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin



23/05/2026

KAUNTER KONSULTASI PERMOHONAN RAYUAN UPUOnline®️
Lepasan SPM

🗓️24 - 25 MEI 2026 (HARI BEKERJA SAHAJA) | JAM 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

WAKTU REHAT :
⏰JAM 1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG (AHAD HINGGA ISNIN)

BERTEMPAT DI: KAUNTER BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN KAMPUS GONG BADAK

Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan, boleh hubungi kami melalui:- 09-8197943 / 8793 / 7671 / 7968

23/05/2026

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyambut baik pendekatan kerajaan yang membuka peluang kepada pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan, termasuk institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina, untuk mela...

18/05/2026

MARI MENJADI GENERASI HUFFAZ PENCIPTA MASA DEPAN!

ASASI SAINS ULUL ALBAB UniSZA kini dibuka untuk sesi akademik 2026/2027!

Satu-satunya model asasi yang mengintegrasikan:
🧠 Sains Moden
📖 Epistemologi Tauhidik
🕌 Pengukuhan Identiti Huffaz
🌍 Persediaan ke bidang profesional strategik

Kenapa pilih ASASI SAINS ULUL ALBAB?
✅ Model Asasi Ulul Albab pertama di Malaysia
✅ Modul muraja’ah huffaz secara berstruktur
✅ Laluan premium ke bidang profesional strategik
✅ Pengukuhan identiti Huffaz Pencipta dalam ekosistem sains moden
✅ Layak memohon insentif Huffaz UniSZA RM1000 setahun

🎓 Terbuka kepada pelajar yang mempunyai:
✔️ Keputusan akademik cemerlang
✔️ Sijil Hafazan 30 juzuk
✔️ Semangat memimpin ummah melalui ilmu dan profesionalisme

🗓️ Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 2026

Maklumat lanjut: https://www.unisza.edu.my/ms/saluran-premium-unisza/

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sultan Zainal Abidin merakamkan penghargaan atas ...
18/05/2026

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sultan Zainal Abidin merakamkan penghargaan atas kelulusan UniSZA sebagai Pusat Penilaian APEL (PPA) oleh Agensi Kelayakan Malaysia berkuat kuasa 12 Mei 2026.

Kelulusan ini meliputi penilaian APEL bagi peringkat Diploma (Tahap 4), Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6), Ijazah Sarjana (Tahap 7) serta Ijazah Kedoktoran (Tahap '8').

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P) dan semua yang terlibat atas kejayaan ini, yang diyakini akan terus mempertingkat kecemerlangan UniSZA pada masa hadapan.

UniSZA Inter-PTj Games 2026 Kembali Lagi!!📅 4 - 13 Jun 2026🐅PENCARIAN PEMAIN KONTINJEN OREN KINI DIBUKA!🐅❗Tarikh tutup p...
12/05/2026

UniSZA Inter-PTj Games 2026 Kembali Lagi!!
📅 4 - 13 Jun 2026

🐅PENCARIAN PEMAIN KONTINJEN OREN KINI DIBUKA!🐅

❗Tarikh tutup pendaftaran pemain: 14 Mei 2026 - 5.00 petang

Jom Sertai. Bawa Semangat. Pastikan Kita Terbaik di Arena

ONE ROAR! VICTORY!🐅🐅🐅

Address

UniSZA Kampus Gong Badak
Kuala Terengganu
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+6096688414

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA:

Shortcuts

Share

Category