08/05/2026
BENGKEL LATIHAN AL MANHAL SIRI 1/2026
Tarikh : 11 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 3:30 petang - 4:30 petang
Medium : Zoom Meeting
Panel : Encik AbdelGhafoor Alsayyed
Perpustakaan UniSIRAJ berbesar hati menjemput semua staf dan pelajar UniSIRAJ untuk menyertai program ini. Sila rujuk emel bagi maklumat lanjut.
"DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN"
06/05/2026
PELAJAR UniSIRAJ DI PENTAS AKHIR PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN ITQAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa seorang mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Hafazan Al-Quran ITQAN Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudari Maryam binti Razali, mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Hadis, Fakulti Al-Quran dan Sunnah-UNISIRAJ atas pencapaian yang sangat membanggakan ini.
Kejayaan melangkah ke peringkat akhir ini merupakan manifestasi daripada kegigihan dan cinta beliau terhadap Kalamullah.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau diberikan kelancaran, ketenangan, dan kejayaan cemerlang di pentas akhir nanti:
๐๏ธ Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)
๐ฐ๏ธ Masa: Sesi Pagi
๐ Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga UniSIRAJ untuk terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun sahsiah.
Selamat maju jaya, Maryam! Seluruh warga UniSIRAJ mendoakan kejayaan anda.
Kredit poster: Yayasan Pendidikan Itqan ู
ุคุณุณุฉ ุฅุชูุงู ูุชุนููู
ุงููุฑุขู ุงููุฑูู
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
โโโโโโโโโโโโ
๐ IKUTI KAMI DI:
FB - Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ
IG - instagram.com/unisiraj_official
TikTok - tiktok.com/
29/04/2026
Perpustakaan UniSIRAJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan serta pelajar yang telah menjayakan Program โJom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2026. Baca Untuk Faham: Faraid & Undang-Undangโ pada 29 April 2026 di Kampus Kuala Perlis.
Program ini telah menampilkan Pn. Siti Fadhilah Ghazali (Pensyarah, FMPT) sebagai panel dan bertujuan memupuk budaya membaca serta memperkasa ilmu faraid dan undang-undang dalam kalangan warga kampus.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga amalan membaca terus menjadi budaya hidup kita.
28/04/2026
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2026
Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
Masa: 9:15 pagi - 11:30 pagi
Tempat : Perpustakaan UniSIRAJ, Kampus Kuala Perlis
Panel : Puan Siti Fadhilah binti Ghazali, Pensyarah, Fakulti Muamalat, Pengurusan & Teknologi (FMPT)
Perpustakaan UniSIRAJ berbesar hati menjemput semua staf dan pelajar UniSIRAJ untuk menyertai program ini. Sila rujuk emel bagi maklumat lanjut.
"DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN"
23/04/2026
23 April 2026: Program โTELAAHโ Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kampus Pauh Putra, Perlis
Dekan Fakulti Muamalah dan Pengurusan Teknologi (FMPT), Encik Muhammad Hafiz bin Hassan yang mewakili pihak Naib Canselor UniSIRAJ serta wakil Perpustakaan UniSIRAJ, Puan Rifhan Syafinaz dan Puan Nor Athirah yang mewakili Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan UniSIRAJ telah menghadiri Program โTELAAHโ Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Program ini bertujuan menyemai minat membaca serta menggalakkan perbincangan intelektual berasaskan ilmu dan agama. Turut dikongsikan bersama adalah resensi buku Strategi Jihad Bisnes hasil karya Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang telah disampaikan oleh Encik Zulkiflee bin Yusof iaitu pemilik dan pengasas He & She Coffee.
Penyertaan ini memberi pendedahan yang bermanfaat serta membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkasa budaya ilmu, pembacaan dan sokongan kepada produk muslim yang memfokuskan kepada golongan pelajar IPT.
22/04/2026
TEMUI UniSIRAJ DI PERKAMPUNGAN SUNNAH SIRI KE-11
Kembali lagi dalam siri yang ke-11! Perkampungan Sunnah bakal berlangsung tidak lama lagi di Masjid Alwi, Kangar. Sama-sama kita mengambil peluang untuk menghidupkan sunnah dan menuntut ilmu menerusi pelbagai pengisian yang bermanfaat.
Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) juga akan turut serta memeriahkan Perkampungan Sunnah kali ini.
๐ Tarikh: 24 โ 26 April 2026
๐Lokasi: Masjid Alwi, Kangar, Perlis
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami di sana!
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
09/04/2026
๐ฏ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐ข๐๐ฎ๐ค๐!
UniSIRAJ menawarkan kemasukan:
โจ ๐
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ซ๐ข โ ๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐, ๐๐ฃ๐๐ณ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐, ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ & ๐๐ก๐
โจ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข โ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ฌ๐๐ฌ๐ข
โจ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ โ ๐๐ฌ๐๐ฌ๐ข, ๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐ & ๐๐ฃ๐๐ณ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐, ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ & ๐๐ก๐
๐ Masa depan anda bermula di sini
๐ฒ Imbas QR & mohon sekarang! atau melalui pautan ini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0041
09/04/2026
KEISTIMEWAAN AL-QURAN: LEBIH DARI SEKADAR NAMA
Al-Quran bukan hanya dikenali dengan satu nama, tetapi dihiasi dengan pelbagai sebutan yang penuh makna dan kemuliaan seperti At-Tanzil, Al-Wahyu, Al-Kitab, Al-Nur, Al-Furqan, Kalam Allah, Al-Haqq dan Al-Burhan. Setiap nama ini menggambarkan keagungan dan keistimewaan Al-Quran sebagai panduan hidup yang sempurna untuk seluruh umat manusia.
Berkata oleh Al-Fairuz Abadi:
โKetahuilah bahawasanya nama yang banyak menjadi salah satu tanda kemuliaan pemilik nama atau kesempurnaannya dalam beberapa perkara.. begitu jugalah banyaknya nama Al-Quran menjadi tanda kemuliaanNya dan keutamaanNya.โ
(Basair Zawi al-Tamyiz fi Lataif al-Kitab al-Aโziz, 1/88)
Allah SWT juga berfirman:
ุฅูููู ูููฐุฐูุง ูฑููููุฑูุขูู ููููุฏูู ูููููุชูู ูููู ุฃูููููู
ู ููููุจูุดููุฑู ูฑููู
ูุคูู
ูููููู ูฑูููุฐูููู ููุนูู
ูููููู ูฑูุตูููฐููุญููฐุชู ุฃูููู ููููู
ู ุฃูุฌูุฑูุง ููุจููุฑูุง
โSesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar.โ
(Surah Al-Israโ, 17:9)
Ayuh kita bukan sekadar membaca Al-Quran, tetapi memahami, menghayati dan menjadikannya sebagai panduan dalam setiap langkah kehidupan.
๐ Dekatkan diri dengan Al-Quran, kerana di situlah terletaknya cahaya kehidupan.
Kredit: SALAM UniSIRAJ
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
CASUniSIRAJ
31/03/2026
TAHNIAH CALON SPM 2025: LANGKAH PERTAMA MENUJU MENARA GADING
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah buat semua calon SPM 2025! Akhirnya, selesai sudah satu fasa penting dalam perjalanan menuntut ilmu.
Hari ini bukan penamat, tapi permulaan untuk kembara yang lebih besar. Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan jangan pernah berhenti percaya pada potensi diri sendiri.
JOM UKIR MASA DEPAN BERSAMA UniSIRAJ!
Ilmu yang bermanfaat adalah bekalan terbaik untuk masa depan. Bagi anda yang sedang merancang langkah seterusnya, apa kata sertai keluarga besar kami di UniSIRAJ?
Di sini, kami sedia membantu anda mengasah bakat dan mencapai cita-cita dalam persekitaran akademik yang diberkati. Pintu UniSIRAJ sentiasa terbuka untuk anda yang ingin terus berkembang!
๐ Walk-in / permohonan dibuka sekarang dipautan https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0148
๐ Hubungi kami: 04-9851150
๐ www.unisiraj.edu.myโ
Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN