Surah Al-Anbiya, ayat 35*
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kepada Kami-lah kamu akan dikembalikan.”
Menunjukkan bahawa bukan hanya musibah, bahkan nikmat juga adalah ujian — untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dan tidak lalai...
Tadabbur Harian
Halaqah Bersamamu
08/04/2025
1 Ayat Surah al-Baqarah ayat 35
1 ayat | Surah al-Baqarah | ayat 35 #zikir 1 ayat | Surah al-Baqarah | ayat 35
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jauhi Dosa Besar
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ
Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang termasuk dosa besar? Kami menjawab; "Tentu wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua." ketika itu baginda tengah bersandar, kemudian duduk lalu melanjutkan sabdanya: "Perkataan dusta dan kesaksian palsu, perkataan dusta dan kesaksian palsu." Baginda terus saja mengulanginya hingga saya mengira baginda tidak akan berhenti (mengingatkan kami tentang perkara ini)." (HR Bukhari No: 5519) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Menjadi kewajipan setiap Muslim menjauhi segala perkara dosa besar
2. Antara perkara yang termasuk dosa besar ialah:
a. Melakukan syirik (dosa yang tidak akan diampunkan melainkan bertaubat nasuhah)
b. Mendurhakai kedua orang tua
c. Berdusta atau bercakap bohong (bukan sahaja merosakkan hubungan manusia tetapi juga boleh menyebabkan fitnah, keburukan, dan ketidakadilan dalam Masyarakat)
d. Menjadi saksi palsu
3. Daripada Abu Bakar ash Shiddiq, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Kalian mesti menjauhi dusta kerana dusta akan sentiasa bersama dengan kejahatan dan keduanya ada di dalam neraka“. (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya). Hari ini berdusta bukan hanya dengan lisan malah yang lebih parah ianya disebarkan melalui penulisan juga karikatur dipelbagai media sosial, ditulis, dilukis dan ditularkan.
4. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Daripada Abu Hurairah:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِق
“Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur.” (HR Bukhari No: 6477)
Hadis ini memberi amaran keras mengenai dosa-dosa besar yang melibatkan syirik kepada Allah, durhaka kepada ibu bapa, perkataan dusta, dan kesaksian palsu. Rasulullah SAW menekankan pentingnya menjaga akhlak, kata-kata, dan tindakan kita, agar tidak terjerumus dalam dosa besar. Dalam kehidupan sehari-hari, kita perlu berusaha untuk sentiasa berkata benar, menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, dan menjauhi segala bentuk penipuan dan ketidakadilan.
26hb Syaaban 1446H
25hb Februari 2025
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته!
💛 Tazkirah no 4056 untuk sama-sama kita manfaatkan hari ini 12 Februari 2025 bersamaan 13 Sya'ban 1446, cubalah anda sendiri berikan tajuknya selepas baca.
💜 Apakah yang dikatakan kemuliaan?
💜 Bagaimanakah seseorang itu boleh dianggap seorang mulia?
💜 Apakah kerana pangkatnya, kedudukannya, kebesarannya, kemasyhurannya atau apa?
💚 Ingin pelajari sesuatu daripada kata hikmah yang digali dari dalam sumber Islam sendiri, hayatilah:
🕋 *"Ada tiga perkara yang menunjukkan kemuliaan (kebesaran) seseorang:*
*budi pekerti yg baik*
*menahan amarah*
*menundukkan pandangan*
✨ Inilah antara ciri-ciri kemuliaan seseorang, tetapi ia bukanlah ini sahaja, bahkan banyak lagi, tetapi ini yang penting untuk kita ketahui.
💙 Sekarang kita sudah tahu tentang kemuliaan, tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang akan berlaku kepada kita selepas ini, itu lebih penting untuk dijawab!
⚡ Baca sahaja, tengok sahaja.... kerana selepas ini, itulah realiti kita,... tiada apa, biasa-biasa sahaja atau bertindak untuk berubah!
🌍 والسلام
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته!
🕋 Perbuatan dosa, tazkirah kita no 4053 hari ini 09 Februari 2025 bersamaan 10 Sya'ban 1446.
✨ Andaikan kita diuji sekarang dengan persoalan dan pertanyaan berikut, yang manakah kemungkinan jawaban kita:
✨ *Perbuatan dosa* dan *dosa itu sendiri*, yang manakah yang lebih jelek dan lebih buruk?
⚡ Apapun jawaban kita, cuba kita teliti dan hayati mutiara hikmah ini dan pertimbangkan dengan akal budi dan hati yang nurani:
🕋 *"Hati-hatilah daripada merasa senang ketika berbuat dosa, sesungguhnya merasa senang ketika berbuat dosa lebih jelek daripada perbuatan dosa itu sendiri."*
⚡ Dosa itu buruk dan jelek.
⚡ Perlakuan berbuat dosa itu lebih buruk dan lebih jelek.
⚡ Berfikirlah dan bertindaklah... Katakan *TIDAK* kepada DOSA, apatah lagi untuk melakukan dosa!
💥 والسلام
08/01/2025
Doa selepas bermimpi buruk Doa selepas bermimpi buruk
31/12/2024
Doa bulan Rejab
DOA bulan Rejab | Ustaz Wadi Anuar DOA bulan Rejab | Ustaz Wadi Anuar
20/12/2024
Doa pagi Jumaat
Doa di hari Jumaat Doa di hari Jumaat
08/12/2024
Sheikh Abdul Rehman Al-Sudais adalah imam utama Masjid al-Haram di Makkah, Saudi Arabia, dan Presiden Urusan Dua Masjid Suci⁽¹⁾. Beliau dikenal luas sebagai qari (pengajah Al-Quran) yang berpengaruh dan telah mempelajari Al-Quran sejak usia 12 tahun⁽¹⁾. Al-Sudais juga dikenal karena ceramahnya yang penuh emosi dan pengaruhnya dalam dunia Islam⁽¹⁾.
Apakah ada informasi lain yang anda ingin ketahui tentang beliau
Nota Ringkas | Imam Sheikh Abdul Rehman Al-Sudais Sheikh Abdul Rehman Al-Sudais adalah imam utama Masjid al-Haram di Makkah, Saudi Arabia, dan Presiden Urusan Dua Masjid Suci⁽¹⁾. Beliau dikenal luas sebagai ...
28/11/2024
Surah Fussilat ayat 31
Surah Fussilat ayat-31 #surahfussilat #alquranmerdu Surah Fussilat ayat-31
27/11/2024
Doa berlindung dari segala kejahatan
Doa berlindung dari segala kejahatan #zikir #doaharian Doa berlindung dari segala kejahatan
Click here to claim your Sponsored Listing.