Pusat Sukan UniSZA

Pusat Sukan UniSZA "Bersatu Ke Arah Kegemilangan Sukan Universiti"

Terima Kasih buat Pasukan Olahraga PARA Malaysia MSN kerana telah memilih Fasiliti dan Kemudahan Sukan di UniSZA untuk m...
22/08/2026

Terima Kasih buat Pasukan Olahraga PARA Malaysia MSN kerana telah memilih Fasiliti dan Kemudahan Sukan di UniSZA untuk menjalani Program Latihan. Semoag Pasukan Olahraga PARA Malaysia terus cemerlang pada masa akan datang !


Sekitar Majlis Perasmian Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang telah diadakan di Dewan Gemilang UniS...
22/08/2026

Sekitar Majlis Perasmian Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang telah diadakan di Dewan Gemilang UniSZA. Selamat Bertanding buat semua kontinjen yang menyertai LSK 2026 tahun 2026. Terima Kasih memilih UniSZA bagi venue sukan Bola Tampar dan Futsal.


Selamat Berjuang buat Nur Sarah Adiba, Pelajar Fakulti Sains Kesihatan UniSZA yang berjaya mewakili Pasukan Malaysia VA'...
20/08/2026

Selamat Berjuang buat Nur Sarah Adiba, Pelajar Fakulti Sains Kesihatan UniSZA yang berjaya mewakili Pasukan Malaysia VA'A Association ke Kejohanan Dunia IVF VA'A World Sprint Championship 2026 yang akan berlangsung bermula 17 hingga 30 Ogos 2026 bertempat di Marina Bay, Singapore.
Selamat Berjaung diucapkan !


Sekalung Tahniah dan Syabas buat Afya Najiha, Pelajar Fakulti Sains Kesihatan UniSZA yang telah berjaya memenangi Pingat...
20/08/2026

Sekalung Tahniah dan Syabas buat Afya Najiha, Pelajar Fakulti Sains Kesihatan UniSZA yang telah berjaya memenangi Pingat Emas untuk Kontinjen Terengganu dalam acara Memanah Recurve Individu Wanita, SUKMA Selangor 2026. Tahniah diucapkan !

20 Ogos 2026KPT Putrajaya Pelancaran Larian Obor Sempena Asean University Games (AUG) Kuala Lumpur 2026. Bertempat di pe...
20/08/2026

20 Ogos 2026
KPT Putrajaya

Pelancaran Larian Obor Sempena Asean University Games (AUG) Kuala Lumpur 2026.

Bertempat di perkarangan bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), majlis pelancaran itu tadi telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Turut bersama pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha(KSU) KPT dan YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Ketua Kontinjen Malaysia, iaitu YBhg. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail (Timbalan Naib Canselor HEPA, UMK) telah mengetuai larian obor bersama-sama atlet Universiti Malaysia yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan AUG 2026 itu nanti.

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi kali ke 22 ASEAN University Games. Kejohanan dwi tahunan ini akan menawarkan sebanyak 193 pingat emas dalam 19 acara sukan yang bakal menjadi rebutan 11 Negara ASEAN.

Sekalung Tahniah dan Syabas buat Mohammad Rofiqi, Pelajar Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi - FRIT UniSZA yang te...
20/08/2026

Sekalung Tahniah dan Syabas buat Mohammad Rofiqi, Pelajar Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi - FRIT UniSZA yang telah berjaya memenangi Pingat Emas untuk Kontinjen Terengganu dalam acara Pencak Silat SUKMA Selangor 2026. Tahniah diucapkan !

Selamat Menyambut Hari Kelahiran buat Puan Nurul Izyani binti Mohamad. Semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarg...
19/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kelahiran buat Puan Nurul Izyani binti Mohamad. Semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang. Selamat Hari Jadi diucapkan !


SETULUS PENGHARGAAN, SETINGGI- TINGGI TERIMA KASIH! 💛🖤Di sebalik setiap sorakan, setiap kemenangan, setiap detik yang di...
19/08/2026

SETULUS PENGHARGAAN, SETINGGI- TINGGI TERIMA KASIH! 💛🖤

Di sebalik setiap sorakan, setiap kemenangan, setiap detik yang dirakam dan setiap kejayaan SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA KE-46 (SUKUM 46), UniSZA 2026, terselit ribuan tenaga, masa, pengorbanan dan komitmen daripada insan-insan hebat yang menjayakannya.

Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas, sukarelawan, pengadil, pegawai perubatan, petugas keselamatan, pusat tanggungjawab, fakulti-fakulti, persatuan sukan serta semua pihak yang telah bersama-sama memastikan kelancaran penganjuran SUKUM 46.

Tidak dilupakan juga kepada seluruh warga UniSZA dan semua yang menyumbang bakti secara langsung mahupun tidak langsung - setiap sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun, menjadi sebahagian daripada sejarah kejayaan SUKUM 46.

SUKUM 46 mungkin telah melabuhkan tirai, tetapi semangat, kenangan dan legasi yang tercipta akan terus menjadi kebanggaan kita bersama.


Sekalung Tahniah dan Syabas buat Ahmad Hazim Syahmi, Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA yang telah berjaya mem...
19/08/2026

Sekalung Tahniah dan Syabas buat Ahmad Hazim Syahmi, Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA yang telah berjaya memenangi Pingat Emas untuk Kontinjen Terengganu dalam acara Tenpin Boling kategori Double Lelaki. Tahniah diucapkan !


Tahniah atas pelantikan dan selamat menjalankan tugas Encik Faizal bin Ismail selaku Pengurus Pasukan Hoki SUKMA Terengg...
18/08/2026

Tahniah atas pelantikan dan selamat menjalankan tugas Encik Faizal bin Ismail selaku Pengurus Pasukan Hoki SUKMA Terengganu di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII, Selangor 2026. Semoga Encik Faizal dan Pasukan Hoki Terengganu peroleh kejayaan.


Address

Pusat Sukan & Rekreasi, Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+6096688722

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Sukan UniSZA:

Shortcuts

Share