Tadika Cilik Iman

Call Directions Website Contact the school

Tadika Cilik Iman Tadika Cilik Iman (TR0126619-D)
2243, Taman Nuri, Kg Kubang Tangga,
Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, selesai sudah program kita hari ini dengan lancar.Pihak TCI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ...
05/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program kita hari ini dengan lancar.

Pihak TCI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi menyumbang kuih-muih dan duit raya. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan segala urusan dipermudahkan. 🥰

Terima kasih juga buat barisan guru dan staf atas kerjasama yang padu. Tanpa bantuan semua, majlis hari ini takkan semeriah ini.

Dalam pada itu, kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan sepanjang program ini berlangsung.

Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri.

Terima kasih daun keladi, semoga berjumpa lagi di program akan datang!

𝑲𝒐𝒏𝒔𝒆𝒑 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝑭𝒊𝒕𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒏𝒂𝒌-𝑨𝒏𝒂𝒌Oleh: Teacher Hanie, Tadika Cilik ImanKanak-kanak tak perlukan arahan ya...
29/01/2026

𝑲𝒐𝒏𝒔𝒆𝒑 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝑭𝒊𝒕𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒏𝒂𝒌-𝑨𝒏𝒂𝒌

Oleh: Teacher Hanie, Tadika Cilik Iman

Kanak-kanak tak perlukan arahan yang terlalu terperinci. Mereka perlukan arahan berperingkat, kerana otak mereka masih berkembang dan belum mampu memproses arahan yang panjang.

Diorang lebih mudah untuk bertindak bila arahan diberi secara berperingkat, step by step atau dalam bahasa Arab secara tadarruj. Bila diorang dah siap, terus “Teacher! up!” 😬

“Ok good, tulis ni pula… Bila diorang dah siap, terus, "Teacher! Up!” kemudian kita bagi lagi arahan seterusnya — ini contoh ringkas.

Kadang-kadang konsep ajar anak-anak dengan arahan yang kompleks, terlalu detail menyebabkan motor kognitif diorang tak dapat proses maklumat dengan baik. Itu yang kejap datang kat teacher untuk penerangan lanjutan. 😅

Bila ajar terima arahan secara berperingkat, motor kognitif diorang cepat bekerja untuk proses maklumat tadi. Walaupun arahan tu simple je, tapi bagi diorang arahan tu kerja yang besar.

Sebab itu semua murid saya siap semua kerja yang saya bagi. Alhamdulillah. Ini kalau budak biasa tau.

Kalau budak yang lebih laju daripada kita pun ada — kita tak suruh lagi, dia dah buat siap 😂 Bila salah, mulalah nanti dia menyesal.

Anak-anak macam ni bagus, tapi kita kena ajar dia untuk bertenang ikut flow secara berperingkat juga. Supaya tak banyak kesalahan dia buat.

Untuk anak-anak di Tadika Cilik Iman saya ajar untuk diorang tak guna pemadam dalam kelas — supaya dia ingat kesalahan dia.

Lepas dia ingat kesalahan, dia taknak ulang lagi — nanti dia datang dekat teacher, ajak kita bincang dan kita pun cuba cakap elok-elok supaya dia tak tersilap lagi.

Begitulah prosesnya.

Mengajar anak-anak ni seronok sebab kita dapat refleks kehidupan kanak-kanak kita dulu, macam mana kita nak mudah belajar dulu begitulah kita buat pada anak-anak sekarang.

Belajar secara alami ni seronok sebab tak melawan fitrah anak-anak. 😊

Diorang rasa seronok nak datang sekolah, sebab sekolah bukan tempat dia stress tapi tempat dia belajar benda baru. 🥹

🗑️✨ 𝑱𝑶𝑴 𝑩𝑼𝑨𝑵𝑮 𝑺𝑨𝑴𝑷𝑨𝑯 𝑫𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑻𝑶𝑵𝑮 𝑺𝑨𝑴𝑷𝑨𝑯 ✨🗑️Hari ini anak-anak belajar cara membuang sampah dengan betul 🗑️ sebagai sebaha...
28/01/2026

🗑️✨ 𝑱𝑶𝑴 𝑩𝑼𝑨𝑵𝑮 𝑺𝑨𝑴𝑷𝑨𝑯 𝑫𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑻𝑶𝑵𝑮 𝑺𝑨𝑴𝑷𝑨𝑯 ✨🗑️

Hari ini anak-anak belajar cara membuang sampah dengan betul 🗑️ sebagai sebahagian daripada pembentukan adab dan amalan kebersihan sejak kecil ✨

🌱 Antara pembelajaran anak-anak hari ini:

• Mengenal kertas yang boleh dibuang dan tidak boleh dibuang 📄

• Belajar merenyuk sampah sebelum dibuang supaya tong tidak cepat penuh ♻️

• Aktiviti merenyuk membantu merangsang perkembangan motor halus anak-anak ✋✨

• Pendedahan kepada amalan menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian 🧹💛

Semoga amalan kecil ini membentuk anak-anak menjadi insan yang bertanggungjawab, peka dan berdisiplin 🌸

🥋 First Class Taekwondo TADIKA CILIK IMAN 2026Bersama Sir ✨ Terbuka kepada peserta luar📞 Hubungi 013-258 4880 untuk makl...
06/01/2026

🥋 First Class Taekwondo TADIKA CILIK IMAN 2026
Bersama Sir
✨ Terbuka kepada peserta luar
📞 Hubungi 013-258 4880 untuk maklumat lanjut

✨🌙 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑫𝑨𝑻𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑩𝑨𝑯𝑨𝑹𝑼 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌙✨Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera 🌸Pihak Tadika Cilik Iman dengan penuh rasa...
01/01/2026

✨🌙 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑫𝑨𝑻𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑩𝑨𝑯𝑨𝑹𝑼 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌙✨

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera 🌸

Pihak Tadika Cilik Iman dengan penuh rasa syukur mengalu-alukan kedatangan tahun baharu 2026, semoga ia menjadi tahun yang diberkati serta membawa kebaikan buat anak-anak, ibu bapa dan seluruh warga TCI 🤲

📅 Aktiviti Penting Januari 2026:

🟤 11 – 15 Januari 2026
➡️ Minggu Orientasi Tadikq Cilik Iman

🔴 18 Januari 2026 (Ahad)
➡️ Cuti Israk Mikraj

Bersama kita bina permulaan yang indah untuk 2026 💕

Salam hormat,
Tadika Cilik Iman

🕌 𝑲𝑬𝑴 𝑺𝑴𝑨𝑹𝑻 𝑺𝑶𝑳𝑨𝑻 𝑻𝑨𝑫𝑰𝑲𝑨 𝑪𝑰𝑳𝑰𝑲 𝑰𝑴𝑨𝑵 𝟐𝟎𝟐𝟓 🕌Setiap anak adalah amanah, dan setiap langkah kecil mereka menuju solat adalah...
18/12/2025

🕌 𝑲𝑬𝑴 𝑺𝑴𝑨𝑹𝑻 𝑺𝑶𝑳𝑨𝑻 𝑻𝑨𝑫𝑰𝑲𝑨 𝑪𝑰𝑳𝑰𝑲 𝑰𝑴𝑨𝑵 𝟐𝟎𝟐𝟓 🕌

Setiap anak adalah amanah, dan setiap langkah kecil mereka menuju solat adalah cahaya untuk masa depan ✨

Melalui Kem Smart Solat 2025, Tadika Cilik Iman berusaha membimbing anak-anak mengenal ibadah dengan penuh kasih sayang — bukan sekadar belajar, tetapi menghayati 🌱

📅 28 Disember 2025 – 8 Januari 2026
⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tadika Cilik Iman, Kuala Terengganu

🌸 Pengisian yang menyentuh jiwa si kecil:
• Hafazan bacaan solat
• Praktikal wuduk & solat dhuha
• Pengenalan & pengurusan emosi
• Tafakur dan refleksi
• Aktiviti permainan & kreativiti 🎨
• Mengaji dan perhimpunan

💛 Yuran: RM250 seorang
🎁 Percuma untuk pelajar Tadika Cilik Iman

🤲 “Ya Allah, jadikanlah anak-anak ini daripada kalangan hamba-Mu yang menjaga solat, berakhlak mulia dan menjadi penyejuk mata ibu bapa serta ummah.”

📞 Maklumat lanjut & pendaftaran: https://wa.link/0gi5wv

📘 Facebook: Tadika Cilik Iman

✨ Ayuh kita semai cinta solat sejak kecil, agar ia tumbuh menjadi cahaya sepanjang hayat. ✨








✨ 🌿 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 & 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐲 𝐓𝐂𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 ✨Assalamualaikum & salam penuh keceriaan buat semua ibu bapa dan warga TCI! 🌸...
12/12/2025

✨ 🌿 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 & 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐲 𝐓𝐂𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 ✨

Assalamualaikum & salam penuh keceriaan buat semua ibu bapa dan warga TCI! 🌸🕊️

Kami dengan berbesar hati menjemput semua hadir ke Majlis Akhir Tahun & Open Day Tadika Cilik Iman bagi menutup tirai sesi 2025 dengan penuh kenangan indah.

📅 13 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tadika Cilik Iman

🎀 Pengisian Menarik:
➕ Potluck & Ucapan
➕ Sesi Perkenalan Guru
➕ Sesi Pengenalan Silibus
➕ Sesi Tadika-Tour

🌈 Inilah peluang untuk ibu bapa mengenali lebih dekat suasana pembelajaran, guru-guru, serta sistem yang digunakan di TCI — sambil meraikan penutup tahun bersama anak-anak tersayang!

📞 Maklumat Lanjut: https://wa.me/601137449285
📘 FB: Tadika Cilik Iman

Jemput hadir — mari kita cipta momen manis hujung tahun bersama! 💖✨

✨ 📣 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! ✨💫 “Tempat di mana ilmu, akhlak dan kasih sayang bertemu.” 💫🌸 Sertai...
09/11/2025

✨ 📣 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! ✨

💫 “Tempat di mana ilmu, akhlak dan kasih sayang bertemu.” 💫

🌸 Sertai keluarga besar TADIKA CILIK IMAN dan nikmati DISKAUN 10% untuk pendaftaran baharu! 🌟

📚 Program kami menekankan:
💖 Kelas Inklusif & Penekanan Adab Harian
🕌 Hafazan Surah & Bacaan Solat
🏃‍♂️ Aktiviti Fizikal Menyeronokkan
📘 Modul Gelombang Baru yang Interaktif

🕰️ Sesi Lawatan ke Tadika Cilik Iman:
Ahad – Khamis
⏰ Pagi: 9.30 am – 12.30 pm
⏰ Petang: 3.30 pm – 5.00 pm

📍 Secara Online atau Walk-In terus ke Tadika kami

🌼 Tempat terhad!
💬 Klik pautan di bawah untuk berhubung terus dengan admin kami:
👉 https://wa.me/601137449285

✨ Daftar Sekarang & Mulakan Langkah Awal Kejayaan Si Cilik Anda!!! 🌈

✨ 📣 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! ✨🌼 Tempat terhad!💬 Klik pautan di bawah untuk berhubung terus dengan...
09/11/2025

✨ 📣 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! ✨

🌼 Tempat terhad!
💬 Klik pautan di bawah untuk berhubung terus dengan admin kami:
👉 https://wa.me/601137449285

✨ Daftar Sekarang & Mulakan Langkah Awal Kejayaan Si Cilik Anda!!! 🌈

✨ 📣 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! ✨

💫 “Tempat di mana ilmu, akhlak dan kasih sayang bertemu.” 💫

🌸 Sertai keluarga besar TADIKA CILIK IMAN dan nikmati DISKAUN 10% untuk pendaftaran baharu! 🌟

📚 Program kami menekankan:
💖 Kelas Inklusif & Penekanan Adab Harian
🕌 Hafazan Surah & Bacaan Solat
🏃‍♂️ Aktiviti Fizikal Menyeronokkan
📘 Modul Gelombang Baru yang Interaktif

🕰️ Sesi Lawatan ke Tadika Cilik Iman:
Ahad – Khamis
⏰ Pagi: 9.30 am – 12.30 pm
⏰ Petang: 3.30 pm – 5.00 pm

📍 Secara Online atau Walk-In terus ke Tadika kami

🌼 Tempat terhad!
💬 Klik pautan di bawah untuk berhubung terus dengan admin kami:
👉 https://wa.me/601137449285

✨ Daftar Sekarang & Mulakan Langkah Awal Kejayaan Si Cilik Anda!!! 🌈

🎉 🌸 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐘𝐀𝐌! 🌸 🎉✨ Dengan penuh rasa syukur, kami di *TADIKA CILIK IMAN (TCI)* mengucapkan setinggi-tinggi tah...
09/11/2025

🎉 🌸 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐘𝐀𝐌! 🌸 🎉

✨ Dengan penuh rasa syukur, kami di *TADIKA CILIK IMAN (TCI)* mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Wan Maryam kerana telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)! 🌟

💫 Kami amat berbangga melihat pencapaian ini — salah seorang produk kelahiran TCI yang telah melalui sistem pembelajaran di TCI sejak umur 5 tahun.

💫 Sistem kami yang menekankan pengajian al-Quran, Doa, Hafazan serta membaca dan menulis telah membuka potensi Wan Maryam hingga berjaya menembusi saringan untuk memasuki SRIDI. 💖

📖 Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang lebih cemerlang dan penuh keberkatan.

Teruskan melangkah dengan yakin, Wan Maryam! 🌈

🌷 Tadika Cilik Iman — Mencetus Insan Berakhlak Mulia. 🌷

📌 Ingin anak anda menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan seperti ini?
👉 Daftar Sekarang untuk Sesi 2026!
💬 https://wa.me/601137449285

🚌✨ 𝑳𝑨𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑰𝑳 𝑩𝑬𝑳𝑨𝑱𝑨𝑹 𝑻𝑨𝑫𝑰𝑲𝑨 𝑪𝑰𝑳𝑰𝑲 𝑰𝑴𝑨𝑵 𝑲𝑬 𝑻𝑨𝑫𝑰𝑲𝑨 𝑨𝑳 𝑨𝑴I𝑵 ✨🚌Pihak Tadika Cilik Iman baru sahaja mengadakan lawatan s...
09/11/2025

🚌✨ 𝑳𝑨𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑰𝑳 𝑩𝑬𝑳𝑨𝑱𝑨𝑹 𝑻𝑨𝑫𝑰𝑲𝑨 𝑪𝑰𝑳𝑰𝑲 𝑰𝑴𝑨𝑵 𝑲𝑬 𝑻𝑨𝑫𝑰𝑲𝑨 𝑨𝑳 𝑨𝑴I𝑵 ✨🚌

Pihak Tadika Cilik Iman baru sahaja mengadakan lawatan sambil belajar ke Tadika Al-Amin, Johor Bahru! 🌿

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan tentang Modul Gelombang Baru yang digunakan oleh kedua-dua tadika.

📖 𝑴𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕 𝑺𝒆𝒔𝒊 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑹𝒖𝒕𝒊𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏
Guru-guru Tadika Cilik Iman berkesempatan melihat secara langsung sesi pembelajaran dan rutin harian di Tadika Al-Amin — cawangan asal yang telah menggunakan Modul Gelombang Baru sejak tahun 1994. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana modul ini diaplikasikan dalam suasana pembelajaran yang efektif dan sistematik.

💡 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒔𝒕𝒊 𝑲𝒆𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒕𝒓𝒂𝒕𝒆𝒈𝒊
Lawatan ini juga membuka peluang kepada guru-guru Tadika Cilik Iman untuk mengenal pasti strategi dan kelebihan pengajaran yang diamalkan di Tadika Al-Amin — agar dapat memperkukuh lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di TCI.

🌸 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑻𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂 𝑨𝒍-𝑨𝒎i𝒏!
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Tadika Al-Amin atas sambutan yang mesra serta kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman.

Semoga jalinan ukhuwah dan perkongsian ini terus memberi manfaat kepada anak-anak didik dan para guru di masa hadapan. 🤝

02/10/2025

🇵🇸✨ 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐎𝐋𝐈𝐃𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍 & 𝐒𝐔𝐌𝐔𝐃 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 ✨🇵🇸

Hari ini Tadika Cilik Iman menjalankan aktiviti solidariti bersama anak-anak bagi memahamkan mereka tentang pentingnya berlaku adil sesama manusia.

Kezaliman yang terus berlaku di Palestin mencerminkan keadaan dunia yang semakin rakus sehingga hilang rasa perikemanusiaan dan pertimbangan akal yang sihat.

Anak-anak ini kelak akan menjadi generasi yang membebaskan Palestin, insya-Allah. 🤲🏻

Address

2243 Taman Nuri, Kg Gong Pauh, Kubang Tangga
Kuala Terengganu
20050

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Sunday 07:00 - 17:30

Telephone

+60132584880

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Cilik Iman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Cilik Iman:

Shortcuts

Share

Category