07/06/2023
Assalamualaikum wbt, memperkenalkan organisasi kami
Hai, kami mahasiswa/siswi Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA
07/06/2023
Assalamualaikum wbt, memperkenalkan organisasi kami
Bahagian 2
Pendidikan seks sangat diperlukan di sekolah untuk membendung isu sosial seperti antun seksual, kehamilan remaja, perkahwinan kanak-kanak dan keganasan seksual sama ada di alam maya atau di dunia realiti. Penulis juga berpendapat bahawa pendidikan seks penting untuk membina sikap hormat antara jantina yang berlainan
Sajat juga menyatakan betapa pentingnya pendidikan seks ini. Jom kita dengar apa yang disebut oleh sajat. Min 100% setuju dengan pernyataan yang dibuat oleh Sajat.
Kalian macam mana ?
03/06/2023
Mari sertai kami “Webinar Pendidikan Seks” dengan tetamu jemputan iaitu Puan Nik Nurul Farhana, Pegawai Syariah Negeri Terengganu. Kami akan mengupas isu Pendidikan Seks ini dengan lebih terperinci.
03/06/2023
Tiada sebab untuk anda berasa segan atau malu apabila bercakap tentang seks dan seksualiti dengan anak anda. Cuba untuk menjawab soalan yang diutarakannya dengan sebaik mungkin. Masa terbaik untuk mula membincangkannya adalah ketika dia di alam prasekolah. Gunakan rutin harian seperti waktu mandi atau ketika bersiap untuk bercakap tentang anggota badan dan sentuhan selamat.
Mula dengan mengajar perkara ringkas kepada anak anda seperti nama anggota sulit dan penjelasan mudah tentang asalusul bayi. Bercakap menggunakan fakta dan gunakan nama anggota badan yang betul seperti z***r, f***j, dan buah dada (kanak-kanak biasa mengambil perkara secara bulat-bulat). Anda mungkin perlu menjelaskan fungsi anggota tersebut, contohnya, rahim adalah seperti kantung yang menempatkan bayi dengan selamat di dalamnya.
Sebagai Permulaan…
Gunakan bahasa yang sesuai untuk menjelaskan perlakuan reproduktif dan berikan contoh berbentuk gambar untuk membantu pemahaman mereka. Berjenakalah sambil berbincang dan pastikan ianya tidak keterlaluan. Akhir sekali, jangan bimbang jika anda memberi ‘terlalu banyak’ maklumat kepada mereka.
Berikut adalah panduan ringkas pendekatan mengikut umur
02/06/2023
Didik Anak "SAY NO" Pada Sentuhan Tidak Selamat
Seorang kanak-kanak tak boleh disentuh oleh orang lain pada bahagian badan yang ditutup pakaian dalam mereka. Mereka juga tak boleh sentuh orang lain di bahagian sama ini.
Jika seseorang menyentuh anda, apa yang perlu dilakukan?
Jerit “JANGAN” atau teriak sekuat hati minta pertolongan
Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau tempat yang ada orang
Beritahu seseorang yang anda percayai seperti ibu bapa, nenek datuk, cikgu dan sebagainya
Terus beritahu mereka sehingga mereka percayakan anda dan ambil tindakan sewajarnya
Ibu bapa boleh bantu memperkasakan anak-anak dengan:
Berbincang mengenai sentuhan baik dan sentuhan tidak baik. Jika mereka ingin berbual mengenai ini, jangan abaikan atau tidak hiraukan mereka.
Jangan paksa atau menekan anak-anak untuk bermesra sewenang-wenangnya walaupun dengan sanak saudara. Ini adalah kerana terdapat kes penderaaan yang melibatkan ahli keluarga terdekat atau saudara mara.
Ajar dan beritahu anak untuk meluahkan perasaan tak selesa dengan menggunakan kata-kata. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mengenalpasti atau menyatakan emosi mereka , sebaliknya mereka akan menangis, menjerit atau membaling barang untuk meluahkan emosi mereka.
Berlatih main peranan: Berlatih apa yang harus mereka katakan (Jangan! Saya tidak s**a itu. Hentikan!) dan beritahu (orang dewasa yang mereka percayai) jika mereka pernah di minta untuk menunjukkan atau di sentuh di bahagian sulit mereka.
Percayalah anak anda, sentiasa beritahu mereka yang anda sayang mereka dan jika berlaku apa-apa jangan salahkan anak anda. Sebaliknya, yakinkan anak anda yang mereka masih disayangi dan elakkan bercakap mengenai kejadian itu sepanjang masa.